Helikopter RC Mini

Rata-rata banyak respon mengatakan helikopter rc mini mahal harga untuk Wordless Wednesday yang lalu. Helikopter rc mini berjenama Syma boleh dikatakan mampu dimiliki bagi mereka yang menggemari permainan kawalan jauh. Berbanding dengan kereta kawalan jauh, helikopter rc mini ini mampu bergerak 6 arah yang dikehendaki. Atas, bawah, kiri, kanan, depan dan kebelakang. Agak sukar untuk mengawal helikopter mini rc ini pada awalnya. Helikopter rc mini ini sesuai dimainkan didalam persekitaran dalam rumah atau ‘indoor’. Tidak perlu memasang dan membuat tetapan kerana kebanyakkan helikopter rc mini ini adalah ‘RTF’ atau ‘ready to fly’.

syma

Helikopter RC Mini : Syma
Merupakan salah satu jenama yang agak terkenal. Mempunyai pelbagai variasi rekaan dan saiz. Ia turut dilengkapi dengan sistem 3 dan 4 ‘channel’. ‘Channel’ merupakan kemampuan helikopter rc mini ini bergerak. Satu channel tambahan ialah pusing ke kiri dan pusing ke kanan. Saiz kasar helikopter rc mini ialah di antara 25-30cm.

Bagi jenama ini, kebanyakkan menggunakan 2 set bilah atau ‘coaxial blade’. Sistem ini mampu membuatkan helikopter terbang dengan lebih stabil dan sesuai untuk ‘beginner’. Ia dilengkapi 2 motor untuk mengawal kelajuan kedua-dua set bilah. Jika hendak ke kiri atau ke kanan, salah satu motor akan bergerak perlahan sedikit untuk bergerak ke arah yang dituju. Kelemahan yang ketara ialah jangka hayat penggunaan bateri. Ia perlu dicas selama hampir 45 minit, tetapi mampu bertahan 8-10 minit waktu penerbangan. Mungkin disebabkan baterinya yang kecil supaya ianya ringan dan mudah terbang.

Helikopter RC Mini : WL Toys V911
Selain Syma, saya juga tertarik dengan rekaan jenama WL Toys. Helikopter rc mini ini hanya menggunakan satu set bilah dan dibantu rotor belakang untuk kestabilan. Berbeza dengan Syma, helikopter ini menggunakan servo untuk mengubah sudut bilah supaya boleh terbang dan bergerak ke arah yang diinginkan. Untuk setiap pembelian, helikopter rc mini ini diberikan 2 set bateri untuk digunakan. Sama seperti Syma ia mampu terbang lebih kurang 10 minit untuk setiap kali cas. tetapi dengan bateri ekstra, mungkin kita boleh bermain dengan lebih lama. Jika tidak silap, terdapat peminat helikopter rc mini ini melakukan modifikasi dengan menasukkan bateri yang lebih besar kapasitinya. Ada yang boleh mencapai 20 minit untuk setiap kali penerbangan.

Ada beberapa helikopter rc mini yang lain juga menarik minat saya tetapi kosnya agak tinggi sesuai dengan kualitinya. Ketika ini saya hanya menumpukan kedua-dua model ini yang boleh dikatakan agak murah dan sesuai dengan budget saya cuma mungkin masanya belum sesuai.

Jebeng Otaiβ„’
mmg best la mende ni..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 36 Comments

  1. jebengotai

    kompem amik wl toys v911..siap pos baru RM110..hehe

    1. Blog keperawatan

      Oh ya sahabat jebengotai mohon pula bantuannya untuk ikutan vote saya dalam kontes iPhone 5 Gadget Impian semoga sahabat berkenan memberikan vote nya..

      Terima kasih banyak saya ucapkan sahabat jebengotai untuk votenya

  2. Hafizul

    rasa keinginan yang kuat untuk memiliki..hahaha

    1. jebengotai

      yela..nk beli yg ribu2 x mampu..yg kecik ni pon dh ok..hehe

    2. hairulafiz

      boleh tu bro….sekarang ni dah banyak model dijual
      harga & kualiti jek yg berbeza

      1. jebengotai

        yup..kalo lebih komplek rotor die ag mahal..begitu dgn chanel @ gelombang radio dan lain2 ag..

  3. faizul

    RC ni macam yang anak saya pernah dapat utk besday present.

    Mmg senang utk di kawal, budak2 pun boleh belajar main. Cuma mmg betul tang bateri tu yang agak lemah sikit. Sekejap je dah kena recharge balik.

    Tapi ia mmg berbaloi la.

  4. TehR

    memang tak puas main tu
    mungkin perlu beli bateri tambahan dua, tiga biji

    1. jebengotai

      btul tu..2-3 batteri dh leh men 30 minit..harga batteri 15 ingit setiap satu..huhu

      1. hairulafiz

        bateri yang digunakan sama ke dgn model kereta rc

        1. jebengotai

          rasanya x sama..kebyakk kereta rc guna aa..yg ni spesel skit..hehe

  5. akubiomed

    Ketahanan bateri mengecewakan. Ada cara lain supaya bateri dapat bertahan lama?

    1. jebengotai

      utk model syma..rasanya susah..

      tp wl toys batteri terletak diluar..mungkin modifikasi kecil boleh dilakukan utk upgrade kapasiti bateri..

  6. hatiputera

    Memang teringin jugak nak main tetapi takut terhempas.hehe

    1. jebengotai

      selalunya kalo bateri abis kipas ttp berpusing..cuma makin lama makin perlahan..ag pon body die lembut..so nk ptah tu ssh skit la.. πŸ™‚

    2. hairulafiz

      kena belajar terbang kat rumah dulu. dah pandai baru main outdoor plak

  7. Budak Geek

    nice info boss…bagus jugak kalau ade sutir bende terbang nie

  8. Hazmin Hamudin

    bateri sekejap sangat yang tak best tu. Kalau jangka hayat bateri yang panjang mungkin dipertimbangkan jugak untuk beli helikopter RC mini ni.

    1. jebengotai

      utk saiz mini mmg cpt habis..utk tahan lama..duit lak cepat habis..hehe

    2. hairulafiz

      okaylah sesuai dengan harganya…hihihi

      1. jebengotai

        btul2..utk saja2 main ok la..utk series mmg kene pikir pjg..

  9. ohcikgu

    tak rei main RC ni. main kereta sebenar ajelahhh..

  10. daddydee

    saya tak tahu main. Dulu pernah hancurkan satu sebab salah landing. Patah ekor. huhuhuhu

    1. jebengotai

      hehe..tp yg ni tahan..ade yg pki gentian karbon..

  11. hairulafiz

    hero-heroku masih kecik lagi nanti patah plak…

    1. jebengotai

      yela..xper2 tunggu dh besar..kene train jgn bg terhempas pula..hehe

  12. arinaron40

    saya nak bertanya,kini rc helikopter mini dipasaran telah tersedia paparan skrin kecil di remote control biasanya menunjukkan info2 apa disitu? untuk gelombang berapa jauh jarak boleh tempuh bagi sebuah rc helikopter seperti 2.4ghz dan infra merah? dan dari segi bilah pula antara jenis coaxial blade dengan single rotor ada kelainan dari segi kestabilan di ‘indoor’? sekian terima kasih.

  13. Arieon

    membaca artikelmu membuatku ingin tahu lebih lanjut mengenai helikopter rc… silap silap aku terbeli ni nanti…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.