Cerita Toyota SEG

Sebelum ceta pasal keta ni…
gua sebenarnya ada cita2.. utk menyumbang sesuatu kepada industri automotif dunia..
gua berhajat nak cipta satu teknologi yg palin cangih dalam dunia & paling beguna dalam tamadun manusia..
skg wa tgh pikir mcm mana nak mula wa punya projek ni… yelah wa ni belajar tak lah tinggi mcm jurutera proton mahupun perodua…
tapi wa punya projek ni kalau berjaya.. mesti top punya malaysia..
pangkat datuk dah tentu dlm tangan punya… jemputan ceramah motivasi mesti bersusun dia punya tawaran…
itu tak masuk tawaran belakon iklan tv.. tak dapat iklan keta, iklan beras pun dah cukup baik..
bila duit dah banyak.. wa nak beli keta tOyOta SEG mamat Jeson Leong(JL) ni….

Keta mamat ni model corolla SEG tahun 1995 punya..kalau mengikut apa yg wa baca kat wab..
“wiki Pak Dia” pengeluaran corolla generasi ke7 ni bermula pada tahun 1991 hingga 1997 sahaja…
Maknanya kalau ada mana2.. mamat yg sembang beli corolla tahun 2003 punya ,
harap tolong azan tepi telinga dia..
kita guna cara baik,jgn main santau2..

Kata (JL..) keat ni enjin sudah kasi tukar sama 3S-GET.
sebelum ni keta nya hanya gunakan enjin 4lejang 1.6liter..
bukan main lagi mamat (JL )ni.. SPM dulu dia ambik sastera tak..?
enjin 3S-GET adalah enjin keluaran 1986 yg berkapisiti 2.0 liter,
enjin 4silinder ni secara normalnya,diguna pakai utk 3 model tOyOta iaitu.CELICA,MR2 dan CALDINA..
wa dgr ceta.. tOyOta LITEACE pernah jugak buat permohonan nak pakai enjin ni tapi BOS tOyOta tak layan…
sebab tu kebanyakan tOyOta LITEACE merajuk tak main kat trek…
sebab tu diaorang pakat2 memencilkan diri di pasar malam dan kadang2 keluar pagi2 hantar budak2 sekolah..

Lu org nak tahu engin 3S-GET.. memang dtg dgn unit pengecas turbo..
tapi mamat (JL) ni dah tukar dgn pengecas yg lagi best dan sedap..
iaitu jenis GARRET AR60. Kalau lu org nak tahu dalam sehari kilang CLIFF GARRET menghasil kan dekat 30,000 biji turbo..
menjelang musim perayaan ni wa tak tahu lah pulak macam mana dia punya permintaan…

Sistem suspensi keta mamat(JL) ni telah di pertingkat dgn mengunakan sespensi jenis TEIN spring jugak dari jenis dan keturunan yg sama
depan dan belakang.. untuk pengetahuan lu org semua perkataan TEIN ni bukanlah berasal dari perkataan
jepun yg bermaksud SEDAP atau barang baik.TEIN ialah sebenarnya..
Technical Innovation… wa pun baru tahu semalam..amacam? mat kereta tak gua….

Seterusnya untuk menampakkan lebih begaya lagi keta ni ..
mamat ni telah membubuhkan.. sejenis rim sukan beukuran 17inci..
dgn tayar2 205/40.. depan dan belakang.. bedasar kan gambar yg di tunjuk ni..
boleh tahan mancho begaya jugak keta mamat ni.. wa malas nak puji lebih2..
nanti keta wa kat umah tu merajuk pulak..
dalam keta mamat (JL) ni banyak jugak meter.. kalau meter ni orang..
banyak jugak nak bayo gaji.. ni belum masuk EPF socso..
tak bayar kan dia boikot pulak tak kasi jarum naik..
kalau kena tipu dgn meter ni lagi naya.. kan complicated jugak hal ni…

Bebalik pada misi gua dalam industri automotif dunia..skg ni wa dah terbayang jika impian ni terlaksana..
masa tu 20 tahun akan datang.. pada satu hari sdg wa lepak tak pakai baju kat beranda umah,
sambil kira-kira duit hasil jual kayu Gaharu semalam.. tiba2 H/P wa bebunyi,
kawan wa nama pejal.. budak design function jig…. “hello..
lu kat mana? Gua nak mintak tolong ni..” “wa ada kat umah ni .. hah apa kes?
Cemas semacam je wa dengar” jawab wa.. “gua kat pasar ni keta gua buat hal
habis minyak..lu datang sini kejap tolong gua.. Gua nak mintak lu tolong Bluetooth minyak keta lu sikit.
Dapat lepas sampai stesen minyak jadi lah..” kata pejal. “Orait.. tunggu situ. 5 minit lagi wa sampai…”
(dapat tangkap wa punya misi untuk akan datang……. peh…. kalau jadi.. heheheh)

VanFery
boleh ker buat bluetooth minyak 🙂

sumber :  majalah kereta.

