Hosting Termurah

Mencari plan atau servis hosting yang terbaik kadang-kala agak sukar. Boleh jadi keliru dibuatnya dengan plan-plan atau pakej yang ditawarkan. Lebih memeningkan kepala untuk mecari pelan yang sesuai dengan situasi semasa blog kita seperti trafik, kelajuan loading, fleksibiliti tetapan, fungsi SSL dan lain-lain kriteria berlainan dari setiap pelanggan. Hosting termurah dan hosting terbaik adalah satu gabungan yang agak mustahil. Yalah, dari segi logiknya hosting termurah tidak semestinya terbaik dan hosting terbaik tidak semestinya murah. Ianya berlaku pada saya beberapa bulan yang lepas.

Hosting Termurah : Kenapa mahal?

Seperti yang kita tahu, platform Linux kebanyakkannya adalah percuma. Perisian server seperti Apache, NGINX, MYSQL, MariaDB dan lain-lain lagi juga adalah percuma. Kenapa hosting itu mahal? Pada pendapat saya, ianya disebabkan oleh kos lesen perisian seperti Cpanel, Website Panel, Plesk dan sebagainya untuk menguruskan perkhidmatan hosting tersebut. Tidak dinafikan perisian ini sangat membantu kepada para pelanggan untuk membuat tetapan blog, database dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, jika ianya ‘shared hosting’ kos tersebut dapat dipuratakan kepada pelanggan-pelanggan sesuatu hosting itu.

Hosting Termurah : Hosting Sendiri

Ianya tidak mustahil untuk membangunkan hosting sendiri dengan menggunakan ‘open source panel’ mirip kepada Cpanel. Namun terdapat beberapa fungsi yang mungkin tidak ada pada perisian Cpanel. Ianya percuma dan apa yang penting hanyalah untuk mempunyai akses FTP ke server, tetapan domain dan juga mengawal selia database adalah sudah memadai. Dengan kelebihan VPS seperti Linode dengan harga berpatutan, ianya boleh menjimatkan kos asas untuk VPS sahaja.

hosting termurah

[rpt name=”private-hosting”]

Jebeng Otai™
berminat? 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.