AFF Suzuki Cup 2012 : Laluan Sukar Harimau Malaya

Kempen 3 blog pilihan terbaik masih diteruskan. Begitu juga dengan kempen Harimau Malaya untuk ke pusingan akhir AFF Suzuki Cup 2012. Malaysia seri 1-1 ketika menentang Gajah Perang, Thailand sebentar sahaja lagi. Berbeza dengan perlawanan Filipina menentang Singapura yang agak hambar, permainan kedua-dua pasukan ini sangat mencemaskan. Lagi-lagi saya mengikuti perlawanan ini dengan hanya mendengar radio sahaja. Sesak nafas juga apabila komentator sukan itu dengan dramatiknya mengatakan pasukan menyerang dan diserang. Gol hasil hantaran Mahali disambut baik oleh Mat Yo dan menghasilkan gol untuk Harimau Malaya. Skuad Harimau Malaya bermain dengan agak baik. Gol tandukan dari skuad Thailand pula membuatkan laluan Harimau Malaya untuk perlawanan timbal balik di Bangkok menjadi sukar. Tidak dapat dinafikan gol cantik tersebut memang betul-betul di penjuru dan tidak terjangkau penjaga gawang kita.

aff suzuki cup 2012

Corak permainan pantas Gajah Perang ini sangat baik mungkin hasil didikan jurulatih berasal dari Jerman. Corak permainan Malaysia yang agak keras sedikit mampu menghalang pasukan Gajah Perang ini menyumbat gol lagi. Untuk pusingan AFF Suzuki Cup 2012 seterusnya, Thailand pasti akan menggunakan kelebihan ditempat sendiri. Ketika itu kita perlu memikirkan satu strategi yang berkesan untuk menghadapi situasi ditempat lawan yang pastinya tidak memihak kepada Harimau Malaya.

Jebeng Otaiâ„¢
suspen betol la..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 17 Comments

  1. papa mifz

    Harap harimau bangkit la kan,amin..

  2. Blog Keperawatan

    Semoga nantinya Harimau Malaya akan memetik kemenangan saat bertandang ke Thailand

  3. akubiomed

    Tidak dinafikan bekalan yang dibawa Harimau Malaya belum memadai. Apa pun kita mengharapkan Harimau Malaya dapat menundukkan Gajah Perang di Thailand.

  4. titan

    aku kecewa. patut leh dapat dua gol free-free aje. tapi tak dapat..

  5. onlajer

    Takpelah bola itu bulat mungkin di thai boleh sumbat empat, kita semua boleh ketawa sambil terlompat-lompat.

  6. sollehahn

    prestasi lebih baik berbanding perlawanan peringkat kumpulan sebelum ni…tapi masih banyak yang perlu diperbaiki

  7. hairulafiz

    harap2 malaysia boleh menang kat bangkok

  8. zool

    tak berapa suka dengan tajuk laluan sukar..
    masih ada peluang untuk Harimau Malaya .

  9. hairulafiz

    serangan bertali arus diperlukan bila di bangkok nanti dan jgn lupa mempertahankan kubu..

  10. TehR

    macam peminat 4X4 la ni, bro
    sukakan laluan sukar

  11. azman

    Think positif…kita boleh memang kalau mental pemain kita dah bersedia 100%

    1. jebengotai

      btul bro..tp awal2 ag dh dpt layanan buruk..cool2..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.