Press "Enter" to skip to content

Android : Solar Charger

Beratus ribu aplikasi Android pada ketika ini berada didalam Google Play. Dari aplikasi mengambil gambar sehinggalah senarai harga emas terkini boleh dimuat turun dan digunakan dengan mudah. Android memberi satu impak yang besar kepada dunia telefon pintar. Apa yang menariknya, didalam perlumbaan menghasilkan aplikasi Android, ada juga aplikasi-aplikasi yang agak luar biasa dan salah satu contoh yang boleh saya berikan ialah aplikasi Android, ‘Solar Charger’. Aplikasi ini dikatakan dapat mengecas telefon tanpa perlu memasang pengecas elektrik. Ianya menggunakan tenaga cahaya untuk mengecas bateri telefon pintar dan mengikut komen atau testimoni yang diberikan mengatakan ianya berkesan.

Android Solar Charger

Tipu
Ramai yang mencuba aplikasi ini termasuk saya kerana hairan bagaimana boleh mengecas bateri tanpa memerlukan panel solar. Setelah mencuba apa yang saya dapati ianya tidak berkesan langsung walaupun diletakkan di bawah cahaya matahari terik. Saya cuba mencari jawapan adakah tetapan saya tidak tepat untuk mengecas bateri menggunakan aplikasi ini? Jawapnnya ialah tidak. Aplikasi ini hanyalah penipuan untuk memberi pengajaran kepada pengguna android supaya lebih berhati-hati dengan membaca ulasan sehingga habis dan tidak mempercayai testimoni atau komen yang diberikan di Google Play.

Jebeng Otai™

42 Comments

  1. sjiehan sjiehan

    wahahaha…!!

    ramai menipu skrang ni!!!

    • slamat ni utk bg pengajaran..kalo die letak virus..naya gak..huhu

    • aah..tp kalo kita bc comment diorg ckp..aplikasi ni taraf rocket science..huhu

      bila install hampeh sbnarnya..

    • maybe dgn kerjasama pihak google..utk mendidik pengguna jgn terpengaruh dengan testimoni yg manis2.. 🙂

    • yela..huhu..tp usaha SE utk guna brg recycle pon leh go green gak.. 🙂

  2. Cikgu Hairul Cikgu Hairul

    Yang bagi testimoni kat sana semua bersekongkol. Cukup hampeh..

    • btul..kene berhati2..silap2 diorg guna maklumat kita..seram gak bila pikir2

  3. Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi

    Hahaha… Saja nak tadah iklan je apps tu 😀

    • hehe..takut dh x nmpk lak hp nya..kene amik ngn org…hehe

  4. Sebab itulah biasanya saya akan cari review utk apa-apa aplikasi android ni. Biarpun komen aplikasi ni puji berbagai, bintang sampai 4-5 biji tapi kalau cam giler baik tak payah.

    Seriously la, kalau boleh caj solar la, takkan pengeluar model tipon/tablet ni tak maklum kepada umum pasal keupayaan gajet diorang kan. Ini teknologi yang hebat.

    • btul..mmg x der panel solar utk cas..lgi pelik..huhu

  5. yas yas

    Hehehe…siap letak kt panas matahari tu yg tak tahan nak aku tergelak tu bro….hehehehe…sabo je laaaa…hahahaa- sori bro…aku mmg kaki gelakkk…:)
    yas recently posted..Wordless Wednesday – All About SEOMy Profile

    • pikir2 blik mmg lawak gak bro..kerana percaya leh ikut jer per org kata..huhu

  6. chii chii

    aisey..baru je nak yahooo..tetiba kata tipu plak..punah harapn T____T :p

    • haha..sbb terasa ingin tahu..terdonload juga..hehe

  7. haha..tapi kalo ikot logik pun susah melainkan handphone tuh ade alat solar baru boleh percaya..tapi ini idea yang bagus =)
    akhiyy recently posted..Samsung S3My Profile

    • tu yg teruja nk try tu..btul ker leh cas..hehe

  8. kalau la benar ada macam tu
    memang terbaik la
    aku juga teringin nak beli
    hehe
    tehr recently posted..Pantun Hari KhamisMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge