Sesiapa sahaja yang pernah bermain ‘Shadow of Colossus’, untuk menewaskan gergasi atau ‘boss’ didalam permainan tersebut tidaklah terlalu sukar. Hanya mengenalpasti titik kelemahan dan menikamnya menggunakan pedang. Walaupun begitu ianya memerlukan usaha yang gigih untuk memanjat raksasa tersebut dan mengelak daripada terjatuh dan tercedera. Saya amat meminati game pengembaraan seperti ini dengan permulaan permainan diceritakan bahawa seorang putera ingin menghidupkan kembali puteri iaitu kekasihnya. Dengan menggunakan kuasa kejahatan, si putera itu perlu mengalahkan 12 raksasa atau ‘colosus’ yang saiznya agak besar. Berbekalkan panah, pedang dan kuda, si putera itu keluar memburu kesemua raksasa dengan harapan ingin bertemu puteri itu semula. Akhirnya, si putera itu berjaya menewaskan kesemua raksasa, tetapi malangnya jiwanya telah dimakan oleh unsur jahat dari pedang itu dan akhirnya si putera itu mati dan nyawa yang terkorban itu dapat menghidupkan si puteri.
Tewaskan Raksasa
Ketika ngeteh bersama the singing blogger n the geng ada yang mencadangkan aku buat contest, mana-mana blog yang dapat menewaskan alexa ranking Malaysia blog Denaihati dalam tempoh 3 bulan dapat hadiah gadget. Macam bagus je idea ni. Sumber
Saya tertarik dengan salah satu perenggan didalam entri bro Denaihati. Walaupun begitu saya tidak pasti jika DH ingin mengadakan ‘contest’ dengan format seperti ini. Dengan masa yang diberikan selama 3 bulan agak mustahil untuk JebengOtai.com mengejar ‘ranking’ Alexa Denaihati di Malaysia.
Pakatan
Secara teorinya kita mampu melakukannya jika kita menggunakan ‘Blog Sebagai Syarikat‘. Mengalahkan raksasa dengan sebiji batu memanglah mustahil. Tetapi kita boleh mengalahkan raksasa dengan berjuta-juta biji batu. Disiplin, konsisten dan satu hati boleh menewaskan raksasa yang kita hadapi. Tolak ketepi ‘income’ dan kepentingan diri semata-mata. Hanya 3 bulan untuk mengalahkan DH pastinya menggemparkan dunia blogosphere. Kalah atau menang pada saya DH tetap hebat kerana berjaya menanam idea seperti cerita ‘Inception’ dan mencipta fenomena sihat dalam bidang ‘blogging’. Kepuasan tetap terasa jika kita mencapai sesuatu yang luar biasa seperti dapat membawa ‘branding’ kita ke peringkat tertinggi.
bergabung dan meletup… π
DH dah umpama raksasa blogger bro π
hehehe..tu la pasal.. π
merangkak lah kalau i nak kejar alexa denaihati tu.. huhu…
kalo sorg2 mmg x berdaya la..kalo bersatu leh ‘berlari’ kot..hehe
engkau punya trafic pun aku tak terlawan ini pulak DH,rasa2 kena buat teknik ambiga la
mmg dsyt la teknik tu..hehe
Kena buat gabungan besar2an baru bleh nak potong DH. Kalau tak, I Follow jelah π
btul..3 bulan jer utk kalahkan DH..rasanya leh kot..:)
semua blogger boleh kalahkan alexa rank DH. nak atau tak nak aje. hoho..
btul2..semua blogger berpotensi..nk 1000 daya x nk 1000 dalih..
good luck bro. jangan kalah sebelum berjuang.
semngt tu yg penting.. π
dalam masa 3 bulan nak kejar denaihati??…huish dasyat2..
yakin boleh bro π
boleh tu bro.. janji keyakinan dan usaha mesti ada
tak boleh komen jugakk…
dh ok kot rasanya..
Ooo dah dapat komen…hehe..jadi ke denaihati nak buat contest??pertempuran yang pasti menggegarkan dunia blog ni. Hehe..aku jadi pemerhati je la..
x pasti ag DH jdik ke x..hehe
Nak beat DH?? Jgnkan 3 bulan…3 tahun pun belum tentu mak mampu!! Hua hua hua..
Klu jebeng dah menvolunterkan diri, tahniah la kerana berani menyahut cabaran..:)
volunteer sapa yg ade projek nk beat DH..kalo sorg2 mmg x dan.. π
besar btul gergasi itu..hahaha..btul kalo nak takde seribu alasan..
besar2 tp kalo dh tau cara mmg sng jer nk kalahkan.. π
dah lama tak main game camni.hoho
try aa bro..seronok juga kalo layan..
kena ikut dan tiru cara keje gergasi DH untuk mengatasi musuh. menyelinap masuk dalam kehidupannya dalam keadaan tidak sedar seperti cara pahlawan ninja menumpaskan musuh mereka.
terbaikk..hehe