Percubaan CDN Terbaik

Dalam entri sebelum ini, saya telah membuat percubaan untuk menggunakan perkhidmatan CDN berbayar. Percubaan CDN ini adalah bertujuan untuk mencari CDN yang boleh berfungsi dengan baik, mudah membuat tetapan dan apa yang penting kos yang minima untuk menggunakan perkhidmatan ini. Mungkin ada yang berpendapat kenapa perlu menggunakan atau membuat percubaan CDN ini kerana rata-rata pembaca dan pengunjung adalah dari Malaysia atau yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Betul pendapat mereka itu. Tetapi tidak dinafikan juga kepentingan perkhidmatan CDN ini dari segi mengurangkan bebanan hosting, keselamatan dan sebagainya.

percubaan cdn

Percubaan CDN : Cloudflare tidak bagus?

Pada saya Cloudflare merupakan salah satu perkhidmatan premium berbayar yang menyediakan akaun percuma yang pada saya sangat bagus dan membantu para pembina laman sesawang. Ia juga membantu menyekat serangan-serangan yang tidak diigini yang boleh kita lihat di paparan analisa Cloudflare. Konsep SSL percuma untuk semua juga menarik perhatian saya malah berjuta-juta pengguna yang lain.

Walaupun pun bergitu, apa yang saya faham Cloudflare menyediakan CDN yang hanya menyimpan beberapa laman sahaja di server mereka. Malah perkhidmatan berbayar mereka juga boleh dikatakan agak mahal berbanding perkhidmatan CDN yang lain kerana mereka juga menyediakan fungsi-fungsi tambahan lain untuk akaun berbayar.

Percubaan CDN : Pengiraan kos berdasarkan ‘bandwidth’

Tidak semua perkhidmatan perlu melanggan langganan tetap untuk perkhidmatan ini. Ada beberapa penyedia perkhidmatan mengenakan bayaran berdasarkan penggunaan dan tiada komitmen bulanan. Ini meminimakan kos bulanan langganan perkhidmatan ini. Laman sesawang ini menyediakan kalkulator khas pengiraan kos berdasarkan ‘bandwidth’ penggunaan laman sesawang kita. Berikut merupakan perbandingan antara beberapa perkhidmatan CDN :-

percubaan cdn

Percubaan CDN : Pendapat

Pada pendapat saya, percubaan CDN yang terbaik ialah CDN77. Mudah membuat tetapan, bagi yang menggunakan SSL semua fail yang disimpankan turut menggunakan SSL tanpa perlu membuat tetapan lain. Apa yang penting ialah kosnya dimana trafik dari server Asia dikenakan hanya USD 0.13 untuk 20 GB ‘bandwidth’. Saya akan menggunakan perkhidmatan ini selama beberapa bulan dan akan membuat entri berkenaan ini semula.

Percubaan CDN Amazon Cloudfront sedikit mengecewakan.Walaupun mempunyai server yang banyak di beberapa negara, tetapi tetapannya sedikit sukar. Lebih sukar lagi apabila jika kita menggunakan SSL, fail- fail yang disimpan di Amazon Cloudfront mempunyai konflik perbezaan sijil SSL antara server dan domain kita. Bagi pembina aplikasi, Amazon Cloudfront ini sangat sesuai buat mereka. Selain itu, perkhidmatan CDN yang agak popular seperti MAXCDN menyediakan perkhidmatan terendah USD 9.00 untuk 10 TB ‘bandwidth’, tidak sesuai pula sebab tidak menggunakan akaun tersebut secara optima.

Jebeng Otaiā„¢
carik yg budget jer..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. zool

    nak belajar juga guna CDN ni

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.