Bulan ini saya teringin untuk ‘mengaudit’ diri sendiri. Perkara-perkara audit yang paling utama saya ingin buat ialah audit perbelanjaan. Kadang-kadang terlepas pandang perbelanjaan yang kita sendiri tidak perasan hanya kerana menjawab panggilan telemarketing terutamanya insurans atau takaful. Bukan niat untuk melanggan, tetapi mungkin ketika itu pendirian tidak kuat atau kita tidak tahu apa yang kita hendak dan sudah ada sebenarnya. Betapa lemahnya diri ini..huhu. Dan satu lagi perkara yang mungkin tidak penting tetapi sebenarnya boleh memberi kita sedikit faedah untuk diaudit iaitu point program loyalti seperti kad Mesra, AirAsia Big, Watson, Petron, Touch n Go dan bermacam-macam lagi kad yang ada didalam dompet kita.
Kelemahan membership ini selalunya mempunyai tarikh luput point.Ada yang setiap bulan akan ditolak dengan begitu sahaja. Sedar atau tidak, agak banyak juga point yang ditolak jika kita boleh akses masuk ke dalam portal program loyalti tersebut. Pada saya ianya merugikan, lebih-lebih lagi jika kita kerap menggunakannya ketika pembayaran untuk mengumpul point program loyalti. Manalah tahu, bila kita convert point program loyalti boleh membeli tiket penerbangan secara percuma atau dengan harga yang lebih murah. Saya baru terbaca yang point Mesra boleh ditukarkan ke point AirAsia Big. Agak menarik.
Program Loyalti A | Program Loyalti B | Convert | Info |
---|---|---|---|
Petronas Mesra | AirAsia Big | 2000 Mesra = 500 Big | |
Petron Miles | AirAsia Big | 2 Petron Miles = 1 Big Point *min 200 Petron miles |
|
Mydin | AirAsia Big | 4 Meriah Point = 1 Big Point | |
CIMB | AirAsia Big | 8000 Bonus Point = 1000 Big Point | |
Maybank | AirAsia Big | 7000 Treats Point = 1000 Big Point | |
Tunetalk | AirAsia Big | 3000 Point = 3000 Big Point |
Dan banyak lagi Airasia Big partner yang boleh kita satukan point-point yang kita perolehi. 🙂