Cara Lajukan Website : Punca Kenapa Perlahan

Lajukan Website? Pelbagai tips dan perkongsian boleh didapati untuk melajukan blog atau laman sesawang. Seperti entri sebelum ini, masa yang diambil untuk ‘loading’ blog memberi impak yang besar kepada ranking kita. Beberapa hari ini saya telah mencuba untuk membuat tetapan-tetapan di WordPress untuk melepasi Pingdom, GTMetrix dan Google Pagespeed. Ada diantara tips yang saya dapati mungkin boleh mengundang masalah kelak, dan saya sarankan sesiapa yang ingin mencuba adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

Cara Lajukan Website : Punca

Ada pelbagai faktor mengapa website atau laman sesawang kita sangat perlahan. Sebahagian besarnya boleh di perbaiki atau ‘fine tune’ konfigurasi, kod dan tetapan lain di server, WordPress atau lain-lain CMS serta di browser pengguna itu sendiri. Dibawah adalah antara punca-punca website kita perlahan :-

Prestasi Server
Perkara utama yang perlu kita pertimbangkan samada memilih hosting terutamanya shared hosting. Jenis server, versi PHP, versi MYSQL, sokongan FastCgi dan bermacam-macam lagi perlu untuk kita pertimbangkan. Sebagai contoh server NGINX dan Litespeed lebih bagus prestasinya berbanding server Apache. Atau PHP 7 kurang penggunaan memori dan 2 kali lebih pantas berbanding PHP 5. Kelebihan bagi yang memiliki VPS, kita boleh ‘setup’ dari pemasangan OS sehinggalah membuat laman sesawang kerana mempunyai ruang yang besar untuk proses tambah baik prestasi server.

lajukan website

lajukan website

Lokasi Server
Umum sudah tahu fail laman sesawang di ‘ambil’ dari hosting masing-masing. Lokasi server yang terdekat dari pengguna akan mempercepatkan proses tersebut. Walaupun isyarat data itu pantas, tetapi lokasi yang jauh juga meningkatkan ‘latency’ dan mempengaruhi transmisi data. Kebanyakkan akan menggunakan perkhidmatan CDN untuk mengatasi masalah ini.

Traffic yang tinggi
Apabila menerima trafik yang tinggi, kelajuan laman sesawang kita turut berkurangan. Ianya berkait langsung dengan prestasi server. Kebolehan server itu untuk ‘response’ fail-fail yang dikehendaki pengguna. Rekaan NGINX adalah berbeza dengan Apache dan server NGINX berkebolehan mengendalikan lebih banyak pengguna dalam satu-satu masa.

Fail yang besar atau kompleks
Contoh seperti fail gambar yang tidak optimum atau saiz yang besar mempengaruhi masa untuk ‘loading’ website. Kod-kod java yang perlu menggunakan sumber yang banyak turut menyebabkan mengapa laman sesawang kita perlahan. Kita juga boleh menganalisa masa untuk muat turun melalui konsol di aplikasi Google Chrome.

Code Density
Jika kita berkesempatan untuk membuka fail di WordPress, kita dapati betapa kompleksnya dan padatnya kod tersebut diprogramkan. Lebih banyak kod tambahan yang kita gunakan, lebih perlahanlah laman sesawang kita. Berikut adalah contoh kod yang digunakan seperti Facebook ataupun Google. Hebatkan.
lajukan website

Text Graphic
Kebanyakkan laman sesawang akan memasukkan perkataan didalam gambar yang telah diedit di aplikasi Photoshop. Termasuk saya juga. Secara tidak langsung, fail tersebut adalah lebih besar berbanding penggunaan CSS atau HTML itu sendiri. Sebenarnya ia lebih mudah dan cepat.

File Request
Katalah dalam satu-satu masa 50 fail diminta oleh seorang pengguna ketika membuka laman sesawang kita. Jika 100 orang, 5000 fail perlu diproses untuk dipaparkan kepada pengguna. Jika kita menggunakan CDN ianya sedikit membantu untuk tampung permintaan fail-fail tersebut melalui ‘cache’. Terlalu banyak kod dilaman sesawang juga mempengaruhi jumlah fail yang perlu diproses. Melalui pembacaan, disarankan 25 ‘file request’ untuk lajukan website.

Terlalu banyak plugins & CMS yang ‘oudated’
Saya juga banyak menggunakan plugin. Kebanyakkan disebabkan oleh fungsi-fungsi baru yang pada saya boleh menarik perhatian pengguna. Plugin-plugin yang digunakan mengandungi fail-fail tambahan yang perlu diproses oleh server. Fail-fail seperti kod java akan di proses ketika laman sesawang dibuka. Lebih banyk kod, lebih perlahan kita dapat melihat paparan.

Redirect yang tidak perlu
Redirect tidak perlu ini adalah kebanyakkan disebabkan oleh pemilihan samada menggunakan www atau tidak pada domain. Selain itu juga, redirect 301 kebanyakkan digunakan untuk memberitahu bot entri atau posting kita telah bertukar alamat. Bagi yang menggunakan https, redirect yang tidak perlu ini berlaku kerana untuk memindahkan trafik daripada akses ke http. Untuk laman sesawang saya sahaja, redirect http ke https memakan masa 300 hingga 500 ms. 0.5 saat perlahan disebabkan oleh redirect itu sahaja.

Rujukan : bitcatcha.com

Jebeng Otaiā„¢
fasa 1..kenalpasti punca untuk lajukan website

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 14 Comments

  1. titan

    memang kena ambil tahu.

    biasalah tu.

    hoho

    1. jebengotai

      kalo x nnti blur sbb apa perlahan..haha

  2. Elih Japahar

    Oh memang info yang amat berguna.

    Suka baca blog yg laju je loadingnya.

    1. jebengotai

      salah satu cara nak tarik pengunjung baca blog..hehe

  3. dukenaim

    Benda ni memang wajib dalam toplist untuk orang yang ada website. Kekadang bila dah buat semua benda tapi slow jugak tu boleh jadi stress. haha

  4. Wan Zawawi

    Bila up blog baru ni memang rajin juga la kaji selidik dari A sampai Z untuk lajukan loading blog

    1. jebengotai

      semangat baru…bila laju, bertambah lagi semangatnya…hehe

  5. Hero Borneo

    saya suka kalau blog laju..

    kalau blog banyak iklan memang perlahan..

    Tetapi itu hak blogger…

    nak laju atau perlahan..

    hak pembaca pula…

    nak baca atau nak x

  6. Khairul Zamri

    Banyak juga yang nak kena perbaiki ini. Bukan ambil mudah sahaja dalam bab ini penting untuk pembaca nanti.

  7. Wanz Cop Baju

    Yang ni memang dilemma sikit nak setel haha
    Agak teknikal dan memening juga
    Stress kalau web slow

  8. semakkini

    Memang artikel sangat berguna. Sama macam blog ni. Loading laju je..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.