Selesai juga akhirnya ‘beraya’ di blog rakan-rakan setelah hampir seminggu bercuti dari berblogging. Banyak perkembangan yang menarik yang saya dapat ketika membalas kunjungan blogwalking rakan-rakan blogger yang lain. Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Budak Felda kerana berjaya mengadakan giveaway yang pertama beliau. Mengadakan giveaway ini bukanlah kemestian yang perlu dilakukan oleh blogger. Pada saya giveaway ini seperti menghargai rakan-rakan yang bersusah payah melawat ke blog kita dari hari ke hari tanpa jemu. Selain itu juga, melalui giveaway ini bermacam-macam impak positif yang kita terima seperti SEO, Backlink dan sebagainya. Budak Felda ingin melakukan ujikaji untuk menaikkan ranking Alexa blognya melalui penganjuran giveaway ini. Baru-baru ini saya telah melawat beberapa tempat menarik di Langkawi. Salah satu diantaranya ialah Pantai Pasir Hitam. Sudah beberapa kali juga saya hanya lalu sahaja kerana kerana dikawasan itu terlalu banyak kawasan yang boleh kita lawati.
Pantai Pasir Hitam, Langkawi
Langkawi sememangnya merupakan destinasi pelancongan yang popular dan kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Pantai Pasir Hitam sememangnya unik dan lain dari yang lain. Mengikut lagenda atau mitos yang saya dengar, terdapat berbagai versi cerita yang menarik berkenaan dengan kawasan ini.
Versi 1
Pasir dipantai ini dikatakan telah menjadi hitam akibat seorang nelayan telah melanggar sumpahnya dengan ikan duyung.
Versi 2
Ketika zaman dahulu kala, terdapat kerajaan darat dan kerajaan laut pada ketika itu. Peperangan tercetus diantara kedua-dua kerajaan tersebut. Tentera kerajaan laut terlalu ramai dan menggerunkan kerajaan darat. Akhirnya kerajaan darat menyalakan unggun api disepanjang pantai ini untuk menunjukkan betapa ramai tenteranya ketika itu. Akhirnya peperangan dapat dielakkan.
Versi 3 : Fakta
Mengikut kajian sains, pasir hitam ini adalah disebabkan beberapa mineral seperti besi oksida dan lain-lain telah bercampur dengan pasir biasa. Tetapi anehnya, disini tiada gunung berapi yang menyebabkan pasir ini dipenuhi mineral ini. Sehingga kini masih tidak pasti punca sebenar perkara ini terjadi.
Â
Pantai Pasir Hitam : Kebersihan
Walaupun pemandangannya sangat indah, tetapi kebersihan dipantai ini amat mendukacitakan. Bukan niat saya ingin menjatuhkan produk pelancongan tempatan, tetapi pada pendapat saya Pantai Pasir Hitam ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan. Bagi penggemar fotografi, landskap disini sangat sesuai dijadikan lokasi untuk ‘membidik’ lensa kamera masing-masing. Ramai juga orang luar dan tempatan mengambil photoshoot pengantin disini kerana pemandangan disini sememangnya cantik. Saya tidak menyalahkan 100% PBT setempat, kadang kala sikap pengunjung sendiri yang membuang sampah merata-rata samada dipantai ini atau dimana sahaja boleh merosakkan keindahan alam semulajadi. Bagi yang berkesempatan bolehlah mengunjungi Pantai Pasir Hitam dikawasan Air Hangat. Disini juga terdapat pasar malam pada setiap hari Jumaat. Berbagai-bagai makanan tempatan boleh dibeli dan dirasai seperti pulut durian, beronok dan sebagainya.
Hitam pasir pantainya yang biasanya berwarna putih.
aah bro..sekeliling pulau ini pasir nya putih..cuma kat sini jer hitam..mungkin mitos tu ade kebenarannya..hehe
dah beraya kat blog aku ke belum ? hihi
uih..dah bro..hehe
pantai pasir hitam, mungkin nama hitam ssb tak bersih
tp pantai tu dah lama dapatnya.. 🙂
Langkawi banyak simpan kisah lagenda…
setiap tempat ade ceritanya tersendiri..huhu
suatu hari nanti pasti aku akan menjejakkan kaki di langkawi.
