Mungkin kita pernah terdengar tips kewangan untuk mengetepikan 20-30% dari pendapatan kita ke pelaburan dan simpanan. Pengertian Pelaburan bagi setiap individu adalah berbeza kerana masing-masing mempunyai objektif tersendiri seperti pengeluaran simpanan waktu persaraan, perlindungan pendapatan jika berlaku kemalangan atau hilang upaya kekal ataupun hibah untuk ahli keluarga tersayang kerana kita tahu betapa sukarnya keluarga menjalani kehidupan setelah suami atau isteri meninggal dunia. Urusan faraid, pembahagian harta mengambil masa yang lama sebelum boleh diselesaikan. Itu pun jika tiada isu yang tidak dikendaki.
Hibah Perlaburan Terbaik : Pelaburan 3 dalam 1
Menyimpan duit sedikit demi sedikit adalah bagus kerana prinsip asasnya tiada ‘bayaran faedah’ untuk membiayai pelaburan. Salah satu medium pelaburan seperti ASB, namun dengan jumlah awalan yang sedikit kesan ‘çompounding’ adalah rendah pada awalnya. Berbeza dengan pinjaman ASB, permulaan awalannya besar dan jika dividen tahunan tidak diambil. Ianya akan memberi pulangan yang besar. Hakikatnya, jika berlaku kemalangan sehingga kita tidak mampu bekerja lagi, pinjaman tersebut perlu dijelaskan oleh isteri atau anak yang mengambil alih tugas mencari rezeki. Dan jika kematian pula, duit pelaburan tidak boleh dikeluarkan serta merta.
Hibah Pelaburan Terbaik : Perlindungan
Selain pulangan pelaburan walaupun tidak banyak seperti dividen ASB, mengambil perlindungan hibah boleh membantu di waktu susah kelak. Perlindungan takaful untuk kemalangan dan jika hilang upaya bayaran bulanan untuk membayar premium takaful itu akan ditanggung pihak pengeluar takaful sehinggalah tamat tempoh perlindungan. Bergantung kepada pelan takaful, jika kematian pula pewaris akan menerima hibah RM 250,000 hingga RM 500,000 samada untuk menyelesaikan hutang-hutang seperti rumah, kereta atau pun kegunaan seharian. Dan lebih menguntungkan untuk golongan muda (25-28 tahun) kerana bayaran premiumnya rendah untuk perlindungan sebanyak itu. Perlindungan ini juga boleh menggantikan MLTA pihak bank sekaligus mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan.