Tinggal beberapa hari sahaja lagi cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati akan ditamatkan. Tepat 31hb Ogos ini juga, peristiwa baru akan berlaku dimana tips rahsia kejayaan menggunguli kedudukan pertama carian Google di bongkar.Berbeza dengan cabaran SEO Lelaki Kacak, hadiah akan diberikan separuh sahaja jika gagal berkongsi tips yang digunakan bersama-sama peserta lain. Mungkin penganjur mengenakan syarat tersebut dengan niat untuk berkongsi ilmu yang ada sesama rakan-rakan blogger. Ilmu yang dikongsikan tidak luak sedikit pun malah bertambah pula dengan ilmu-ilmu yang baru. Ketika entri ini ditulis, saya tidak pasti dimana entri Eyriqazz vs Denaihati berada di laman carian Google. Walaupun begitu saya peroleh bermacam-macam pengetahuan berkaitan SEO yang boleh digunakan pada masa dan cabaran SEO akan datang. Untuk cabaran kali ini, saya berjaya tersenarai didalam carian Google untuk seketika di halaman 5 keatas berbeza dengan cabaran Lelaki Kacak yang langsung tidak disenaraikan.
Eyriqazz vs Denaihati : Terima Kasih
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih diatas perkongsian tips yang diberikan oleh rakan-rakan blogger sekalian. Mungkin secara teknikalnya, blog JebengOtai masih lagi ‘muda’ dan mempengaruhi keputusan carian Google. Saya tidak mahu memberikan itu sebagai alasan untuk tidak mencuba didalam cabaran SEO ini. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana dapat menganjurkan konsep pertandingan sambil belajar. Kadang-kadang belajar tiada objektif ini boleh melemahkan semangat untuk terus menulis dalam dunia blogging. Kepada mereka yang tidak berjaya termasuk saya sendiri, janganlah gundah gulana dan kecewa atau pun berputus asa kerana kita dapat juga mempelajari selok belok berjinak-jinak dengan SEO yang akan dikongsikan oleh para pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati nanti. Manalah tahu jika ada rakan-rakan yang ingin membuat cabaran SEO ini lagi, bolehlah kita gunakan ilmu yang kita dapat didalam cabaran SEO kali ini.
aku dah lama x follow benda ni sejak aku kalah awal, heheh
hehe..tu aa bro..diorg hebat sgt.. π
semuanya hebat2 belaka.
kita tunggu saje rahsia mereka nanti…hehe
semua otai2.. xmampu nak bersaing ..
Entri tidak ada didalam senarai. π
sabar bro..hehe
Alhamdulillah, pahit manis bertarung memang adat pertandingan. Tujuan yang murni sudah pasti mendapat keberkatan, baik penganjur mahupun peserta termasuk GA diselang selikan untuk meriahkan kontes. Kalah bukannya ertinya tidak bagus dan menang bukan ertinya bernasib baik. Memang benar, banyak kita telah pelajari, dari teknikal aspek yg bro sharekan sehingga penulisan dsbnya dari sahabat bloggers lain.
Thanks bro JO kerana hadiah yang telah selamat sampai ketika GA bro yang lalu. Walaupun mengidamkan sesangat t-shirt M7 eksklusif, namun tetap akur dalam keputusan dan akan terus membantu menyokong usaha dari masa kesemasa.
p/s: ada entri bro tak sempat baca dan meninggalkan jejak, namun akan dibayar hutang setelah selamat sampai tanah air nanti termasuk rakan blog lain. Thnks.
dh smpai ker?..orait.. π
Baguslah tu bro.. berkongsi ilmu pasti akan dapat manfaatnya
mmg x luak dan rugi kongsi ilmu ni..makin bertambah ade la..huhu
btul tu ilmu ni amat berguna untuk mse hadapan wlaupun bribu2 tahun boleh lg gune ilmu ni
sama la bro pada awal jer nampak hangat entry seo aku hehehe..:)
Masih ada masa lg bro bf
yela..leh kasik up ag ni..hehe
aku memang dah tak leh up lagi sebab PR rendah. Semua PR tinggi-tinggi.hehe
haha.. pr otai2 smua tinggi2, newbie2 nk potong line pun xmampu.. hehe
X target apa-apa dalam pertandingan seo.cari pengalaman
xper..makin lama kita pon makin mantap..mmg x rugi join contest ni.. π
betul tu bro…dengan join contest seo seperti ini semakin lama semakin memantapkan pemahaman kita tentang seo.
