Setelah beberapa ketika mencuba Percubaan CDN Terbaik, terdapat beberapa perkara yang pada saya agak mengecewakan. Bukan masalah prestasi, tetapi lebih kepada langganan bulanan. Tidak dapat dinafikan ianya juga penting org yang mementingkan budget seperti saya. Percubaan CDN Terbaik sebelum ini saya memilih CDN77 kerana ianya mesra pengguna dan agak murah jika dikira berdasarkan penggunaan ‘bandwidth’ bulanan. Namun begitu ketika hendak melanggan secara tetap, bayaran minima yang boleh dikreditkan ialah USD 99. Ianya boleh digunakan maksima sehingga 12 bulan sahaja. Jika dikira balik, ianya sebenarnya merugikan jika penggunaan kita adalah minima.
Percubaan CDN Terbaik : ‘Terminate’ akaun
Akhirnya saya memilih untuk menamatkan akaun trial ini, kerana pada misi asalnya untuk mencari percubaan cdn terbaik yang murah. Tetapi bagus juga, setidaknya saya belajar untuk membuat tetapan ringkas menggunakan CDN di pasaran. Lebih-lebih lagi untuk tetapan WordPress. Kembalilah saya untuk mencari perkhidmatan CDN lain. Mungkin ada yang tidak setuju dengan kaedah pembelajaran saya yang lebih kepada konsep cuba jaya.
Percubaan CDN Terbaik : CDN Russia
Ya, saya memilih untuk menggunakan CDN Russia. Percubaan CDN Terbaik kali ini memilih perkhidmatan yang boleh dikatakan agak murah lebih kurang RUB500 sahaja atau bersamaan dengan RM 25.00+ sebulan, dan ianya adalah bayaran kredit minima. Berbanding dengan kredit USD 99, saya rasa RUB500 dah kira berbaloi. Jika penggunaan kurang dari RUB500, boleh kita lanjutkan kredit sehingga bulan berikutnya. Berbanding dengan CDN77, SkyParkCDN ini mempunyai 60 POPs atau ‘point of presence’ berbanding CDN77. Walaupun ada beberapa entri mengatakan POPs ini tidak penting, saya bersetuju sebab tidak ramai pengunjung luar negara melawat laman sesawang seperti blog Jebengotai ini.
Percubaan CDN Terbaik : Email pujuk
CDN Russia itu pun hampir sama konsepnya dengan CDN77, mesra pengguna dan agak mudah untuk membuat tetapan. Secara tiba-tiba saya mendapat email pujuk dari CDN77. Mereka menulis mengucapkan terima kasih kerana memilih mereka dan ingin membuat kaji selidik berkenaan dengan perkhidmatan. Saya membalas bayaran USD 99 terlalu ketat untuk orang yang mempunyai budget yang terhad. Pada awalnya saya rasakan email itu dihantar melalui bot automatik sahaja. Rupanya tidak, email dibalas dan menimbangkan untuk melanjutkan kredit minima USD 99 sehingga habis digunakan. Jika saya menggunakan USD 3 sebulan, ia akan mengambil masa 33 bulan untuk menghabiskan kredit tersebut. Mereka membalas jika mereka melanjutkan sehingga 33 bulan, ia merupakan satu layanan istimewa untuk menggunakan khidmat mereka. Keliru untuk memilih 🙂