Disebalik kemeriahan Samsung menguasai pasaran telefon bimbit, ramai juga yang mengeluh bateri telefon pintar keluaran Samsung atau lain-lain jenama cepat sahaja habis dan paling kurang mampu bertahan sehingga satu hari penggunaan. ‘Stamina’ telefon pintar amatlah penting kerana ia sememangnya diperlukan untuk menjalani fungsi asas ketika kecemasan seperti membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas.
Siapa sangka Motorola berjaya mengeluarkan produknya iaitu Motorola Razr Droid Maxx yang mempunyai kapasiti bateri yang besar sehingga 20 jam masa berbual. Lebih kurang 8 jam lebih lama dari Samsung Galaxy Note. Telefon pintar ini mampu bertahan sehingga 61 jam atau lebih dari 3 hari untuk dicas semula.Berikut adalah perbandingan keputusan ujian yang dijalankan GSMArena.
sumber : GSMArena
layan je la..haha
memang tak terfollow android sekarang ni
model macam macam, isi je sama ๐
mmg x dan nk kejar..cukuplah ape yg ada..hehe
wah! smart la razr baru ni!!! ๐
mmg smart..casing dri kevlar.. ๐
makin canggih telefon samsung sekarang..kalau dulu, samsung ni tak di pandang langsung pun.
yela..mcm ufo landing kat tempat depa transfer technology lak..hehe
haha…dua tiga kali saya baca tak faham balasan komen tu. sekali dah faham, gelak habis. hahahaha.. itu la orang kata, belajar dari pengalaman kan. ๐
design dia kurang minat…
tp kalo segi praktikal mmg pilihan terbaeekk.. ๐
Antara masalah pengguna Smartphone adalah ketahana batteri kalau pengguna tegar tidak sampai sehari bateri sudah habis. Baguslah kalau Motorola sudah mengambil masalah ketahanan bateri tetapi sekarang dipasaran sudah ada dijual battery extender.
aksesori seperti ini kdg2 kala menyusahkan dan ade pula harga nya agak mahal..kalo motorola ni trus bli dah leh pki lama..
huh..tunggu mana-mana gadis comel hadiahkan pada aku..
untung aa..lelaki kacak mmg gadis2 nk bg adiah.. ๐
cantik,menarik..tapi x mampu..saya guna henpon cap ayam je.. ๐
hehe..xper2..cap ayam pon cap ayam la..janji leh call.. ๐
Kalau guna smartphone sekarang memang kena customize, tak bleh guna sangat yg stock dr kilang. Makin tinggi specs makinla hungry resource dibuatnya.
yela..kdg2 depa setup benda yg kita x perlu..lgik2 kalo background service yg kite x nmpk dan x leh nk ctrl aper2