Setelah penat lelah memindahkan data-data domain Co.CC , seorang lelaki kacak telah datang kepada saya serta menawarkan pertolongan. Hairan bagaimana lelaki kacak ini pandai membaca fikiran saya. Apa yang merungsingkan saya ialah bagaimana untuk memindahkan visitor dari domain lama ke domain yang baru ini. Setelah mengkaji dan terus mengkaji, saya menjadi buntu untuk menyelesaikan masalah ini.Setelah entri kebijaksanaan ‘Teknik Pelaburan Emas Lelaki Kacak‘ , Lelaki kacak ini dapat menghidu bau kegusaran saya dan tampil menawarkan bantuannya.
Manipulasi 301
Tercengang seketika apa yang lelaki kacak ini katakan.Apa yang saya tahu hanyalah error 404 sahaja setelah membaca di blog Naziman didalam entri ‘Post 404 Error Tapi Homepage Boleh Dibuka’. Lelaki kacak itu dengan baik hatinya mengajar bagaimana memanipulasikan kod HTTP 301. Sebenarnya kod 301 atau HTTP 301 merupakan kod redirect dengan memberitauserver fail-fail di domain lama telah dipindahkan ke domain baru. Cara ini sangat efisien berbanding meninggalkan komen di blog rakan-rakan dengan menulis, ‘ Saya sudah berpindah ke domain baru’ atau seumpamanya.
Tetapan 301
Sangat mudah dan paling cepat dilakukan. Disini lelaki kacak mencadangkan saya dengan menggunakan ‘WordPress SEO By Yoast’ boleh membuat ‘redirect HTTP 301’ ini. Caranya ialah dengan meletakkan url website baru yang hendak dijadikan sebagai lokasi baru didalam gambar yang kedua.
SEO Yoas plugin antara terbaik. Perlu buat beberapa setting untuk mendapat kesan SEOnya.
yela..mmg pelbagai fungsi boleh dibuat dgn plugin ni..mmg mesra blogger π
errr..baru tau pasal kewujudan plugin ni even da lama ngan wp
byk juga faedah plugin ni..kalo guna spenuhnya..leh menang contest ‘lelaki kacak’ π
saya pun guna wordpress SEO by yoast juga. memang tabik dengan yoast sebenarnya. yoast.com yang banyak mengajar saya tentang SEO dan blog dalam diam2 di blog dia. ahaha. ada dua lagi plugin SEO, all in one SEO pack dengan Platinum SEO tak silap. tapi saya belum kaji lagi mana terbaik antara tiga ni.
owh nnt dh kaji leh share ya.. π
Yoast mmg terbaik bro π
yela..kene carik tips2 utk guna sepenuhnya..br leh jdik terbaeek..
Kalau guna WP, plugin ni memang tak boleh miss. π
mmg x lengkap kalo x der plugin ni mmg byk membantu.. π
Macam mane nk buat 301 ni…
letak jer link baru cam kat dlm gambar no2..
die akan redirect sendiri π
aku guna lain seo plugin…. seo yoast pun kira diantara yang nampak susah pada mulanya..tapi kalau dah biasa.. senang jer nak settingnya tuh
belum pernah guna lgi, guna platinum pack jer…hehehe
so, alexa ikut sekali tak bro jo?
stakat ni naik mmg mendadak la..tp x sure leh cpai time domain co.cc dulu..maybe dalam sebulan dua ag agknya bru die follow.. π
akhirnya, tukar juga..
tukar domain ker bro???