Kira Cukai Pendapatan 2016 : Gaji Minima Tidak Dikenakan Cukai

Sudah masuk pertengahan bulan Mac 2017, sinonim dengan mereka yang perlu membayar Cukai Pendapatan 2016. Pada entri ‘Gaji RM 3000 Tidak Perlu Bayar Cukai‘ mungkin sudah tidak relevan lagi. Kerana terdapat perubahan ‘tax bracket’ setelah belanjawan pada tahun lepas. Jujurnya, saya tidak layak untuk membayar cukai pendapatan. Malah pengiraan ini adalah pengiraan ringkas bagi mereka yang bujang serta tidak mempunyai apa-apa tanggungan dan potongan melainkan KWSP sahaja. Entri ini adalah rujukan ringkas bagaimana pengiraan cukai pendapatan individu. Bagi mereka yang membayar cukai pendapatan tanpa masalah, diucapkan terima kasih kerana secara tidak langsung hasil pendapatan itu disalurkan semula untuk memberi perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Kira Cukai Pendapatan 2016 : Jadual Berubah

Terdapat sedikit perubahan ‘tax bracket’ bagi Cukai Pendapatan 2016. Mungkin dengan perbandingan antara ‘tax bracket’ pada tahun lepas mungkin kita boleh mengkaji adakah cukai semakin meningkat atau semakin menurun dengan menggunakan anggaran gaji yang tetap. ‘Tax bracket’ Cukai Pendapatan 2016 adalah seperti dibawah.

cukai pendapatan 2016

Kira Cukai Pendapatan 2016 : Tipu Cukai

Sebenarnya ini bukan ‘trick’ atau tipu Cukai Pendapatan 2016, tetapi banyak kelonggaran dan pengurangan yang diberikan ketika pembentangan budget yang lalu. Sebagai contoh pengenalan pelepasan cukai gaya hidup untuk pembelian telefon pintar, langganan internet, bayaran keahlian gymnasium dan beberapa perkara lagi sehingga RM 2500 setahun. Bagi mereka yang aktif mengemaskini cukai, pastinya dapat menikmati kelonggaran tersebut.


Kira Cukai Pendapatan 2016 : Gaji Minima Tidak Kena Bayar Cukai
Encik Ali mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM 40,449.44. Pengiraan dibawah adalah contoh Encik Ali tidak dikenakan cukai dengan hanya bergaji lebih kurang RM 3370 sebulan.

Pendapatan yang dikenakan cukai
= RM 40,449.44 – ( RM 9000 [pelepasan individu] + RM 2000 [pelepasan khas cukai dibawah RM 96,0000] + RM 4449.44 )
= RM 25,000 – pendapatan yang dikenakan cukai

Encik Ali dikenakan cukai pada ‘tax bracket 20,000 – 35000’

Tahun 2016
= RM 20,000 -> RM 150
= RM 5000 baki -> RM 5000 x 5% = RM 250
= RM 400 – jumlah cukai pendapatan

Tahun 2015
* pengiraan adalah sama kerana ‘tax bracket 20,000 – 35000’ masih sama

Rebat cukai RM400 akan diberikan kepada pendapatan yang dikenakan cukai dibawah RM 35,000. Encik Ali layak menikmati rebat ini.
= RM 400 cukai pendapatan – RM 400 rebat cukai
= RM 0 cukai pendapatan

Kira Cukai Pendapatan 2016 : Layak Zakat

Walaupun Encik Ali tidak layak membayar cukai pendapatan, tetapi beliau layak untuk membayar zakat. Mengikut kadar nisab negeri, kebanyakkannya dibawah RM 14,000 setahun. Ianya salah satu ibadat dan menjadi rukun Islam untuk mengeluarkan zakat. Bagi mereka yang ingin mengurangkan cukai pendapatan 2016, boleh juga membayar zakat sekaligus boleh mengurangkan bayaran tersebut.

Sumber :

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/senarai-pelepasan-dan-rebat-cukai-2016-98589
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=11&bt_lgv=2

Jebeng Otaiā„¢
kene plan btul2…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 10 Comments

  1. Hero Borneo

    saya suka lagi bayar zakat berbanding cukai…

    kalau cukai digantikan sedekah besar juga pahalanya tu

    1. jebengotai

      itu dh semestinya…kene pilih mana yg utama dulu..

      1. Hero Borneo

        Mungkin ada pihak yang sedar bahawa golongan yang balik banyak membayar cukai ialah golongan miskin.
        Hari hari bayar barang yg ada GST

        1. jebengotai

          tp pon x tepat jgak…sbb golongan miskin dlm kumpulan b40…penerima brim..brg mentah mmg x dak gst..cuma kenaikkan hrga barang oleh penjual mmg kene pemantauan…

  2. Lone

    Hi. Yang pelepasan number 18, RM2000 bagi pendapatan bawah RM94,000 tak ada pun dalam e-filing? macam mana nak tuntut ye?

  3. Krull PeeChai

    maaf bertanya… dari mana datangnya tolakkan sebanyak RM4449.44 tu

  4. semakkini

    tq info sebab sharing ye. Lepas ni boleh la semak semua sebelum kena naik mahkamah

  5. Puteri katak

    Nak tanya,knpa 5% darab 5000?saya baru bljar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.