This Post Has 31 Comments

      1. SuhairiDotCom

        Stylo la teknologi “blutooth” minyak lu..Wa nk try boleh?He³

  1. azmanisma

    toyota SEG bontot bulat susah nak cari kat k.l nih…hehe..teknologi baru ekkk bluetooth minyak keta he3…

    1. JebengOtai

      bluetooth minyak maybe jarak dekat jer kot..hehe

  2. titan

    sejak bila lu bergua-gua ni haa..

  3. puan kutu

    wahh tadi kata bluetooh.lu tak payah pergi sana.kasi bluetooh saja minyak.haha..tak menahan lu pnya cita2 utk memajukan industri automotif malaysia.hoho

    1. JebengOtai

      kalo ade mmg senang aa..xyah nk sedut2..hehe

  4. Juan

    wah, lu sudah guna bahasa baru nih, terpelanjat gua

    1. JebengOtai

      jgn terperanjat bro..byk ag yg menyusul pasni.. 🙂

  5. klcitizen

    ingat tadi tersesat blog. jebeng, sekarang orang dah nak buat wireless charge battery , kan. so, jebeng kenalah cepat bertindak, 20 tahun lagi tu lama sangat.

    1. JebengOtai

      sbnarnya kalo ikut logik x ekonomik..nk hasilkan teknology tu lebih mahal dengan penggunaanya.. 🙂

  6. akubiomed

    Kawan saya peminat Toyota SEG. Banyak juga modifikasi dilakukakan terutama dibahagian enjin, suspensi, ekzos termasuk kerusi bucket. Dia terangkan jenis enjin yang digunakan saya tidak berapa faham. Pernah menumpang kereta beliau ambil selekoh tidak membuang pada kelajuan tinggi kerana suspensi yang digunakan memang mantop.

    Maaaflah bro tidak dapat hendak kongsikan jenama barang-barang yang digunakan. 🙂

    1. JebengOtai

      tp skng mmg byk produk2 utk meningkatkan prestasi kereta..ade yg leh psng sendiri..kagum betul 🙂

  7. chii

    Guna bluetooth je. Hurm, normally sent data je. Tp kalo molekul,jap2 nk imagine. Hehe

    20 thn akn datang. Harap2 teknologi makio canggih, so x yah guna minyak lg

    1. Jebeng Otai™

      pada asasnya molekul2 minyak terdiri dari carbon,hidrogen…kite leh guna udara sekeliling jer..huhu

      cume mslh2nya device tu mungkin mkn kos juta2..huhu

  8. vanfery

    sbnryn wa tgh tunggu pelabur dari sudan…bersama 3 org sainstis dari korea utara…

  9. yas

    Waaa…lu macam dh jadikan si JL ni idola lu je bro…kasi bluetooth jugak la keta dia dgn keta lu….amacam? He3x!!!

  10. Hazmin Hamudin

    Intro bukan main panjang lagi bro… Layan blacktop 6 speed pun best jugak ni.. Haha.. Sungguh murni cita-cita bro untuk Bluetooth minyak. Lepas ni semua orang tak payah berbaris isi minyak kereta dekat stesen minyak, cukup sekadar Bluetooth dari jauh je. Haha..

    1. JebengOtai

      xleh jauh2..10m jer bluetooth ni..hehe

      1. Hazmin Hamudin

        10m baik jalan je pegi isi minyak bro. Boleh kuar peluh. Haha..

        1. JebengOtai

          btul..jimat duit dari nk develop ni..x smpai juta2..hehe

  11. vanfery

    terpikir gak..heheh
    kalau tersilap bluetooh pada kereta org lain..
    maklumlah masing2 dah on bluetooth..

    1. Hazmin Hamudin

      susah jugak kalau silap Bluetooth ni kan.. haha.. Kena ada unik ID mcm tu.

      1. JebengOtai

        jgn ter ‘bluetooth’ kt hp dah la..hehe

  12. akhiyy

    stylo la kete neyh..kalo boleh bluetooth minyak pon sape nak kasi minyak die..hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.