Produk Perkhidmatan Yang Saya Mahu Dari Eizil Network

Akhirnya saya sudah boleh komen di blog Eizil.com tanpa mengalami masalah seperti sebelum ini. Komen telah berjaya di letakkan dan akan dinilai semula oleh bro Eizil. Sedikit demi sedikit peningkatan dan pembaharuan dilakukan oleh salah seorang otai blogger ini. Begitu juga dengan soalan yang saya telah utarakan pada segmen ‘Anda Tanya Eizil Jawab‘ telah dijawab oleh beliau. Tidak sabar rasanya untuk mencuba tema terbaru terpantas yang bakal dikeluarkan oleh bro Eizil. Lebih menggembirakan ianya percuma. Bagi mereka yang ingin meningkatkan PR ataupun trafik, tema yang pantas sangat memainkan peranan yang penting. Secara psikologinya, para pengunjung lebih suka blog yang ringkas, cepat dan menarik. Merekabentuk tema supaya cepat dan ringkas amatlah senang, tetapi untuk kelihatan menarik boleh mendatangkan migrain.

eizil network

Saya tidak pasti perkhidmatan ini ditawarkan oleh Eizil Network ataupun tidak. Mungkin ianya ada kaitan dengan keselamatan dan tetapan blog. Masalah yang saya hadapi ialah seringkali penggunaan CPU hosting saya mencecah 100% dan penggunaan RAM pada kadar maximum. Walaupun sudah menggunakan Cloudflare ia sepatutnya dapat membantu masalah ini. Saya masih lagi tercari-cari punca sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku. Menurut beberapa artikel, masalah seperti ini dikatakan berpunca dari ‘bot’ yang agresif tidak mematuhi standard robot.txt. ‘Bot’ ini akan ‘crawl’ kesemua link termasuk ‘replytocom‘ yang ada didalam laman web samada kita benarkan ataupun pautan yang kita tidak benarkan. Saya ingin mencegahnya sebelum parah. Selain laman sesawang akan ‘down’, ada juga ‘bot’ yang mempunyai tugas khusus untuk meng’klik’ iklan Google dengan tujuan pihak Google akan rugi. Takut juga, akaun Google Adsense akan di’ban’ disebabkan tidak mematuhi syarat mereka. Jika saya dapat menyelesaikan masalah ini, ianya dapat menjimatkan wang. Tidak perlulah saya melanggan VPS yang kosnya lebih besar dan penggunaanya sangat sukar bagi blogger biasa. Pengalaman sebulan menggunakannya sebenarnya amat mengerikan. Ibarat tersesat didalam hutan tebal pada waktu malam. Meraba-raba mencari jalan bagaimana membuat tetapan pada VPS. Senang cerita, ia bagaikan kita mengawal komputer dari jauh dengan perisian yang kita tidak pernah guna. Diharap Eizil Network dapat memberikan cadangan dan kenalpasti punca-punca yang boleh menyebabkan ianya terjadi.

Jebeng Otai™
siap juga kesemua tugasan..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 12 Comments

  1. Eizil

    Servis optimasi blog juga ada disediakan, cuma tidak disenaraikan, berkenaan penggunaan resource CPU ni, sebenarnya banyak punca yang perlu kita kenalpasti, bot tu mungkin salah satu punca, tetapi ada juga punca lain yang kadangkala kita tidak perasan seperti php function yang digunakan dalam theme atau plugin yang tidak dioptimasi dan banyak lagi.

    Kos untuk VPS dan lain-lain servis seumpamanya memang tinggi, namun kadangkala ianya tetap tidak dapat mengatasi masalah yang sebenar. Untuk mengetahui punca masalah, beberapa percubaan atau ujian perlu dilakukan untuk mengenalpasti masalah sebenar.

    Kalau bro perlukan perkhidmatan ini segera, boleh hubungi untuk berbincang lebih lanjut.

    Terima kasih diucapkan kerana sudi menyertai aktiviti ini, semua usaha yang telah dilakukan amat dihargai.

  2. akubiomed

    Teringat pernah terkena masalah ini agak teruk juga CPU dan RAM hampir habis dibuatnya. Blog pun tak boleh masuk.

  3. puteri kasih

    memang penting untuk menggunakan tema yang pantas dan mesra pengguna kan 🙂

  4. daddydeed

    xsempat nak buat tugasan akhir….arghhh…

  5. daddydeed

    saya punya RAM dan CPU pun selalu berada di tahap maksimum. Skrg ni tengah membuang perisian yang tak perlu dan tak guna sangat.

  6. Ibu Mifzal Arsyad

    wah..mcm best je perkhidmatan tu..tp x sure, blog sy ada x masalah tu..tp risau gak nga masalah bots ni..

  7. beckhr00y

    dulu pakai hosting pertama ada mengalami masalah resource cpu yang tinggi sehingga kerap down

  8. cik tom

    ni last tugasan ke?? good luck!

  9. Blog Keperawatan

    Saya belum menggunakan hosting tersendiri dan juga doamin sendiri. Masih menggunakan paltform blogspot

    1. Blog Keperawatan

      Ini masuk dalam kontes dan tugasan dari sahabat eizil kah sahabat…?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.