Selepas memaparkan entri ‘Wordless Wednesday : Diet Rasulullah‘, saya mula mencari apakah sebab makanan-makanan tersebut tidak boleh dimakan bersama? Adakah sebab haiwan laut tidak boleh bercampur dengan haiwan darat? Bermacam-macam hipotesis yang bermain difikiran dan menyebabkan saya mula mengkaji mengapa makanan seperti didalam entri tadi tidak boleh dijamah bersama.
Daging + Susu, Ayam + Susu
Seperti yang kita tahu, daging memang kaya dengan protin dan begitu juga susu. Proses penghadaman kita akan bekerja lebih keras kerana untuk menguraikan protin yang banyak didalam pemakanan kita. Dicadangkan makan dengan sayuran bagi menggantikan susu tersebut.
Daging + Ikan
Bukan kerana haiwan ini hidup di habitat yang berlainan menyebabkan ia tidak boleh dimakan bersama tetapi kandungan lemak didalam daging dan protin didalam ikan boleh mengundang seribu ragam perut. Rantaian protin amat panjang untuk dicernakan dan ia menyebabkan lemak menunggu giliran untuk diproses dan menganggu proses penghadaman.
Oren + Susu , Buah + Susu
Kita tidak seharusnya memakan buah-buahan dan meminum susu pada waktu yang sama. Ini adalah kerana protin didalam susu akan bertindak balas dengan asid tartarik didalam buah oren. Pemejalan akan berlaku dan menyebabkan penyerapan protin susu terhalang. Kita perlu mengelakkan meminum susu sekurang-kurangnya sejam setelah memakan buah oren atau buah berasid yang lain.
Susu + Cuka
Sama kesannya seperti memakan oren dan meminum susu, ia akan menggangu penghadaman kerana tindak balas asid cuka dan susu.
Jangan Memakan Buah Selepas Makan
Sejak dari dahulu lagi pakar-pakar pemakanan menyarankan makan buah-buahan sebelum menikmati hidangan. Ini adalah kerana buah-buahan mempunyai gula ringkas dan tidak perlu dihadam terlalu lama, manakala makanan yang mengandungi protin,karbohidrat dan lain-lain perlu dicerna dengan lebih lama untuk menyerap khasiatnya. Gula ringkas dari buah-buahan ini tadi akan melalui proses pemeraman kerana terlalu lama didalam perut.
sumber : Natural News , Look Chem, EzineMark, MindBodyGreen
bye-bye mcd..huhu
oh makan buah elok sebelum ke?? sy main bantai selepas je.erkk
yela..sama la..ssh gak nk train sblum mkn..
bab mkn buah tu..slalunya org mkn sbg pencuci mulut..pas abih makan semua mknan..baru dorang mkn buah..sedangkan yg sepatutnya..mkn buah dulu..baru mknan berat yg lain
mungkin dah menjadi kebiasaan kot…
kek secret recepi pun mereka tak sempat rasa.. hahaha memanglah sihat
haha..mereka pon x tau cheese tu ape..skng sumenya dah rasa kan..huhu
wahh..bagus juga tu..saya pun tak pernah kaji2 cari2 tentang ni pula..
jangan memakan buah lepas makan tu, saya dah amalkan dari dulu tapi besanya kalau di hotel ka apa2..buah tu last2..
buah + susu tu susah juga..sdp tu campur buah + susu..tak pa la, bukan selalu..
daging + ikan pun susah juga..kalau tengah buffet ka, orang kawin ka, steambot ka..banyak makanan bercampur..semua pun nak ambik..hehe
owh..amalan diet ni utk mengelakkan masalah penghadaman..
kalo student mmg kene strict ikut die ni..sbb depa nk blajar ttp tenaga habis utk proses mknan..tu yg ngantok jer tu..huhu
cara pemakanan saya sangat teruk. haha. betul tu, student kena ikut diet ni. baru boleh jadi cemerlang.
xper..lepas amalkan ni pasti cemerlang.. 🙂
Penerangan didalam entri dapat memberi pemahaman amalan Nabi SAW.
selain menjadi amalan..kdg2 perlu tahu ape hikmah sbnarnya..
haha..memang banyak yang aku langgar nih. maklumlah, sedap punya pasal..
tula..sbb tu asyik sakit perut jer mkn bukan2..huhu
err… selalu juga main langgar2 bab makanan ni :-p walaubagaimanapun sya tak lupa amalkan vitamin yg bersesuain dgn tubuh sya.
bgs tu kalo ade supplement..leh tampung mana2 yg kurang..
I have heard that you shouldn’t eat fruits after meals but never did I heard of the others. Thank you so much for sharing this. I really learned something. Keep it up!
Yes, eat fruit before meals.