Pemandangan yang bagus sahabat dan layak untuk dijadikan rujukan sebagai tempat pariwisata untuk disinggahi
sama2..jika ada kesempatan..boleh lawat ke Langkawi 🙂
tetiba pula rasa mahu jalan2 lagi ke langkawi
entah bila akan ada kesempatan tu
hehe..kene rancang awal..oh ya jgn pi time cuti..kalo x mmg sesak.. )
nape ada satu gambar je encik jebeng..
salam perkenalan dari saya blogger baru
ade lagi..utk ww nnt..hehe
pergi langkawi biasanya nak beli coklat je.. hahahahaha
yg tu salah satu sbb gak bro..hehe
wah cuti panjang bro. bab kurang bersih tu, sikap pengunjung kot menyumbang terbesar, majlis sediakan tong sampah n kutip sampah secara berkala je.
btul bro..sikap dan perangai sendiri yg x berubah2..
cantik permandangan
blom pernah sampai lagi 🙂
leh masuk dlm cek list tmpt yg akan dilawati di malaysia.. 🙂
Agak2 kalau mandi boleh bertukar jadik hitam jugak ke bro 🙂
haha..x la..pasir die jer hitam..air die ok 🙂
first time tahu ada tempat yg pasirnya hitam, dan versi-versi kisah diatas belum pernah saya dengar. Menarik juga kalau dapat pergi ke sini.
mmg menarik..pengalaman unik ni.. 🙂
first time dengar pantai pasir hitam, sebelum ni tak tahu pun.
macam tak pernah sampai
ade masa leh pi langkawi ni bro.. 🙂
Hitam pasir pantai ni… Lepas tu diburukkan pulak dengan sikap pengunjung yang buang sampah merata, lagi bertambah hitamlah pantai ni.
hitam pasir ni sbb semulajadi..tp sampah2 tu x semula jadi la..huhu
Nasib la hitam tu sebab semula jadi kan. Kalau tak mesti ramai dah cakap pantai ni memang tak bersih.
macam macam versi cerita yang ada kan..pasti ada yang mitos dan ada yang fakta 🙂
btul2..hehe, mmg menarik 🙂
Senario di pantai pasit hitam memang dicop tidak bersih sejak dari dulu lagi. Yang mana lebih ke sikap pengunjung sendiri dan sistem penyediaan pembuangan yang tidak mencukupi dan tidak berjadual. Ada juga rungutan dari penduduk, kawasan dianak tirikan dari tempat history lain.
Sambungan:
Versi 4. Ketika waktu jajahan, penduduk telah tumpahkan minyak disekitar pantai supaya penjajah (dari laut) yang datang waktu malam tidak sedar kapal telah sampai ke tebing dan mengakibatkan mereka gagal mendarat ataupun tak nampak dimana pantai untuk mendarat dan serang.
Versi 5: Tentera Jepun. Ketika zaman ini, kapal Jepun cuba mendarat waktu malam tetapi akibat pantai hitam, kapal besar mereka terkandas dan menumpahkan minyak.
Antara versi orang2 kampung waktu 80an dulu yang menjadi tarikan kepada pengunjung. Termasuk dimana makam sebenar Mahsuri? Dan makam tersebut bukan di tempat yang disediakan ketika ini kan JO?
psl makam tu byk juga versi nya..makam purba dikatakan sbgai makam mahsuri yang benar..tp ade gak versi yg lain..sy pon x pasti..huhu
Tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan kebersihan masih rendah.
yela..sygnya keindahan alam sekitar tercemar..
Lama dah dah menyinggah ke Langkawi. Ada dah 4tahun rasanya.
lama gak tu bro.. 🙂
Uishh ….kalo mcm tu MD lagi lama tak g langkawi …10thn ada..
Bila la nak g jln2 makan angin sana lagi or area utara ….cuti sekolah je balik kg..Teganu….kelate….kl …johor 🙂
aik..kg kat johor ker?..kat mana?..hehe
tak ingat la dah penah sampai pantai ni atau belum.
ternyata punya History tersendiri
dulu masa honeymoon pernah singgah pantai nih, mmg unik sebab pasir nyer hitam…tapi tuh la bab kebersihan mmg mengecewakan sikit…
Masalah sampah adalah masalah biasa di Malaysia. Entah bila mereka mahu sedar pun tak tahulah.
tak pernah lagi djchef mejejakan kaki ke langkawi. maybe next time
Kalau di Indonesia ada beberapa pantai yang berpantai pasir putih
subhanaAllah…
teringin sgt nak pegi langkawi…
emm cantik pemandangan pandai tu..pandai bro ambil gambar..hehe..budak felda memang bagus..ujikaji dikongsi bersama..mcm blog JO ni jugak..hehe
Laaa…kotor ke tempat ini? baru nak p. cancel lah klu camtu