Ketika cuba untuk meningkatkan keselamatan blog, saya telah mengikuti salah satu langkah yang telah saya tulis didalam entri Langkah Tingkat Keselamatan Blog WordPress. Langkah tersebut ialah menukar akaun default ‘admin’ kepada akaun yang administrator yang baru. Caranya sangat mudah hanya daftarkan akaun baru dan ‘assign role administrator’ untuk akaun baru tersebut. Kemudian log off akaun ‘admin’ lama dan login akaun yang baru kita buat sebentar tadi. Selepas itu kita boleh delete akaun default ‘admin’ yang lama untuk menngunakan akaun ‘admin’ yang terbaru. Secara automatiknya WordPress akan memaparkan pilihan memindahkan entri yang telah ditulis menggunakan akaun ‘admin’ lama kepada yang baru dengan mudah dan senang.

Pindah Komen : Tiada plugin

Pada awalnya saya sangkakan semuanya berjalan dengan lancar. Kesemua post atau entri berjaya ditukar kepada akaun baru cuma pada bahagian komen sahaja ia tidak dipindahkan. Komen-komen saya yang lama telah bertukar avatar kepada imej kosong kerana puncanya disebabkan oleh ruangan ‘table’ user_id yang berlainan dari akaun yang asal. Rasanya seperti tidak menarik pula apabila komen kita yang lama tidak memaparkan avatar kita. Lalu saya mencari plugin atau kaedah yang boleh menyelesaikan masalah ini. Setakat pencarian saya, tiada satu plugin dapat menyelesaikan masalah ini. Kaedah yang lain melibatkan penggunaan arahan SQL kepada database untuk menukar komen akaun lama kepada akaun baru. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan arahan SQL didalam database. Rasa takut dan macam-macam lagi perasaan timbul. Jika rakan-rakan ada terjumpa plugin untuk fungsi berkaitan sila perbetulkan saya ya.

pindah komen
Gravatar Komen Lama Hilang

Pindah Komen : Memasukkan Arahan SQL

  1. Pastikan akaun yang lama dan yang baru menggunakan email yang sama.
  2. Buat backup untuk database yang hendak diubah.
  3. Masukkan arahan SQL untuk ‘table wp-comment’ seperti dibawah. Ini adalah untuk menyenaraikan kesemua komen mengikut email yang telah kita gunakan didalam akaun lama beserta akaun baru.
  • SELECT `user_id`, `comment_author`, `comment_email` FROM wp_comments WHERE `comment_email`=`email`;

Kita akan dapati segala komen akaun lama telah disenaraikan mengikut table yang telah dipilih sebentar tadi. Disitu juga kita akan mengetahui ‘user_id’ akaun lama dan akaun baru. Masukkan arahan SQL dibawah untuk memindahkan kesemua komen lama ke akaun baru. Setelah selesai, kesemua komen lama boleh disemak semula. Paparan avatar akan kembali seperti biasa.

  • UPDATE wp_comments SET `user_id`=IDBaru  WHERE `user_id`=IDLama;
pindah komen
Jebeng Otai™
ade cara yg lebih senang rupanya untuk pindah komen..huhu

sumber : Bivori