Durian Runtuh FGVH

Hari ini merupakan hari yang amat menggembirakan warga Felda. Pengumunan yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan dengan pemberian durian runtuh amat dinanti-natikan para peneroka. Malah jumlahnya melangkaui apa yang saya jangkakan. Pemberian RM5,000 untuk setiap peneroka, RM5,000 untuk isteri dan anak-anak peneroka juga menerima durian runtuh tersebut.

Berterusan
Pihak pengurusan iaitu pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan Felda turut serta menerima bonus 2.5 bulan. Penyenaraian FGVH di pasaran saham menguntungkan banyak pihak. Sebanyak 20% dari saham FGVH diperuntukkan kedalam amanah saham dan dividennya akan diagihkan kepada setiap peneroka. Ini bermakna durian runtuh ini tidak bersifat ‘one off’ malah ianya diteruskan tahun ke tahun.

Tentang
Walaupun begitu, ada juga yang mempertikai penyenaraian ini dengan menakutkan peneroka bahawa tanah mereka akan diambil untuk dipajakkan. Ironinya kenyataan ini bukannya dari peneroka mahupun anak-anak generasi Felda tetapi ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang menentang turut diberi wang durian runtuh walaupun ramai peneroka tidak bersetuju pemberian tersebut diberikan kepada mereka yang menentang pada awalnya.

Jebeng Otaiâ„¢


Selama 56 tahun peneroka telah memberi sumbangan kepada pembangunan Malaysia..apa sumbangan kita? 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 45 Comments

  1. JebengOtai

    ade 1 jer sistem sperti felda didunia.. 🙂

  2. anif

    Bagi warga Felda terutamanya peneroka dan warisnya, urusakan dengan bijaksana pemberian tersebut.

    1. JebengOtai

      yela..uruskan dgn baik supaya xder gaduh2 la plak nnt.. 🙂

  3. budakserius

    Kena balik kampung nih.haha

  4. yas

    Wahhh…tak sangka sampai generasi kedua pun dapat saham…terima kasih kpd kerajaan atas usaha mereka selama nih.

    1. JebengOtai

      mmg untung btul..kalo generasi ketiga dapat lagik best..hehe

      tp aper pun mmg syukur sgt2…

  5. yas

    Thxs kpd gomen kerana durian runtuh nih…btw bro pinjam logo felda tuuu….aku berinat sesangatttt

  6. akubiomed

    Tersenyum sampai ke telinga peneroka Felda dapat durian runtuh. 🙂

    1. hafizmd

      moga memberi manfaat utk mereka yg byk berjasa pada tanah

  7. SukaShare

    Berita yang amat mengemberikan. Bila la giliran saya pula dapat durian runtuh =)

  8. Denaihati

    rezeki peneroka, ktangan felda juga dapat bonus. kita tumpang gumbira jelah.

    1. usaha diorg selama setgh abad..kiranya durian runtuh utk penghargaan bg diorg..

  9. arelan

    bertuah mereka kan.dah rezeki.tapi bila banyak sangat imbuhan,durian runtuh ni,nampak gaya pilihan raya dah makin dekat je.hoho

    1. huhu..xpastilah..sy jangka kan bulan jun..pling lambat pon lepas raya..hehe

      sbb byk lgik perkara yg nk dibuat..pm mmg btul2 kerja.. 🙂

  10. titan

    hoho..memang durian tembaga runtuh ni..

  11. Cikgu Hairul

    Masa yang sesuai untuk menjual apa2 je produk di felda nih. Ushawan kena ambik peluang.

  12. onlajer

    Duren ney tibo neng endas opo neng kocek seluar kikikik

    1. JebengOtai

      hehe..siapa sangka rezeki akan dtg.. 🙂

      p/s: x leh nk reply dlm bhsa jawa..mmg fail..hehe

  13. akhiyy

    terbaik lar..murah rezeki mereka..

    1. JebengOtai

      kali ni pling tertinggi peneroka dapat..syukur x terkata…

  14. mak lagenda

    Alhamdulillah bagi peneroka yg menerima. Moga ianya dibahagi sama rata dan saksama. Jgn ada sengketa kerana harta.

    Kita yg dgr nih, tumpang gembira jer..kan otai?

    1. JebengOtai

      mestilah gembira tgk org lain gembira.. 🙂

      p/s: sy generasi ketiga..harap2 ade serpih2 juga..hehe

  15. tehr

    durian peneroka runtuh dalam tanah peneroka
    mesti senyum sampai ke telinga tu

  16. tuan kutu

    PM najib PM terbaik Malaysia pernah lahirkan… bukan setakat bagi pancing, ikan pun dia bagi lagi pada rakyat..

    1. JebengOtai

      yela..kalo x der felda blum tentu 100k keluarga melayu ini akan melahirkan generasi pelapis yg berjaya..

      berbeza dgn setgh pihak yg hanya pndg cari gali minyak shja..x mahu pelbagaikan ekonomi..

  17. faizul

    Saya juga anak peneroka. Mmg betul seperti yang saudara tulis, orang yang menakut-nakutkan peneroka ini bukan dari golongan peneroka ini. Sayangnya ada juga yang termakan hasutan ini.

    Golongan peneroka seperti bapa saya telah pun diberi taklimat berkaitan penyenaraian FGVH ini ke pasaran saham. Mereka tahu baik buruknya.

    Entri yang sangat ringkas tapi mencakupi kesemuanya. Syabas.

    1. JebengOtai

      yela..mcm cth Pak Sam, ade pihak yg bg info palsu pada die..sbb tu diorg x setuju..lepastu Pak Sam kaji balik..rupanya mmg bnyk kebaikkan dari keburukkan..tu yg ramai mula sokong FGVH bukan sbb duit durian runtuh..sbb dpt info yg btul..

  18. Izzuddin Fauzi

    Warga Felda… Pandai2 lah uruskan segalanya dengan baik…

    1. JebengOtai

      yela..tp rasanya kalo arab saudi x sekat rakyat malaysia..ramai yg akan pi umrah dan haji..

  19. chii

    durian runtuh pemberian pemimpin utk rakyat…harap2 digunakan sebaiknya duit yg ada =) jgn ada yg salah guna plak

  20. hafizul

    Emm aku anak felda..Tengkiu PM..Haha

  21. akubiomed

    Waris generasi baru Felda perlu bijak membawa hala tuju kerana mereka adalah pewaris Felda.

    1. JebengOtai

      btul..jgn amik jln mudah mcm jual @ gadai..sbb kalo berbudi dgn tanah hasilnya lebih byk dri kita jual.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.