Sejak dapat tahu hanya 1 entry sahaja dikira,mood kontest dah jatuh merudum hehehe..
tu la pasal..haha
yer betul tu bro azman…salah satu faktor yang menyebabkan contest kurang persaingan di google.my iaitu hanya melibatkan sekitar 250000 carian jer.
ini pun salah satu faktor selain kekangan masa
mcm2 faktor perlu dipertimbangkan.. π
tapi selamat nama domain tu xdikira, hnya post entry diambil kira.
Lain kali boleh cuba bro…mungkin kerna hadiahnya yang lumayan menyebabkan cabaran sengit..no 1 je dapat hadiah!..terpulang pada penganjur akhirnya
yela..kalo hdiah 10k rasanya mmg satu malaysia join.. π
kalau hadiah 10K pasti blog aku tak boleh mencelah langsung.
mmg ssh tu..
hadiah memang menarik, eyriqazz n denaihati mpunyai followers yg kuat lg. ler ramai yg join..hehe
entri aku ada dekat page 50+
haha memang tak terlawan laa
sama la..mmg diorg dh level tinggi..hehe
entry sokongan jer yang ok sikit sekarang.entry yang diregister lambat bangun.
Memang pawer sesape yang masih stay first page Google dalam masa-masa genting macam ni. Fuh!
btul2..apa la tips diorg guna ni..hehe
mesti ada senjata rahsia…
apa lah agaknya senjata rahsia mereka..
trgn untuk menyertai segmen2 mcm ni.. tetapi seringkali terlewat mengetahui akibat drpo kekangan tugas.. huhuhu.. wlau ape2pun, tetap memberi sokongan kpd rakan2 blogger.. mgkn lain kali lady berkesempatan untuk menyertainya..
cuba lah lady..pening gak nk pikir seo ni..hehe
mesti ade lagi punye contest seo.. wlaupun xmenang tp ada experience
em..nanti aku wat gak la entri last untuk benda nih. haha..
entri penutup gelanggang ni..huhu
Bagus jugak kalau bro titan buat entry pasal nie..siap reveal sekali.hehehe
aah..x sabr gak nk bacanya..
haha bro titan.. dh tgok dh entri pnutup titan..haha
tak sempat nak join..tapi tetap follow perkembangan contest ni π
mungkin ade yg akn anjurkan lagi nnt..hehe
memang syok sertai seo contest nie.
mesti ade lagi contest seo ni
bg sy org yg pndai SEO mmg hebat..good luck..
btul2..tp sy rasa semuanya hebat π
yup! semuanya hebat2 blaka
Kalah menang dah adat pertandingan bro. Paling penting ilmu yg diperolehi.
perkongsian ilmu tu yg penting.. π
Tak sabar nak dapat ilmu dari pemenang ! Power backlink diorg tu~
tula psl..kene bljr dri sifoo.. π
btol tu , xsabar nk tau rahsia diorang
haha.. entri ku ni xtaulah tercampak ke page brapa.. sampai skrg xjumpa2 lagi.. haihh
yela..sama la bro..buat awal pon x leh nk catchup..diorg mmg hbat..
btol tu.. tapi buat lambat pun xtentu juga kdg2 naik kdg2 ilang trus.
Nanti bro buat pulak..kekeke..
hehe..kalo ade yg sudi menaja.. π
aku mengaku kalah… masa dan ilmu masih kurang..hehe.. bukan senang.. banyak benda nak kena maintain…
mmg betul tu bro.. π
Good luck Tuan…
terima kasih..gud luck kepda peserta π
good luck jo…blog ni mantap!
uih..xla mntap sgt..hehe
blog ciktom lagi mantop! ..hehe
tak sempat nak follow pertandingan ni, sbb sibuk dgn belajar.
moga berjaya bro π
dok tunggu juga knapa pemenang blum diumumkan rupanya 17 sept bru diumumkan..hehe