Setelah hampir berjuang selama lebih dari seminggu, kebanyakkan bot yang menyerang blog JebengOtai dapat dihapuskan. Bermacam-macam teknik digunakan entahkan betul atau tidak teori yang saya gunakan. Manakan sama teori litar elektronik digunakan untuk teori untuk menguruskan blog. Tetapi mungkin ‘mix and match’ teknik yang dipelajari dari blog-blog otai luar negara dapat membantu sedikit sebanyak mengatasi masalah yang saya hadapi sejak kebelakangan ini. 1001 masalah dunia blogging. Disini saya turut lampirkan petikan temubual bersama Encik Google apakah kaitan bots dan bounce rate yang tinggi. Petikan ini tiada kaitan antara pihak yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.
JebengOtai: Hi, how are you?
En. Google: Assalamualaikum. Khabar baik, terima kasih.
JebengOtai: (Alamak) Waalaikumussalam, Sama-sama. Sebelum saya ingin meneruskan beberapa pertanyaan saya, bolehkah En.ย Google terangkan apakah bounce rate?
En.Google: Bounce rate ialah sistem dimana pihak kami menganalisis tingkah laku pelawat ke website saudara. Berbagai-bagai faktor yang mempengaruhi bouncerate ini. Antaranya entri berkualiti, kelajuan website, susun atur yang menarik, interaksi pengguna dan bermacam-macam lagi faktor yang mempengaruhi nilai bouncerate ini. Antara parameter yang membuatkan bouncerate meningkat ialah menekan ‘back’ button, ‘session timeout’, menutup browser, menaip alamat baru pada browser, klik laman web yang berlainan turut dikira didalam formula bounce rate. Bounce rate juga boleh diibaratkan seperti membaling batu kedinding. Jika pelawat tidak berminat ianya akan memantul begitu sahaja.
JebengOtai: Panjang lebar penerangan itu. ย Tetapi apakah kaitan langsung dengan bot pula? Ianya bukan manusia atau pengguna.
En.Google: Ada kes-kes tertentu yang menunjukkan kehadiran bot boleh meningkatkan kadar bounce rate. Ada yang mengatakan, bot-bot ini dibebaskan untuk memprotes usaha kami untuk membenteras spam. Update Penguin baru-baru ini telah memberi kesan 3% dari laman sesawang dunia terkena tempiasnya. Bot ini akan menyerang dengan melawat dan meninggalkan website tersebut dengan pantas. Hasilnya, Google Analytic akan merekod kehadiran bot ini sebagai visitor biasa kerana mempunyai alamat IP tersendiri. Google akan meletakkan website yang mempunyai bounce rate tinggi di muka carian selain muka utama. Selain itu juga ada bot yang bertindak ‘mengklik’ iklan adsense. Kami akan ‘ban’ atau mengenakan penalti kepada website tersebut kerana tidak mematuhi syarat-syarat kami walaupun ianya angkara pihak lain dan lebih teruk kami akan blacklist website tersebut.
JebengOtai: Aduss..yeke? Bahaya juga tu. Saya kene pergi dulu ini. Saya hendak setting jangan bagi bot kacau laman web saya.
En.Google: Baiklah, semoga berjaya mengelakkan patukkan penguin. Hehe
JebengOtai: Erk..
Jarang kita ambil kisah berapa orangkah ‘visitor’ kita yang benar-benar manusia. Saya telah menyemak Awstat di Cpanel untuk melihat rekod lawatan kesemua trafik ke blog JebengOtai. Hasilnya 70% trafik adalah dari bots,crawler dan lain-lain cara untuk singgah sebentar ke blog ini. Susah juga hendak mengelak patukkan penguin selain membuang duplicate content.
hehe..mcm2 ๐
Encik google tu puassa hari ni.. ๐
aahla..hehe
haaaaaaa? bounce rate? Hermm.. Haha.. *blur*
Hi Jebengotai,
Selamat Berpuasa!
hi mummy..selamat berpuasa juga.. ๐
70% trafik daripada bots?? Fuuuu
tu petanda buruk bro..70% trafik dibazirkan begitu sahaja..
entri yang byk input… mekasih…
-leeza tak smpat update entri.. sibuk 2 hari kursus kepegawaian-
tertido2 dibuatnya!
owh..xper2..dh setel kursus bleh bw nnt..
ada juga yang upah bot untuk tambahkan trafik blog
skng mcm2 bro..tugas penguin ni la nk hapuskan spammer ni..pd masa yg sama web yg terkena serangan pon akan efek jgak..
Tu lah masalahnya.. 2-3 minggu lepas blog memang terkena serangan bot trafik tu
pening gak memikirkannya..
bagaimana cara yang dikatakan mengupah bot tu. tidak melanggar google tos ke.
