Proton Preve’ : Traction Control & BA

Selepas ‘Proton Preve’: Apa itu ESC‘, siri kali ini ialah berkenaan dengan teknologi brek yang digunakan didalam model Proton yang terbaru ini iaitu ‘Traction Control’ dan ‘Brake Assist’. Aplikasi teknologi ini dapat meningkatkan lagi keselamatan sesuatu kenderaan disamping penggunaan ABS dan EBD yang dikawal oleh ESC.

Brake Assist (BA)
Mengikut kajian, salah satu punca berlakunya kemalangan ialah pemandu gagal memijak brek sepenuhnya ketika hendak memberhentikan kenderaan. Ini kerana reaksi untuk bertindak manusia agak perlahan walaupun hanya beberapa saat sahaja tetapi ia menentukan hidup dan mati pemandu tersebut.

Sistem ini dapat melepaskan daya yang secukupnya untuk memberhentikan kenderaan apabila ianya diperlukan malah lebih pantas dari reaksi seorang pemandu biasa. Ia juga dapat memendekkan jarak berhenti sesuatu kenderaan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Traction Control
Kadang-kadang permukaan jalan diliputi pasir, air dan bermacam-macam lagi yang boleh membuatkan kenderaan kita hilang kawalan ketika memandu. Teknologi ini dapat membantu mengurangkan risiko terbabas atau kemalangan kerana ia dicipta untuk mengawal putaran tayar supaya kedua-duanya sama. Jika salah satu bahagian tayar berpusing laju dari bahagian yang lain, ia akan menyebabkan kenderaan itu berpusing dan mengakibatkan kecelakaan. Sistem ini menggunakan aplikasi brek untuk memperlahankan pusingan tayar yang lebih laju untuk menambahkan kestabilan kenderaan.

JebengOtai™

kemalangan yang berlaku baru2 ni smmgnya kesilapan pemandu itu sendiri..secanggih mana pun kalo x berhati2 mmg x der guna juga..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 39 Comments

  1. anif

    Teknologi tersebut sememangnya membantu mengurangkan risiko kemalangan. Apa pun teknologinya kalau yang memandu itu cuai kemalangan tetap akan berlaku!

    1. JebengOtai

      aah..kalo x berhati2 mmg x berguna teknologi canggih ni..

  2. madammondoq

    bagus.. harap kuranglah kadar kemalangan jalan raya di negara nii kan..

      1. shraqs

        Kalau dengan gaya pemandu di Msia skrg susah nak kurangkan jumlah kemalangan rasanya. IMO

        1. JebengOtai

          yela..sblum memandu ok jer..bila dh start memandu tetibe jdik ‘buas’..

          mcm dr jerkyl dan hyde…

  3. akubiomed

    Bantuan teknologi banyak membantu kekurangan yang ada pada manusia. Kadangkala teknologi pun gagal berfungsi kerana ia adalah ciptaan manusia.

    1. JebengOtai

      ilmu manusia hanya buih-buih di lautan shja.. 🙂

  4. bardboo

    yg penting kena berhati2 di jln raya..

  5. yas

    Setahu aku ramai juga yg kurang arif pasal teknologi nih…usaha utk menerangkannya amatlah bagus bro…tq.

    1. JebengOtai

      olahan dari pembacaan sy..kalo slah leh perbtulkan.. 🙂

  6. Jobless Girl

    Memang betul berhati-hati dekat jalan raya dan atitude tu penting.

  7. tehr

    Di samping mempunyai sistem keselamatan yang cekap
    Pemandu juga perlu sentiasa cekap dan berhati-hati

    1. JebengOtai

      berenti jika terlalu letih..x der teknologi utk menghilangkan keletihan.. 🙂

  8. Denaihati

    terima kasih info yg baik dan jelas. lagi canggih sistem direka lagi laju kereta dipandu nampaknya(sikap)…heee

    1. JebengOtai

      takut juga sbb terlalu yakin dgn tech pemandu memandu dgn lebih laju lagi..huhu

  9. mrs.yie

    saya tak ada lesen..kereta pun tak ada..haha.. 🙂

    1. JebengOtai

      btul ker x der lesen ag..tp x per kalo phm mksd nya lebih hebat dri org yg dh lama bwk kereta.. 🙂

  10. zulkbo

    salam..
    ermm..sound menarik ni Bro..
    Tahniah buat Proton kerana
    semakin canggih 🙂

  11. azura

    betul juga saya pun kadangkala tekan pedal break tak sepenuhnya kecuali jalan jem dan kenderaan perlu di kawal sebab kereta himpit…Preve ni guna engine campro juga kan, engine campro bahaya juga cepat panas dan bunyi kuat…

    1. JebengOtai

      yeke?..sy x pasti..tp campro dlm preve’ dah upgrade jdik campro cfe..berbeza dgn campro masa keluaran pertama..

  12. faiz

    bro..Proton kena bagi duit dekat bro ni…hehe

    1. JebengOtai

      hehe..best2 la kalo proton bg duit..leh wat giveaway..hehe

  13. Lizz

    harga preve ni pun boleh tahan.xlah mahal sangat2 kot. kan?

    1. JebengOtai

      aah..quality dan safety standard kereta import..

  14. puanbee

    Oh begitu , tp bab lambat tekan break sampai habis tu memang betul lah ..

    1. JebengOtai

      aah reaksi kita utk pijak mmg lmbt..sbb isyarat dri otak ke kaki ambil masa juga..walaupun jaraknya hanya beberapa saat shaja..

  15. shraqs

    Rata2 kereta skrg memang ada traction control. Tapi cam biasa, secanggih mana teknologi berkembang, selagi kurang kesedaran & rasa tanggungjawab masa memandu di jlnraya.. memang susah nak capai kadar kemalangan yg rendah. IMO

    1. Jebeng Otai™

      kalo ade tech buang sifat buruk pemandu agaknya leh kurangkan kemalangan.. 🙂

  16. puan kutu

    woo agak bagus juga teknologi brek preve nie ye.harap2 dpt kurangkan kemalangan..

    1. JebengOtai

      harapnya leh kurngkan kemalangan dan aplikasi tech kat kereta2 budget juga..

  17. Din

    pergh..ciri keselamatan yg unik..
    harga pun unik gak..hehe

    1. JebengOtai

      harga die pon mmg best dan unik..slamat x lepas 100k..hehe

  18. segalabenda

    harap-harap dengan sistem tu dapat mengurangkan kemalangan di jalan-jalan di Malaysia ni…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.