Ketika kecil menjadi kawan, ketika besar menjadi lawan. Malang tentunya tidak berbau. Saya pasti tiada siapa mahu kemalangan seperti kebakaran berlaku didalam kehidupan masing-masing. Namun, ianya berlaku disebabkan kecuaian dari kita sendiri seperti terlupa memadamkan gas, meletakkan lilin berhampiran dengan langsir dan gagal menyediakan alat pemadam api ABC. Jika kemalangan ini berlaku ketika kita sedar, pastinya kita boleh bertindak pantas untuk menyelamatkan harta benda dan nyawa orang yang tersayang. Tetapi bagaimana pula jika diwaktu kita tidur, keluar bekerja dan pada ketika itu anak-anak dirumah? Kesedaran tentang bahayanya api amat penting dan didikan seharusnya diberikan kepada anak-anak dan keluarga kita.
Pemadam Api
Rata-rata kebanyakkan rumah atau tempat kediaman tidak mempunyai alat pemadam api. Pemadam api jenis ABC sangat penting dan sesuai untuk memadamkan apa jua jenis punca kebakaran seperti kimia, gas, elektrik dan lain-lain lagi. Ianya terdapat didalam beberapa jenis saiz mengikut berat. Pemadam api ABC 1kg sudah memadai untuk disimpan dirumah mahupun didalam kenderaan. Walaupun tidak dapat memadam api berskala besar, tetapi ia dapat memanjangkan masa dalam usaha untuk menyelamatkan diri.
Jangan
Jika perabot atau langsir disambar api, kita boleh mengasingkannya jauh dari peralatan lain dan membiarkannya kerana ianya akan padam setelah bahan itu habis terbakar. Tetapi situasi seperti salah seorang ahli keluarga disambar api berbeza pula caranya. Namun jika kita tiada pemadam api, secara logiknya kita akan berfikir menggunakan selimut untuk menyelubungi badan mangsa akan tetapi ianya menyebabkan kecederaan lebih parah walaupun api telah terpadam. Berikut merupakan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berdepan situasi sebegini.
- Jangan menggunakan kain selimut yang telah dibasahkan untuk memadamkan api di badan mangsa kerana, suhu yang tinggi tersebut akan membalik kepada mangsa dan mengakibatkan kecederaan lebih teruk.
- Jangan menyimbah air kepada mangsa. Ini kerana perbezaan suhu yang tinggi akan menyebabkan kesakitan tidak terhingga kepada mangsa kebakaran.
- Jangan menggunakan kain selimut yang kering dan menepuk-nepuk badannya untuk memadamkan api. Ia akan menyebabkan kulit yang tercedera akan melekat pada kain selimut tersebut.
Selamat
Jika kita mempunyai alat pemadam api ABC, kita tidak perlu khuatir kerana ianya selamat digunakan dan tidak memudaratkan kepada mangsa. Jika serbuk ini memasukki mata, kita boleh membilasnya dengan air untu membersihkan mata. Pemadam api sememangnya penting untuk meminimumkan kerosakkan dan juga dapat menyelamatkan nyawa yang tersayang. Kita mampu membeli perkakasan canggih tetapi kita tidak dapat membeli alat pemadam api kerana kita fikir ianya tidak akan berlaku kepada keluarga kita, tetapi seperti yang kita tahu ‘malang memang tidak berbau’.
Sumber Gambar : Borneo Post
Aku pun pakai utk kenderaan je, simpan dlm keta. Maklum jelah keta sekarang nih banyak sangat guna parts mudah terbakar.
mmg kene sediakan payung sblum hujan.. 🙂
Dalam kereta aku ada payung je
tu pon berguna gak time hujan..huhu
memang perlu kesedaran utk kebaikan bersama. ..semoga bermanfaat 🙂
lebih2 kepada anak2 kita..bio diorg x panik dan tahu apa yg perlu dilakukan..
Kena belajar jugak cara-cara nak guna pemadam api ni. Ramai tak tahu guna =)
btul bro..kalo pki yg 1kg ni caranya lain..kene ade teknik dan kene berani skit.. 🙂
bukanya main pancit aje ke
kalo main pancit nnt api x pdm..1 kg dalam beberapa second jer..huhu
Nanti aku post satu khas untuk kau Jebeng. Murah ja pemadam api ABC ni. 2kg boleh dapat dalamm RM70-90
series?..nnt service die dtg ker @ antar sendiri?
Servis kena hantar sendiri 🙂
Series? Aku x bape clear kat situ bro..
serius tu..hehe
utk tong besi mmg murah..cukup date mmg kene tukar baru..
tong aluminium RM150 keatas..ttp leh tahan lama.. 🙂
eh..xde la mahal sgt pun kan..at least perlu ada pemadam api ni
Owh..mak baru tahu tak boleh gunakan selimut basah@ kering utk selamatkan org yg sdg terbakar!!
