Giveaway Kedua Cik Tom : Perkenalan

Tahniah diucapkan kepada rakan blogger Cik Tom kerana menyambut ulang tahun kedua blognya, CikTom.com. Dua tahun tersebut merupakan tempoh masa yang lama berbanding blog JebengOtai yang baru sahaja berusia 3 bulan lebih. Pujian diberikan kerana meneruskan konsisten dalam berblogging. Konsisten itu penting kerana blog yang selalu ‘update’ sangat diminati oleh enjin carian. Saya rasakan banyak pengalaman yang diperolehi oleh Cik Tom dalam bidang blogging ini. Salam perkenalan antara JebengOtai dengan Cik Tom masih baru sahaja lagi. Sama seperti rakan-rakan baru di Link Exchange JebengOtai. Terima kasih diucapkan kerana Cik Tom sudi untuk meletakkan komennya di blog ini. Sejak itulah saya mula melawat dari hari ke hari ke blog Cik Tom.

Giveaway Kedua Cik Tom : Entri Terbaik

Semua entri dihasilkan memang terbaik dan unik. Tetapi pada saya, entri Google Snippets Blog Cik Tom merupakan entri yang terbaik yang pernah saya baca. Cik Tom berjaya mendapatkan Google Snippets melalui bantuan tutorial Biomed. Manakala menggunakan tutorial JebengOtai untuk lulus kesemua ujian microformat Google Snippets. Ianya sangat mengujakan kerana apa yang saya ingin sampaikan berjaya dilakukan oleh Cik Tom sendiri. Bukanlah bangga tetapi apa yang saya ingin terapkan kita boleh membantu satu sama lain dengan melalui blogging juga. Perkongsian seperti ilmu blogging, doa-doa harian serta fakta-fakta lain boleh membantu sedikit sebanyak rakan-rakan yang lain dalam urusan mereka. Pada saya itu sudah memadai dan ini merupakan salah satu kepuasan blogging yang hanya para blogger saja yang tahu.

Google Snippets Cik Tom
Google Snippets Cik Tom

Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtaiPapa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer,Nazri, KeretaHitam dan hatiputera

Jebeng Otai™
baru menulis 3 bulan..rasanya mcm dh 30 tahun menulis..hehe 🙂