Selepas AMD Ryzen dilancarkan, terkini AMD Naples pula diumumkan. Kebanyakkan desas-desus mengatakan tahun 2017 adalah tahun AMD. Dengan memberikan harga 50% lebih rendah dari cip pemprosesan Intel dengan kadar prestasi yang sama, ianya sedikit menggugat jualan syarikat tersebut. Usaha untuk mengekang perang harga ini, Intel telah memberikan diskaun untuk beberapa cip pemprosesannya. Itu baru sahaja AMD Ryzen, belum lagi AMD Naples. AMD Naples adalah direka untuk ‘data-center’ atau kata mudahnya server dimana Intel memonopoli pasaran cip pemprosesan untuk server.
AMD Naples : Spesifikasi
Beberapa spesifikasi baru telah diumumkan dan perbandingan dibuat dengan Xeon E5-2699A v4. Menggunakan rekabentuk Zen, sama seperti Ryzen dengan kelebihan 32 ‘cores’ dan peningkatan ‘memory bandwidth’. Perbandingan tersebut didapati AMD Naples mempunyai 45% lebih banyak ‘cores’, 112% lebih besar ‘memory bandwidth’ dan 60% lebih kapasiti input output prosessor tersebut.
“With this much capacity, organisations can support even more virtual machines per server in virtualised and cloud computing environments.”Techradar
AMP Naples : Signifikan
Bagi pengguna biasa, mungkin tidak merasakan kesan langsung perkembangan tebaru ini. Tetapi bagi syarikat yang menggunakan ‘datacenter’ atau server ianya perkembangan yang baik. Seperti sebelum ini, AMD Ryzen dijual pada harga yang rendah berbanding cip pemprosesan Intel. Kemungkinan besar AMD Naples juga akan dijual pada harga mampu milik dengan kelebihan spesifikasi berbanding Intel, kini mesin ‘virtual’ atau ‘virtualization’ boleh digunakan dengan banyak pada harga rendah. Ini signifikan terutamanya kepada blogger kemungkinan syarikat hosting yang menggunakan AMD Naples ini dapat mengurangkan kos ‘overhead’ mereka. Dan berkemungkinan VPS pun akan lebih rendah harganya.
AMD Naples : Survey VPS
Saya tidak pasti samada perlu bertukar VPS atau tidak. Masih mencari harga yang rendah tetapi dengan kualiti perkhidmatan dan sokongan yang bagus. Mungkin juga satu hari nanti, rakan-rakan blogger akan menggunakan VPS mereka sendiri. Dengan perkongsian sumber, mereka akan dapat nilai harga yang lebih rendah berbanding hosting yang digunakan sekarang. Mungkin dengan kemunculan AMD Naples ini dapat mengubah landskap blogging masa hadapan.
Sumber :
https://arstechnica.com/information-technology/2017/03/amd-naples-server-processor-more-cores-bandwidth-memory-than-intel/
http://www.digitaltrends.com/computing/amd-naples-q2-2017-outperforms-xeon/