Gaji RM 3000 Tidak Perlu Bayar Cukai

Berita baik untuk mereka yang belum mengemaskini E-Filling LHDN pada bulan lepas, tempoh tamat mengemaskini cukai pendapatan melalui E-Filling telah dilanjutkan sehingga bulan May. Ini merupakan kali pertama gaji saya dipotong PCB setiap bulan secara automatik dilakukan oleh majikan saya. Walaupun tidak banyak, tetapi jika dipotong sehingga 12 bulan sudah cukup untuk saya belanjakan duit itu untuk kegunaan harian atau simpanan kecemasan.

140402__SM_Tax-Guide-02b-Gene-EditHarus Baca : Savemoney.My

Gaji RM 3000 Tidak Perlu Bayar Cukai : Kenapa Perlu Kemaskini?
Secara ringkasnya, PCB atau potongan cukai bulanan pada setiap bulan dilakukan oleh mana-mana majikan yang merasakan tangga gaji tersebut telah memenuhi syarat atau ‘bracket’ cukai harus dibayar. Potongan tersebut sebenarnya tidak perlu kerana majikan tidak mengambil kira tanggungan, perlepasan cukai, pengurangan cukai atau rebat yang digazetkan pihak kerajaan pada setiap tahun belanjawan. Pada saya, jika kita tidak buat E-Filling itu, kita tidak dapat balik PCB setiap bulan walhal kita layak menerimanya 100% potongan tersebut.

Gaji RM 3000 Tidak Perlu Bayar Cukai : Contoh Pengiraan

Encik Ahmad mempunyai pendapatan tahunan RM 36,704. mengikut formula :-

Cukai Pendapatan Tahunan

= Cukai Pendapatan – ( Perlepasan Individu + 11% KWSP + Perlepasan Cukai Istimewa )

Cukai Pendapatan Tahunan

= RM 36704 – ( RM 9000 + RM 4037 + RM 2000 )

= RM 21667

Cukai tahunan yang dikenakan pada ialah :-
= Tangga gaji RM 20000 — [RM 300]

= Baki RM 1667 ————– [RM 100]

= Cukai Pendapatan yang dikenakan ialah RM 400 pada tahun tersebut.

Gaji RM 3000 Tidak Perlu Bayar Cukai : Rebat Cukai
Rebat cukai diberikan kepada mereka yang benar-benar layak. Ia merupakan salah langkah mengurangkan beban golongan pertengahan yang berpendapatan dibawah RM 35000 setahun setelah ditolak perlepasan cukai dan KWSP.

Jumlah Cukai

= Cukai Pendapatan – Rebat Cukai

= RM 400 – RM 400

= RM 0, tiada cukai yang perlu dibayar selepas rebat cukai

Gaji RM 3000 Tidak Perlu Bayar Cukai : Kesimpulan
Akhir kata, mengemaskini E-filling adalah sangat penting. Contoh diatas membuktikan mereka yang bergaji RM 3000 atau lebih tepat RM 36,704 setahun tidak perlu membayar cukai pendapatan. Potongan gaji melalui PCB boleh dikembalikan dengan hanya menggunakan potongan KWSP sahaja tanpa perlu bukti resit-resit derma, slip belian dan sebagainya. Walaupun begitu segelintir ambil ringan perkara ini kerana PCB yang dibayar ada kalanya melebihi cukai sebenar yang perlu dibayar.

Jebeng Otai™
blog + kira2…mcm menarik pulak.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 5 Comments

  1. zik

    oklah tuh kan… gaji aku tak sampai 2k pun.. puihh

    1. jebengotai

      haha..lebih 10 ingit jer bro..kene income tax..gile la..

    1. jebengotai

      maknyanya..kita kene update la info kita kat efilling..jgn malas, majikan mmg potong je..tp septtnya x perlu..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.