Boleh tak menambah arahan kepada robot.txt supaya tidak crawl ke bahagian tidak sepatutnya.
boleh bro..xder mslh..tp ade bots yg xdgr kata..cam baidu,80legs yg men scan gak..
block ip dh kompem x leh..salah satu cara block link yg die nk scan tu..sy dh block pki robot..tp diorg crawl gak..last2 redirect pi google jer..hehe
bab-bab untuk redirect nie yang aku tak pandai.pakai plugin redirect ke?
la bahaya juga rupanya
bhya tu x la..tp kalo bot yg dtg tu men klik2 adsenses..kita lak yg kene ban..huhu
nak cuba bagi salam dekat google jugak la lepas ni hehehe
hehe..sila2 kan.. ๐
“Google akan meletakkan website yang mempunyai bounce rate tinggi di muka carian selain muka utama”- aku musykil dengan yang ini, kenapa bounce rate tinggi diutamakan pulak, sedangkan aku baca peratusan BR under 1% lagi baik. oh melampau kau google LOL
mksdnya..kalo bouncerate tinggi..die pi letak kat belakang2 selain muka pertama..huhu
Di mata pakcik google untuk kedudukan di search engine mana yang kebih bagus BR tinggi atau Rendah.
Terima kasih sahabat atas berbagi pengetahuannya ini.
Menambah ilmu lagi bagi saya
sama2 menjaga keselamatan blog.. ๐
BR blog saya masih tinggi..ssh hati plak..
sama la bro..
Pembaca adalah raja disamping content is king.
turut mengalami masalah bots ni..huhu..cemana nak buat x tau lah…
sy pon tgh mencuba beberapa plugin..stakat ni berkurangan la..tp msih ada skit2..
Plugin apa yang JO guna tu.
autobots!!! ready to transform!!!!
uih..lgik dsyt..hehe
aku tak percaya google. dia temberang je lebih. haha..
hehe..caya lah bro..x gentar dgn en google.. ๐
kemalasan tengok bot2 ni ..
hehe..sekali skala tgk jer..pas ni dh x hiraukan kot..hehe
info ni..tq jebeng otai…
sama2.. ๐
pandai pulak en google tu bagi salam.
dialog rekaan jer..hehe
Hanya jauhari jua yang kenal manickam…
biarlah robot tu sendiri craw blog yang dia minat..tq admin
robot bek x per bro..jgn robot jahat..die pedajal nnt..huhu
the great mr jebeng!!.. hehehe
uih..xder la..huhu
salam ramadan JO
salam ramadhan..lama x online.. ๐
perghh..panjang giler formula bounce rate ni..
tapi bijak lah cara dia ni..boleht tahu apa yg pengunjung buat..
senang kat die..ssh kat kita lak..hehe
Biarlah penguin tu buat kerja mereka. Kita menulis je sudah. Makin difikirkan, makin serabut perut. Macam tak adil pulak google ban website yang adsensenya diklik oleh robot mereka sendiri. Boikot google…..
mmg x adil pon..kita pon x sedar bot tu klik ke x..alasan diberikan google kene monitor website sendiri..huuhu
susah camtu… saya sekadar cuba menulis je la…
aah la bro..berbalik kepada niat asal..hehe
formula bounce rate yang sangat rumit huhu…(alamak) terkejut gak en.gogel bagi salam…hehehe
hehe..mmg trkejut bro.. ๐
puasa encik Google dah masuk hari kedua pada hari ini, hehe.. anyway, thanks bro .. mendapat ilmu baharu dari artikel ini.
mslh bot mmg kritikal..perlukan perhatian..huhu
Bounce back ๐
mmg pening nk kira,serahkan pada yang pakar.
BTW, suhairi.com down sekejap ๐
uih awat bro?..hehe
Last2 berserah je la gayenya nih…hehehe
pasrah abis..hehe
aku fenin lah, err kau tak tanya google bot tu asal mana
asal usul die byk bro..jenis pon byk..tugas2 diberikan pon len2..dsyt2
baunce rate ni elok tinggi ke rendah ek??
macam mana cara nak elak serangan bot??
kalo boleh elok rendah bwh 40%..kene monitor ikut cpanel..guna awstat boleh,latest visitor pon boleh..huhu
Sedangkan nak kawal bawah 40% pown dah fening. Perghhh. Suka encik Google explain bulan posa nih, siap beri salam…ahaks.
yela..mmg ssh..tp x mustahil..hehe
Bukan ke bulan puasa semua bot kena ikat?.. ehhh itu Bot ke setan?.. hahaha..
haha..ssh nk ikat bot2 ni..degil
sampai 70% tu.perghhh..bahaya2
punca bounce rate tinggi..hehe
Malas dah fikir pasal semua tu. Tulis je apa nak tulis dekat blog ni. Kalau rajin datang baru la jenguk2 sikit benda2 tu semua.
uih…70%??…byk giler…cmne nk detect bots ni kat awstat??
Ooo.. macam tu rupanya. Selalu juga nampak perkataan bounce rate tu, cuma tak ambik pot. Maklum la blogger baru, banyak lagi kena belajar..thank for the info.