Senarai Harga AMD Ryzen : Saingan Sengit Intel

  • Post category:Semasa
  • Post comments:0 Comments

Akhirnya senarai harga AMD Ryzen dikeluarkan. Beberapa hari yang lepas, secara rasminya AMD telah mengeluarkan harga bagi unit pemprosesan Ryzen 7 yang amat dinanti-nantikan oleh semua orang terutamanya para gamers.Pengumuman AMD Ryzen ini ‘signifikan’ kerana harga yang diumumkan merupakan AMD Ryzen 7, iaitu pemprosesan paling tinggi prestasi dalam CPU AMD Ryzen. Ianya jauh lebih murah berbanding Intel i7 dan ini sekaligus memberitahu yang AMD Ryzen 3 dan 5 juga akan lebih murah berbanding Intel i3 dan i5.

Senarai Harga AMD Ryzen : Memberi Saingan

Dengan harga yang jauh lebih murah, lebih banyak ‘core dan thread’, rendah penggunaan tenaga dan beberapa modifikasi rekaan CPU AMD Ryzen pasti mempengaruhi pasaran CPU yang dimonopoli oleh Intel. Antara beberapa perubahan baru AMD Ryzen berbanding CPU sebelumnya :-

Neural Net Prediction – secara ringkasnya, teknologi ini boleh menjimatkan masa dan meningkatkan prestasi CPU dengan ‘meneka’ cabang aturan dan arahan program sebelum ianya dilancarkan. Jika tekaan itu tepat ianya akan meningkatkan prestasi, dan jika ianya salah arahan tersebut akan ‘stall’ atau terberhenti sementara. Dengan Neural Net Prediction ini, maklumat-maklumat akan di masukkan berterusan untuk mengelakkan masalah ‘stall’ ini berlaku.

SMT – rekaan CPU yang menggunakan SMT atau ‘simultaneous multi-threading’ berbanding CMT atau ‘clustered multi-threading’ untuk CPU sebelum ini. Kelebihannya ialah bagi aplikasi yang menggunakan ‘multi-thread’, setiap ‘core’ CPU akan menggunakan 2 ‘thread’ serentak. Mengikut sumber, rekaan ini membenarkan ‘interger cluster’ yang besar secara tidak langsung prestasi ‘thread’ tunggal meningkat dengan ketara. Secara keseluruhan CPU AMD Ryzen adalah 40% lebih laju berbanding generasi sebelumnya untuk ‘instruction per clock’.

Precision Boost – teknologi yang diperkenalkan AMD dimana frequensi akan diubah serta merta meningkat 25Mhz mengikut keperluan untuk mengoptimumkan penggunaan. Ia juga boleh berfungsi bersama teknologi memantau ‘Pure Power’ samada CPU perlu menggunakan tenaga yang lebih atau boleh menurunkan voltan bagi mengurangkan suhu unit pemprosesan.

senarai harga amd ryzen

Senarai Harga AMD Ryzen : Harga Boleh Milik

Berikut ialah senarai harga AMD Ryzen 3, 5 dan 7. Boleh dikatakan ianya lebih murah, dan banyak pilihan. Kita juga boleh memilih CPU yang lebih berkuasa dengan harga yang sama dengan kelas yang sama dari Intel.

AMD Ryzen 7 :

AMD Ryzen CPU Model Cores/Threads Base Clock Boost Clock L3 Cache TDP Socket Price
Ryzen 7 1800X 8/16 3.6GHz 4.0GHz 16MB 95W-SR3+ AM4 $449 US
Ryzen 7 Pro 1800 8/16 TBD TBD 16MB 95W AM4 $449 US
Ryzen 7 1700X 8/16 3.2GHz 3.5GHz 16MB 95W-SR3+ AM4 $399 US
Ryzen 7 1700 8/16 TBD TBD 16MB 65W AM4 $329 US
Ryzen 7 Pro 1700 8/16 TBD TBD 16MB 65W AM4 $299 US

AMD Ryzen 5 :

AMD Ryzen CPU Model Cores/Threads Base Clock Boost Clock L3 Cache TDP Socket Price
Ryzen 5 1600X 6/12 3.6GHz 4.0GHz 16 MB 95W-SR3+ AM4 $259 US
Ryzen 5 Pro 1600 6/12 TBD TBD 16MB 95W AM4 ~ $249 US
Ryzen 5 1500 6/12 3.2GHz 3.5GHz 16MB 65W AM4 $229 US
Ryzen 5 Pro 1500 6/12 TBD TBD 16MB 65W AM4 ~ $219 US
Ryzen 5 1400X 4/8 3.5GHz 3.9GHz 8MB 65W AM4 $199 US
Ryzen 5 Pro 1400 4/8 TBD TBD 8MB 65W AM4 ~ $185 US
Ryzen 5 1300 4/8 3.2GHz 3.5GHz 8MB 65W AM4 $175 US
Ryzen 5 Pro 1300 4/8 TBD TBD 8MB 65W AM4 ~ $165 US

AMD Ryzen 3 :

AMD Ryzen CPU Model Cores/Threads Base Clock Boost Clock L3 Cache TDP Socket Price
Ryzen 3 1200X 4/4 3.4GHz 3.8GHz 8 MB 65W AM4 $149 US
Ryzen 3 Pro 1200 4/4 TBD TBD 8 MB 65W AM4 ~ $139 US
Ryzen 3 1100 4/4 3.2GHz 3.5GHz 8 MB 65W AM4 $129 US
Ryzen 3 Pro 1100 4/4 TBD TBD 8 MB 65W AM4 ~ $119 US

Sumber :
http://www.pcgamer.com/new-architecture-details-for-amd-ryzen-processors-leak/

http://hothardware.com/news/amd-ryzen-die-shot-cache-structure-architecture-advantages-exposed

Jebeng Otaiā„¢
sila abaikan jika ada masalah translate dari english ke bahasa…huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.