Sejak kebelakangan ini kesihatan sahaya tidak mengizinkan. Mungkin badan terlalu penat sehinggalah memberi sedikit kesan kepada kesihatan. Orang muda pun tidak boleh lari dari ujian kecil ini. Apa pun saya gagahkan juga menulis edisi Hantu Drift. Bermacam-macam jenis drift dirakam dan dimuat naik ke laman Youtube. Kali ini saya terjumpa aksi drift yang kadang kala seperti tidak masuk akal pula ianya dilakukan. Yalah, kenderaan yang digunakan kali ini ialah lori trak yang saiznya begitu besar. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana ianya dilakukan. Mungkin disebabkan minat aksi drift ini, segala jenis kenderaan boleh digunakan. Daripada motorsikal, basikal sehinggalah ke lori ianya digunakan untuk melakukan aksi drift. Siapa sangka, mereka boleh melakukan gymkhana menggunakan lori. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi untuk mengawal momentum dan daya inertia yang dihasilkan. Bagi mereka jika sudah minat apa pun boleh dilakukan. Ramai mengatakan Felix, dari pasukan Redbull Stratos berhati kering sebab berani melakukan sesuatu yang orang lain tidak mampu melakukannya. Tetapi bagi saya semangatdan azam yang cekal membuatkan mereka tidak menghiraukan halangan atau cabaran. Ianya perlu ditempuh untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Keberanian yang mereka salurkan ketempat yang betul memang mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=h0r5ygQ-b2M” width=”600″ height=”400″]
nasib baik Cik Abang ku tak suka drift2 ni..huhu..
Suruh la cik abang belajar, best tu drift. hehe
ingatkan lori nie buat drift sambil bawak kontena di belakang.
Kalau ada kontena belakang mau tungggang langgang jadinya…hahahahah
barulah nampak real drift pakai lori ..
Hahahaha…lawak pon ada drift dengan kepala lori je. Tu la ingatkan drift sekali lori trellar panjang tu. Sure tergolek..
wah…power betul kepala truk tu…
Cool juga tu! 😀
best tu…..kalau lori boleh mesti bas pun boleh…..
pada tahun 1996 semasa saya berkursus di volvo shah alam, saya melihat kepala kepala lori tu di pasang di sana dan setelah siap ianya di export semula ke pasaran eropah… saiznya memang besar giler.. hanya orang yang hati betul betul kering ajer yang berani driff kepala lori tu huhu 🙂
Memang terbaik lah….Lori pun diorang buat drift….
mano tau lepas nih ado filem drift lori pulak kan…;)
Memang hebat. Optimus prime pun tak boleh buat. 🙂
hebat tu buat drift…
huh, ni dah bapak segala drif ni
jadi, budak2 yang dok main motor tu, tak payah la nak berlagak
haha
lepas ni mat rempit semua pencen.. race lori pulak huhu 🙂
Perghh… nak drift kereta pun aku tak reti, diorang siap guna lori… mantap betul… 😀
fuh..first time dengar ni..dasyat sungguh
Semua benda nak drift yer. Berapa la gamaknya harga tayar lori tu. 🙂
Aku pernah tengok lori drive nih dalam youtube. Selambe je buat macam bawak keta. Entah berapa beso turbo dia ni pakai
Selalu saja ada Video Amazing disini
Mobil besar seperti itu bisa ngedrift juga yah….
Tentunya banyak membutuhkan keahlian untuk bisa mengendarai mobil truk dengan cara ngedrift seperti itu
Fuhhh hebat betul,bergaya plak tu
lepas ni kenderaan apa lagi yang boleh drift agaknya…hehe
Hmm lori pon boleh drift? Ni mesti belajar dari Optimus Prime 😀 . Btw, get well soon bro.
hahahaha..macam2 la ho..nasib buang ekor..kalau drift ngn ekor ntah macam mana la jadinya,..haha
teringat masa dok jepun dulu selalu gi naik bukit utk tengok live drift from japanese.perghhhh
Memang syok la kalau dapat belajar drift lori… Terbaik la! hahahaha..
P:s: syok baca blog jebengotai ni.. LOL