Tp dlm filem/drama, slalu ada adegan camtu kan..salah teknik ghupanya ya..
mmg xleh..lgi2 kalo suro guling2 tu..kalo dh kene sambar api mmg xleh nk guling2..mmg sakit..
mana gambar pemadam api ABC tu ? teringin nak tengok
ok2..nnt sy tunjukkan..
alamak.. leeza pun tak sure umah leeza ada tak?
erk..kene cek2..sbnarnya x mahal pon..hantar servis setiap 5tahun ikut jenis tong.. 🙂
thanks for share
join juga yuk di http://www.cybercityindonesia.com
jejaring sosialnya indonesia, milik anak bangsa
dinda
ya2..nnt sy singgah.. 🙂
Saya baru sahaja servis alat pemadam api ni untuk tempat kerja saya tahun lepas.
Ada la dalam 50-60 balang jenis ABC dan juga CO2.
mmg kene servis bro..tkut2 bila nk padam api tekanan x der lak..bhya2
Di ILP ni saya kadet bomba jadi berpeluang menggunakan pemadam api ABC ni.
pendedahan awal yg bgus 🙂
hoho..aku suka main benda ni. tembak orang. haha..
temabk org yg x belanja cendol ke bro..huhu
Tong yang kaler biru dah tidak dibenarkan masuk site le jebeng
aah..skng suma dh tukar tong kaler merah..so x yah nk pilih2 tong ikut jenis kebakaran..
rumah saya tak ada pun pemadam api. pernah sekali kuali saya keluarkan api masa saya tengah goreng tauhu letak kicap masin..tah macam mana boleh keluar api dalam kuali..hahaha..saya panik, saya simbah ngan air je.. 😀
owh..kalo minyak petrol jgn pula simbah air ya.. 🙂
good info ni, bagus sangat simpan 1 dlm kereta. kalau tak silap sekarang harga pun tak semahal dulu2.
btul bro..kalo nk letak dlm kereta jgn letak kat bonet..letak kat kocek belakang tmpt duduk penumpang disebelah..kalo ade aper2 kita senang nk capai.. 🙂
rumah saya takde pun pmadam api..
dulu ada lah sebijik..tapi habis isi dia..adik sy tekan..hehe
tapi oklah..xde budak kecik kat rumah..dpat elakkan rumah dari terbakar..
mungkin la..tp malang x berbau..kene sediakan juga walaupun tiada anak kecil.. 🙂
memang sangat penting untuk sediakan pemadam api…tapi ramai juga yang tak reti nak mengunakannya kan
yela..br sat td baca paper ade yg terkorban sbb kebakaran..
hik3.. teringat plak cerita Night at d Museum
main spray2 sampai makan orang batu tuh.. har3..
hehe.. 🙂
sebaiknya rumah ada satu pemadam api ok dah, ala mahal tak pe kan tapi safety punya pasal, benda ni lagipun tahan lama
yup..5 thun sekali kene sevice..check angin @ refill bru..
takde plak kat umah.. kena beli ni
utk keselamatan bro.. 🙂
teringat kembali zaman sekolah dulu.. pemadam ABC sgt penting!
penting dan mudah digunakan..
Teringat subjek Kemahiran Hidup… lama dah…semua dah tak ingat…hahaha 😀
skng dh x yah ingat..standard kaler merah semua..
kenapa macam tak pernah tahu je pasal pemadam api ABC ni..huhu..apa2pun, nice info yg tentang kesalahan2 tu..baru tahu..
cara yg salah..cara yg betul belilah pemadam api..hehe
malang tidak berbau
memang elok simpan satu pemadam api kat rumah
Mmg ptt simpan..utk kegunaan masa kecemasan..
semalam ikut engineer check pemadam api keliling kilang. ada dua jenis, CO2 dan ABC.
safety officer ker?
baru tau ke Izwan? Ada lagi kau tak sebut tu. Jenis buih. Biasanya utk kebakaran berpunca dari minyak
Top search keyword ni: pemadam api abc
hehe 🙂
huiyoo..btul la..hehe
pernah sekali member tersembur fire extinguisher to my body masa sekolah dulu.memang pedih la rasa.hahaha..
co2 ker?..huhu..bhya bro..kalo kene mata 2sec leh buta..
masuk gak sket2 tapi terus basuh la.pedih gak la satu badan malam tu.
huhu..dsyt2 🙂
hurm..chii pernah gak blaja cara2 nak guna pemadam api..tp tu yg besar,yg slalu ada di skolah2..sama gak kan cara penggunaannya
leh share x kat mana nak beli yg steel punya…yg rm150