Buah Longan Brazil

Mesti ramai yang tertanya-tanya buah apakah yang gambarnya telah saya letakkan di entri Wordless Wednesday : Spesis Baru?. Sebenarnya ia bukanlah spesis yang baru dan dari dahulu lagi saya ingatkan pohon yang mengeluarkan buah kehijaun dan manis ini ialah pohon hutan yang biasa. Tiada siapa yang tahu bilakah datuk saya mula menanam pokok longan Brazil ini. Sehinggalah suatu hari, seorang jiran memberitahu ayah saya buah dari pohon itu sebenarnya boleh dimakan dan sedap rasanya. Pertama kali saya makan dalam seumur hidup saya. Tidak seperti buah longan biasa, kulitnya sangat nipis dan senang untuk dikupas. Tetapi selepas selesai mengupasnya terdapat sisa kulit yang melekat pada isi buah tersebut. Saya membasuh di sinki kerana ianya lebih mudah dari membuang sisa kulit tersebut menggunakan tangan. Bentuk bijinya tidak sekata seperti buah mata kucing dan berwarna coklat gelap.

longan brazil
Kredit : Anikamyrasa

Pengalaman sebegini sebenarnya bagus untuk saya. Semakin lama duduk dibandar semakin jauh kita dengan alam sekitar ataupun dengan kata lain tidak kenal pohon, buah-buahan tempatan, ulam, atau herba-herba disekitar kita. Mungkin bagi yang dewasa, kita sudah kenal tumbuhan-tumbuhan ini semua. Bagaimana pula dengan generasi baru yang dari kecil menghabiskan masa di bandar? Kita pun tidak mahu anak-anak kita hanya mengenal buah epal, oren dan anggur sahaja. Bagus juga jika sekali sekala kita dapat membawa mereka ‘turun padang’ untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah dari pohonnya. Tidak mengapalah sekali sekala digigit nyamuk demi menambah pengalaman dan pengetahuan.

Kagum juga saya memikirkan bagaimana mereka pada satu ketika dahulu boleh ‘eksperimen’ mencuba buah-buahan ini untuk dimakan. Kebanyakkannya tumbuh di hutan dan telah berevolusi pada zaman moden ini. Sebagai contoh seperti pisang hutan adalah tidak sama seperti pisang yang terdapat di pasar atau dikedai. Ianya mempunyai biji yang banyak dan besar malah kurang isinya. Entahlah, mungkin pada masa akan datang, orang lebih mengenali buah-buahan ini dalam bentuk jus atau yang telah dipotong-potong tanpa tahu rupa asal buah tersebut.

Jebeng Otaiâ„¢
mmg best la..x sangka pokok yg tumbuh depan mata ni sedap rasanya.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 57 Comments

  1. irsah

    Itulah seperti saya xpalin sebelumnya, Evolution… Tiada yang lama maka tiada lah yang baru… heee

    1. hatiputera

      betul tu bro. setiap yang beru bermulanya dari yang lama.

          1. hatiputera

            nampak dalam gambar pun memang dah sedap kan.

  2. bardboo

    rasanya macam mana pula? boleh describe kan tak? ada rasa yang sama macam buah-buahan tempatan yang lain?

    1. jebengotai

      hampir sama mcm longan..tp kulit die jer yg len.. 🙂

      1. hatiputera

        Kulitnya tebal ke JO.

        1. jebengotai

          nipis jugak..cuma kulit die mcm x ‘lekang’ ssg nk kopek bersih..

  3. hatiputera

    macam buah mata kucing jugak ke rasanya?

  4. rahman

    bagusnya orang tua kita di kampung. setiap kali mereka menanam pokok buah mesti mereka berniat supaya tanaman itu nanti akan dapat di makan oleh anak cucu di kemudian hari.

    1. hatiputera

      orang tua dulu-dulu tanam bukan untuk keuntungan semata-mata tetapi kerana untuk generasi akan datang .

  5. titan

    hoho..longan brazil rupanya..sedap nih..

    1. hatiputera

      Titan pernah makan ke buah longan brazil?

