Selain dari kereta ‘Vauxhall Bathrust VRX8‘, saya amat meminati Mitsubishi Pajero Sport VGT yang sememangnya lain dari yang lain. Berbeza dengan VRX8 yang menggunakan supercharger, Mitsubishi telah menggunakan sistem ‘variable geometry turbo’ didalam edisi Pajero Sport ini untuk menggantikan sistem turbo konvensional biasa. Sistem turbo boleh ubah ini dapat memberikan kuasa yang sama ketika kelajuan rendah dan menyelesaikan masalah ‘turbo lag’ yang terdapat pada sistem turbo biasa. Selain itu juga Pajero Sport VGT ini dilengkapi dengan ‘paddle shift’ sama seperti Lancer.
Turbo VGT
Sistem turbo ini masih lagi sama. Sedikit pembaharuan ditambah pada bilah turbinnya. Bilah turbin untuk sistem turbo biasa adalah statik manakala bilah turbin VGT boleh dilaraskan mengikut RPM. Teknologi ini mampu memberikan kuasa turbo walaupun ketika kenderaan itu bergerak perlahan.
RPM Rendah
Bilah akan ditutup pada kelajuan rendah untuk mengurangkan bukaan bilah. Jika bilah ditetapkan pada satah yang tepat ianya akan akan menguncup lalu membuatkan turbin berpusing dengan laju kerana gas ekzos dapat ditumpukan.
RPM Tinggi
Pada kelajuan tinggi, gas dari ekzos bergerak laju dan bilah turbin dibuka untuk mengembang sepenuhnya. Ia juga mengurangkan tekanan pada sistem ekzos dan penggunaan ‘wastegate’.
Spesifikasi
walaupun aku keje kt auto company…banyak bab2 enjin aku fail bro…termasuk la artikel yg nih…..hehehe
kompeni mana bro?..hehe
proton..err..kan bro yas
sy pon rasa cam tu gak la..huhu
Aku plak minat ngan Mitsubishi ASX tu 🙂
minat hatchback ker bro?
apa pun aku tak reti bab macam ni
aku ni, kalau kereta rosak, panggil mekanik je yang aku tahu
sy pon x tau gak..hehe
bro sevice centre je yg tau…hehe
Hehehe… Tak tau la sangat ye… 😀 Nice Share ;D
sama2x 🙂
kereta sekarang ni semuanya guna komputer.. pening kalau dah rosak..
yela..lgi2 geak box kawalan elektronik ni..x tau la kalo rosak berapa ribu habis..
Hahaha..kelako la plak komen bro tehr tuh..sebab, mak pun sama! Muahahahaha…Apa pun x reti gak bab enjin2. Hikss..
yeke…kalo mak power enjin mmg suspek la..hehe
pnah bwk pajero gls jer..tu pon dh sedap..ape lagi vgt ni full spec ni.. 🙂
uih..yeke bro?..kat sana mitsubishi murah kan..best aa
Boleh faham tapi tak reti nak ulas he3..
hehe..untk info jer..
Eh gambarnya pula tidak ada. Kena Google lah untuk melihat rupa kereta yang diperkatakan. 🙂
alamak..lupa la..nnt sy update..hehe
kumpul la duit tu ye.nanti dah beli leh la saya nak tumpang rasa naik jap.hehehe
owh..boleh jer.. 🙂
perghh..tringin nak trade in 4wd aku,try yang nih..tapi yang ni lagi mahal woo..
tp yg ni best aa bro..
bro pki 4wd per?
insyaALLAH bro boleh beli kete pakai duit duit blog..hehehe..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..hehe
amin..berkat doa rakan2.. 🙂
bro, tumpang tanya, camne nak letak gambar kecik2 camtu.. bila klik jadi beso…
pki nextgen gallery..try la.. 🙂
minat gak nak ada kete 4wd..tp setakat ni yg memikat hati..honda crv
minat crv rupanya.. 🙂
saya dah try kreta pajero ni dan fortuner 2.7 sportivo
kereta ni lagi best dari fortuner..
kereta ni mcm gaya eksekutif sikit..hehe