Hantu Drift : Drift Lori

Sejak kebelakangan ini kesihatan sahaya tidak mengizinkan. Mungkin badan terlalu penat sehinggalah memberi sedikit kesan kepada kesihatan. Orang muda pun tidak boleh lari dari ujian kecil ini. Apa pun saya gagahkan juga menulis edisi Hantu Drift. Bermacam-macam jenis drift dirakam dan dimuat naik ke laman Youtube. Kali ini saya terjumpa aksi drift yang kadang kala seperti tidak masuk akal pula ianya dilakukan. Yalah, kenderaan yang digunakan kali ini ialah lori trak yang saiznya begitu besar. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana ianya dilakukan. Mungkin disebabkan minat aksi drift ini, segala jenis kenderaan boleh digunakan. Daripada motorsikal, basikal sehinggalah ke lori ianya digunakan untuk melakukan aksi drift. Siapa sangka, mereka boleh melakukan gymkhana menggunakan lori. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi untuk mengawal momentum dan daya inertia yang dihasilkan. Bagi mereka jika sudah minat apa pun boleh dilakukan. Ramai mengatakan Felix, dari pasukan Redbull Stratos berhati kering sebab berani melakukan sesuatu yang orang lain tidak mampu melakukannya. Tetapi bagi saya semangatdan azam yang cekal membuatkan mereka tidak menghiraukan halangan atau cabaran. Ianya perlu ditempuh untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Keberanian yang mereka salurkan ketempat yang betul memang mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

hantu drift
Credit : Carwallpaper.com

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=h0r5ygQ-b2M” width=”600″ height=”400″]

Jebeng Otaiβ„’
semua menda nk drift..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 29 Comments

  1. Puan Bardboo

    nasib baik Cik Abang ku tak suka drift2 ni..huhu..

    1. Naziman

      Suruh la cik abang belajar, best tu drift. hehe

  2. hatiputera

    ingatkan lori nie buat drift sambil bawak kontena di belakang.

    1. daddydee

      Kalau ada kontena belakang mau tungggang langgang jadinya…hahahahah

      1. hatiputera

        barulah nampak real drift pakai lori ..

  3. Mummy Akmar

    Hahahaha…lawak pon ada drift dengan kepala lori je. Tu la ingatkan drift sekali lori trellar panjang tu. Sure tergolek..

  4. Syarih

    wah…power betul kepala truk tu…

  5. anif

    Cool juga tu! πŸ˜€

  6. hairulafiz

    best tu…..kalau lori boleh mesti bas pun boleh…..

  7. rahman

    pada tahun 1996 semasa saya berkursus di volvo shah alam, saya melihat kepala kepala lori tu di pasang di sana dan setelah siap ianya di export semula ke pasaran eropah… saiznya memang besar giler.. hanya orang yang hati betul betul kering ajer yang berani driff kepala lori tu huhu πŸ™‚

  8. daddydee

    Memang terbaik lah….Lori pun diorang buat drift….

  9. papa mifz

    mano tau lepas nih ado filem drift lori pulak kan…;)

  10. akubiomed

    Memang hebat. Optimus prime pun tak boleh buat. πŸ™‚

  11. zool

    hebat tu buat drift…

  12. tehr

    huh, ni dah bapak segala drif ni
    jadi, budak2 yang dok main motor tu, tak payah la nak berlagak
    haha

    1. rahman

      lepas ni mat rempit semua pencen.. race lori pulak huhu πŸ™‚

  13. Eizil

    Perghh… nak drift kereta pun aku tak reti, diorang siap guna lori… mantap betul… πŸ˜€

  14. shraqs

    Semua benda nak drift yer. Berapa la gamaknya harga tayar lori tu. πŸ™‚

  15. Sobri Mansor

    Aku pernah tengok lori drive nih dalam youtube. Selambe je buat macam bawak keta. Entah berapa beso turbo dia ni pakai

  16. Bang Iwan

    Selalu saja ada Video Amazing disini

    1. Blog Keperawatan

      Tentunya banyak membutuhkan keahlian untuk bisa mengendarai mobil truk dengan cara ngedrift seperti itu

  17. wazy

    Fuhhh hebat betul,bergaya plak tu

  18. puteri kasih

    lepas ni kenderaan apa lagi yang boleh drift agaknya…hehe

  19. Dulu Lain Sekarang Lain

    Hmm lori pon boleh drift? Ni mesti belajar dari Optimus Prime πŸ˜€ . Btw, get well soon bro.

  20. Hafizul

    hahahaha..macam2 la ho..nasib buang ekor..kalau drift ngn ekor ntah macam mana la jadinya,..haha

  21. arelan

    teringat masa dok jepun dulu selalu gi naik bukit utk tengok live drift from japanese.perghhhh

  22. Adam

    Memang syok la kalau dapat belajar drift lori… Terbaik la! hahahaha..

    P:s: syok baca blog jebengotai ni.. LOL

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.