  6. Blog Keperawatan

    Terima kasih atas berbagi perkongsiannya ini sahabat, baru mengenal jenis buah seperti ini

  7. sjiehan

    macammana nak tau dia dah masak ke belum? sbb kulit dia hijau kan

  8. Ikhwan

    Seperti namanya, betul ke buah ni memang asalnya dari Brazil? @ cuma nama kacukan?

  9. Denaihati

    boleh buat air longan brazil, jadi produk baru.

    1. Amirez

      setuju dengan DH. mana tau kot2 dapat sambutan hangat. nak untung jadilah yg terawal…macam ayat tipikal MLMers je haha

    2. rahman

      betul juga tu

      1. jebengotai

        hehe..x silap buah ni dh mula di komersilkan..sbb sblum ni x popular sgt..

  10. auc dot com

    hmmm x payah ke brazil la kalau nak makan yek
    jual la bro… aku nak sekilo boleh?

    1. hatiputera

      oih..Limited edition kot auc. mana boleh jual

  11. anif

    Menarik ni! Mungkin boleh dikomersilkan. Manalah tahu… 😀

    1. rahman

      kalau ikut cadangan DH tadi tu menarik juga

  12. catzer

    teringat masa ikut abah aku masuk hutan,byk buah2 hutan ni aku dok rasa namapun silap2 tak tau..org asli yg ckp boleh mkn aku tibai jerklah..hahah..sib baik hidup lagi sampai skang.

  13. puteri kasih

    dulu pernah terbaca entri seorang rakan blogger, rumah dia pun ada tanam pokok ni. tapi puteri lom pernah nampak lagi dengan mata sendiri apatah lagi merasakannya

    1. Naziman

      Eh longan ni hidup di malaysia juga?

  14. gamep01nt

    besar gila. asal longan umah nenek aku kecik gila -__-“

    1. hatiputera

      kalau kecik tu longan tempatan namanya.

  15. tehr

    nampak memang sedap tu
    pokoknya tinggi ke rendah, bro

    1. Naziman

      kenapa saya sorang rasa geli ni. haha

  16. hafidz

    uiiii…..
    tengok gambar macam sedap.
    boleh terliur juga nih 😛

  17. beckhr00y

    ni betul2 sedasp ke, nak try jugak la

  18. Juan

    aku x pernah makan buah ni, baru pertama kali dengar nama nih

    1. jebengotai

      kalo x silap rtm bru2 ni ade kuar dokumentari pasal buah ni..

  19. azura

    logan Brazil…wah new experience

  20. akubiomed

    Buah longan brazil rupanya. Kalau ada biji benih boleh semai dikebun arwah tua saya.

  21. Naziman

    Geli pula tengok. haha

  22. Dulu Lain Sekarang Lain

    Kirim sikit bro. Teringin gak kawe nak merasa. Kawe mmg suka dengan buah longan dan laici. So, tgk buah ni, buat rasa termimpi-mimpi lak 😀

  23. Syarih

    kat bandar makan yang dalam tin je…kalau leh tanam pun buah tak sempat tuan tanah merase la jawab nye…

  24. shraqs

    Nampak macam besar je saiznya.
    BTW, betul bro pasal budak2 d bandar sekarang ada yang tak kenal lembu & kambing. Harimau, gajah, sirafah diorang kenal pulak. 🙂

  25. kimmie

    mungkin lepas ini boleh kongsikan gambar pokok buah longan ni. Nak tahu juga macam mana rupa pokoknya

  26. Hafizul

    emm sy rasa tak penah makan lagi buah ni..tapi tak tau la kot dah makan..nama lain kan..biasa kg panggil nama lain..bandar panggil nama lain..hehe

  27. julaini

    salam,saya baru rasa buah ni,memang sedap,kecil sikit dr buah pingpong kulit dia agak rapuh dibuka ada slaput rasa nak macm buah laici.ada 5pokok belakang rumah apartment aku.Banyak khasiatnya dengar kata tuan punya pokok.

  28. Adam

    Meleleh air liur fuhhh! Mesti manis dan berair bila dimasukkan dalam mulut saat panas terik memancar..

  29. Kartina Ismail

    Ade org panggil mata kucing brazil..betul ke..

  30. Ira

    Waaa longan brazil. Memang tak pernah lagi makan buah ni.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.