DOTA : Permainan Paling Berhantu

Cukuplah entri yang serious. Jenuh memerah keringat mencari formula dah kalkulus menyelesaikan masalah Pak Abu. Akhirnya ‘Pak Abu Gembira‘ dengan kaedah yang dicadangkan. Kali ini saya ingin menulis tentang satu permainan yang telah hampir 5 tahun saya tinggalkan iaitu DOTA atau ‘Defend of The Ancient’. Saya akui saya memang gemar bermain permainan PC ketika waktu belajar dahulu sehinggakan ke satu tahap yang agak membimbangkan. Walaupun tidak mengalami ketagihan bermain permainan PC, DOTA ini merupakan salah satu ‘permainan paling berhantu’ kerana boleh membuatkan seseorang itu terleka dan tanpa disedari sudah masuk waktu subuh.

Intro
Permainan ini terdiri dari 2 kumpulan. Boleh dimainkan dari 2 hingga 10 orang pada satu masa melalui rangkaian network. Objektif permainan ini ialah mempertahankan ‘base’ dan menghancurkan ‘base’ pihak lawan. Berbeza dengan ‘Counter Strike’, pandangan karakter dilihat dari atas peta. Setiap pemain boleh memilih karakter ataupun 108 ‘hero’ yang berbeza boleh dipilih. Abiliti kesemua hero ini adalah sama dan boleh dipertingkat menggunakan barang-barang yang boleh dibeli di’base’ dan kedai rahsia.

Menarik
Berbagai strategi atau kerjasama kumpulan boleh dibentuk untuk mengalahkan pihak lawan. Saya gemar memilih strategi ‘kroyok beramai-ramai’ kerana ia memerlukan persefahaman yang tinggi. Hanya bantuan ‘chat’ privasi didalam permainan, rancangan boleh dibuat dengan jayanya. Lebih menggelikan hati jika pihak yang di’kroyok’ itu memaki hamun di ruangan ‘chat’ umum. Ada yang belarutan sehingga berminggu menjadi bahan ketawa dan ada juga yang menganggapnya serius dan pergaduhan tercetus. Walaupun begitu, ia hanya bersifat sementara kerana ianya hanya permainan sahaja.

Team Malaysia
Siapa sangka Malaysia mempunyai pasukan DOTA sendiri dan antaranya ialah MUFC. Pasukan hebat ini menduduki ranking ke-9 dan meneruskan misi mereka untuk menungguli ranking pertama. Banyak juga kejuaraan yang dimenangi pasukan ini.

dota malaysia

Jebeng Otaiβ„’

Feveret hero saya ialah Rooftrellen, Puck, Enigma, Warlock dan Anub’arakΒ … πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 34 Comments

  1. JebengOtai

    skng dh x aktif main game ni..xder masa dah..huhu

  2. anif

    Memang berhantu game ni.. ada sepupu yang gila game ni! πŸ˜€

    1. JebengOtai

      mcm2 terjadik kalo dh ketagih game ni..

      dulu rakan saya 2-3 hari x tido gara2 main game ni..mmg dyst..

  3. Fahmi Raazali

    rasanya semua game pun berhantu. Melekakan… πŸ™‚

    Dah lama tak main dota ni. Saya tak hebat pun. Selalu kena belasah…

    1. JebengOtai

      kene kroyok ke bro..hehe

  4. puan kutu

    sy mmg fail bab game.Counter strikepun tak faham inikan pula DOTA.haha..kebanyakkannyaorg laki je suka.en suami selalu main n maki2..hehe

    1. JebengOtai

      uih..jgn maki2…sabar2..hehe

    2. akubiomed

      Saya kalau main first person shooter akan merasa pening kepala. πŸ™‚

      1. JebengOtai

        sama la..kdg2 mcm nk muntah sbb pening..huhu

  5. mak lagenda

    Hoahahahaha…wlupun mak ni dolu2 minat gak main game, mujur tidak terkena sampuk penangan hantu DOHA nih..

    Err..tompang lalu hantu DOHA..anak cucu nak tompang lalu! Hihihi

    1. JebengOtai

      errkk..hantu doha antu aper ?? πŸ™‚

  6. titan

    aku tengah tunggu diablo 3 nih..berapa tahun mahu tunggu lagi nih..

    1. akubiomed

      Diablo antara games yang diminati. Bila asyik kalah terus guna cheat code. πŸ™‚

      1. JebengOtai

        alamak..main cheat ker?..hehe

    2. JebengOtai

      blan 5 ni dgr ceritanya.. πŸ™‚

  7. faiz

    xpernah main dota..huhu

    1. JebengOtai

      yeke..maybe time bro lom ade ag kot.. πŸ™‚

  8. akubiomed

    Sudah tidak main stratergy games dulu ketika bujang rajin main. πŸ™‚

    1. JebengOtai

      slalu men game aper bro??.. πŸ™‚

  9. yas

    Ni ala2 starcraft gak je gayanya bro…dulu2 aku pun gila dgn games…la ni tak leh dah…tp klau sesekali layan mmg syiokkkkk

    1. JebengOtai

      aah..cuma x kene wat bgunan la..just develop hero jdik power jer..hehe

  10. sjiehan

    siyes xpnh main game ni, dan xpaham langsung…

    hahaha.. CS best la… keh3

    1. JebengOtai

      cs pon x byk map sy leh main..feveret dedust la.. πŸ™‚

  11. Juan

    dulu aku selalu gak main game ni, tp aku xda la fanatik sangat, hehe

    1. JebengOtai

      maybe sbb men sorg2 kot..cube men ramai2..mmg berhantu..hehe

  12. Sobri Mansor

    Game aper nih…. hehehehehe

    1. JebengOtai

      game real time strategi..setiap org akn dpt hero msing..kene bli senjata,shield dan sbgainya utk upgrade damage ngn defense..

      kalo dh otai leh gabung skil dan taktik utk kroyok pemain len..hehe

  13. zik

    dulu mainla masa jadi student… dah keje.. pegang komputer seminggu sekali jer..hehe

    1. JebengOtai

      yela..skng ni kalo men sorg2 mmg xbest la..walaupun leh men online..tp feel x sama bila men sblah2..huhu

  14. chii

    X pnh main. Tp dulu time stadi,bdk2 ostel sgt obses ngan game ni. Sampai x tdo d buatnya.

    1. JebengOtai

      ade juga org pompuan yg men game ni..tp bilangannya x ramai la..hehe

  15. Hazmin Hamudin

    Huhu.. Nasib la tak pernah terjebak dengan DOTA ni. Tapi dulu pernah juga terjebak dengan game RED ALERT. Siang malam asyik mengadap PC jela.

    1. JebengOtai

      dh juga merasa zaman red alert..penah kene gantung sekolah sbb blik ‘outing’ lambat gara2 men game ni..hehe

      1. Hazmin Hamudin

        Memang otai red alert la ni.. Siap ponteng sekolah sebab nak main red alert.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.