Cerita Hujung Tahun

Tahun 2012 hampir meninggalkan kita. Banyak perkara berlaku pada tahun 2012 samada positif ataupun negatif. Tahun 2012 juga merupakan permulaan bagi saya membina laman sesawang saya sendiri secara serius. Banyak yang saya pelajari dari tahun 2012 seperti SEO, keselamatan blog, ragam Encik Google dengan haiwan peliharaannya dan lain-lain lagi. Sebenarnya banyak juga azam yang tidak dapat dicapai pada tahun 2012. Salah satunya untuk mendapat PR yang setanding bro DH dan Amanz. Mungkin memerlukan beberapa tahun lagi untuk mencapai PR sama seperti otai-otai ini.

Kadang-kadang memang bagus muhasabah diri untuk melihat apakah yang telah kita lakukan, pencapaian, kegagalan dan dugaan sepanjang tahun. Perkara yang positif haruslah diteruskan, manakala yang negatif dibuang jauh-jauh. Ada dikalangan pihak-pihak tertentu yang merancang demonstrasi atau mogok lapar 100 jam di Dataran Merdeka. Dengarnya mereka ini memperjuangkan alam sekitar dari dicemari oleh kilang memproses nadir bumi yang didakwa mereka berbahaya kepada generasi akan datang.

tahun

Sikap memilih atau ‘selective’ mereka memperjuangkan alam sekitar hanya kepada kilang itu sahaja. Walhal beribu ekar tanah hutan digondolkan di beberapa buah negeri. Adakah pembalakan dikawasan tadahan air tidak begitu penting? Apa pun rasa muak dengan lakonan yang dipentaskan oleh mereka. Kira-kira hanya 60 orang sahaja yang akan mengambil bahagian didalam mogok lapar itu. Permulaan tahun 2013 disambut dengan acara yang tidak memberi faedah atau impak positif kepada negara. Lynas telah mematuhi syarat yang ditetapkan malah lebih ketat dari piawaian antarabangsa. Disamping itu pemantauan rapi turut dijalankan untuk mengelakkan tragedi yang tidak diingini terjadi.

Jebeng Otaiβ„’
mcm2 ragam2 manusia..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 11 Comments

  1. papa mifz

    Insya-Allah satu hari nanti pasti blog bro sehebat blog DH…:)

  2. Dulu Lain Sekarang Lain

    Don’t worry, walaupun tak sehebat DH yet! Still jauh lebih power dari blog kawe. So keep up the good work.

  3. azman

    Semoga tahun 2013 blog ini bertambah maju dan ranking bertambah cantik.Nak jadi macam DH kena kuar modal sikit πŸ™‚

  4. Panas Giler (djchef)

    ” ragam Encik Google dengan haiwan
    peliharaannya ”

    hehe peguin, panda lepas ni tak taulah apa pula haiwan tangkapan google 2013..

    semoga tahun 2013 impian bro tercapai.. bg djchef blog jebengotai dah cukup hebat dah sekarang ni.

  5. hairulafiz

    semoga tahun 2013 memberikan kegemilangan kepada bro JO

  6. TehR

    dah nak berlalu dah tahun 2012 ni
    moga2 2013 nanti kita lebih berjaya dan bahagia

  7. akubiomed

    Dapat PR3 ini pun sudah dikira hebat. πŸ™‚

  8. ohcikgu

    orang kita ni mogok dan boikotnya bermusim.

  9. cik tom

    smoga thn 2013 mberi sinar yg lg ceria dlm blogging πŸ™‚

  10. hafizmd

    Tahniah bro jo sbb menjadi antara top 10 blogger terbaik tahun ni…
    Mga lebih sukses utk tahun2 mendatang ni…

    Pasal lynas tu, biasalah, mana yg untung diri,baru pakat ramai2 turut serta, kalau tak, kasi tutup mata…

  11. daddydee

    Bila kepentingan peribadi menjadi tujuan utama itulah hasilnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.