Pengalaman mendebarkan sememangnya tidak mudah dilupakan. Menunggang ‘naga besi’ dan ‘beliung putih’ memerlukan keberanian yang tinggi. Manakan tidak kedua-duanya ianya disenaraikan didalam senarai antara roller coaster paling laju dan paling panjang didunia. Oleh kerana ini kali pertama menaiki ‘roller coaster’ di Nagashima, saya terpaksa menaikinya juga kerana entah bila akan mengungjungi taman tema ini semula.

White Cycloon
Dinobatkan sebagai rollercoaster binaan kayu yang keempat terpanjang didunia. Setiap selekohnya tidak begitu selesa kerana cantuman landasan tidak begitu kemas. Suspensi kereta pula sangat keras dan agak menakutkan. Walaupun begitu, masih ramai yang mahu menunggangya kerana ia melalui celahan sempit yang agak rendah. Bagi mereka yang agak tinggi, perasaan takut disebabkan khuatir kepala akan terhantuk pada palang kayu yang menyokong binaan.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=uxeS7fMB530″ width=”600″ height=”400″]

Steel Dragon 2000
Binaannya agak moden. Steel Dragon 2000 merupakan ‘roller coaster’ yang diperbuat daripada besi keseluruhannya dan terpanjang didunia .Ia dilengkapi dengan kerusi yang selesa dan landasan besi yang kukuh dan selekoh yang lembut. Rekaannya dinamik tidak bermaksud ia dapat ditunggang dengan mudah. ‘Naga besi’ ini lebih ganas dan liar. Ketika permulaan, pengungjung akan menaiki tanjakan setinggi 318 kaki dengan perlahan. Pada ketika ini tahap kegerunan akan terkumpul sebelum ‘roller coaster’ menjunam ke bawah. Ianya melalui selekoh tajam yang begitu hampir dengan kompleks membeli-belah dikawasan sekitar. Selepas itu ia melalui terowong yang gelap dengan kelajuan yang menakutkan.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=4tIkUFb3KAI” width=”600″ height=”400″]
Jebeng Otaiβ„’

Ade bran ?.. πŸ™‚

p/s : Β xdan nk rekod sbb tkut kamera tercampak..hehe