Baca Sampai Habis

Jika waktu dulu kita sering mendengar cerita kes penipuan perjanjian atau kontrak yang dimeterai oleh pihak-pihak tertentu dengan orang-orang kita seperti jual beli tanah dan sebagainya. Saya pernah mempelajari undang-undang berkenaan dengan kontrak ini. Ada juga saya terbaca entri bro Dulu Lain Sekarang Lain berkenaan dengan kontrak atau perjanjian. Semakin lama orang kita semakin pandai didalam undang-undang. Undang-undang kontrak ini seharusnya dipelajari oleh semua pihak untuk membela diri daripada menjadi mangsa penipuan dan sebagainya.

20121216_215426

Saya tidak mahu mengulas isu kontrak ini. Apa yang saya mahu ceritakan ialah membaca terma syarat atau berkaitan sehingga habis. Seperti rakan-rakan tahu saya mendapat surat tawaran hadiah RM500,000 dari Reader Digest. Kebanyakkan kita pasti memberi reaksi yang sama apabila dikehendaki melanggan buku Reader’s Digest selama setahun sebelum boleh layak ke cabutan bertuah. Perkataan ‘langgan’ itu sendiri menjadi satu perkataan yang ‘taboo’ atau sensitif untuk didengari dan cepat-cepat kita mengabaikan surat yang diberikan oleh pihak Reader’s Digest.

Ia sebenarnya memberikan saya pengajaran yang berharga betapa pentingnya membaca kesemua terma dan syarat yang diperlukan. Bro DLSL juga telah memberitahu saya didalam ruangan komen saya boleh memenangi hadiah tersebut tanpa perlu melanggan buku Reader’s Digest setahun. Kemudiannya saya mencari perkataan atau ayat yang meyokong apa yang didakwa DLSL. Memang benar kata beliau. Kita boleh menyertai cabutan tersebut tanpa melanggan dan terma itu diletakkan betul-betul di perenggan terakhir itupun di sampul surat diberikan. Tanpa membuang masa pun memasukkan ‘voucher 1’ kedalam sampul surat untuk dihantar kepada Reader’s Digest di Kuala Lumpur.

Jebeng Otai™
Untung nasib memang kita x tahu..jika menang mungkin nak bagi baju M7 Dragon setiap seorang la..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 28 Comments

  1. hairulafiz

    betul JO, ada terbaca jugak, pun hantar voucer 1 manalah tau kan…

  2. hairulafiz

    cakap pasal baju m7 ni tgk baju m7 yg zizan pakai masa maharaja lawak ari tu cantik sangat

  3. nurmisnan

    dua kali dapat voucher RD tapi tak sempat nak hantar..

  4. eiela

    tak subcribe pun bleh join kan, menang ke kalah belakang kira, janji join.

  5. onlajer

    ayat yang dekat bawah tu kalau semua orang baca rasa sedap je dekat hati hehe

  6. puanbee

    aku langsung tak baca .. takut la pulak .. hehee

  7. anif

    Mungkin ada rezeki di situ.. Manalah tahu kan? 😀

  8. ohcikgu

    so..still base on luck jugaklahh..

  9. TehR

    yups, mana tahu rezeki nak datang

    memang sangat perlu baca sampai habis
    dan lagi lebih perlu untuk faham apa yang dibaca

  10. titan

    kalau dapat, belanja aku cendol 5 tahun.

  11. donnyien

    kawan saya juga pernah mendapat surat sebegini dari reader gigest.. betul, harus baca semua..

  12. Cikgu Hairul

    Saya pernah turut terjebak dengan RD. mula-mula melanggan memang seronok membaca dan hantar segala janjimanis yang mereka tabur. Setiap bulan ada je janjimanis yg diberi. Mereka sangat pandai membuat upsale. Contohnya bila nak masuk cabutan pertama kena buat pembelian buku ituini dan sebagainya. Alkhirnya lepas dua tahun melanggan dan follow je apa yg dia minta.. Satu cabutan pun tak dengar khabar berita. Malahan keputusan untuk cabutan pertama, kedua dan ketiga pun tak nampak. Apa yg ada tahun berikutnya mereka buat tawaran lagi dan letak gambar pemenang tahun sebelumnya.. Perhhh entah bila buat cabutan pun tak tau. Baca sampai habis memang perlu. Lepas baca masukkan dalam tong sampah je. Even dah unsubscribe tapi RD masih juga menghantar surat-surat dakyah mereka kepada saya. Sampai dah telefon suruh hentikan 5 kali pun mereka masih juga menggunakan data kita untuk buat jualan padahal kelima-lima panggilan staffnya berjanji akan padam segala data kita.

  13. daddydee

    Betul tu tuan. Semua kita kena baca bagi habis. Kekadang terlepas pandang satu ayat menyebabkan kita melepas. Semoga berjaya tuan.

  14. Dulu Lain Sekarang Lain

    Adehhh, sudah kena quote di atas, kawe jadi malu2 lak nak komen.. ahak ahak… Cuma satu kawe nak add. Bini kawe suka dulu ikut RD ni.. tapi tak pernah menang he he 😀 Buka rezeki dia mungkin. Cuma we a bit curious (kalau tak caya check kat RD), kebanyakkan pemenang org puteh ehhh.. Amat jarang skali org Asia walhal org Asia byk yg ikut mende ni.. Hmmmm…..

  15. hairulafiz

    kali ni RD kata tanpa subcribe pun boleh join peraduan….

    1. samsum

      saya pon dpt yg sma dr RD hr ni….was2 nk join strategik mmg mnrik..cm kta yg bkl pmenang dia….hahaha…nsib bek ler der internet bleh gak cr2 mklumt psl RD ni…bla cek2 blik dlu2 pnya term dia len ckit…siap dpt kunci kereta, yg bestnyer no. siri kereta yg sy dpt ni pon sma dgn no. siri kereta yg contest dlu2 t’msuk yg thn 2005 RD 2638 BMW, agak2 RD wat bende yg sma jer tiap2 hr…xder kejer len nk kaut duit org jer…

  16. Naziman

    Saya pernah juga dapat surat dari RD ni tapi bila tengok ja kena langgan ni, malan nak buang masa baca lagi. Terus di simpan ke tepi.

  17. KiD

    RD?? hmmmm… bawak ke tepi je laaaa.. simpan je

  18. Juan

    kalau menang leh la bagi loan tanpa interest kat aku, hehhe

  19. Mohd Ilham

    Serius…aku x pernah baca Term dan Condition nie…main saing atau tick je..hehe

  20. Mekar

    Tak pernah sekali daku mencubanya 🙁

  21. papa mifz

    Apa apa kontrak pun terma dan syarat perlu dibaca sampai habis

  22. azman

    Kalau rajin layan tak per hehehe…

  23. Blog Keperawatan

    Siapa tahu dengan mengantar voucher RD tersebut ada rejeki sahabat…

  24. washiyat

    Maaf le mencelah… rasa nya reader digest ni penipu… saya pun dpt surat dari depa… woooi hadiah ditawar kan RM 625,000 tapi saya abaikan je…. mana senang2 boleh dapat duit?… heheeee

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.