Sony sudah gila. Saya tidak pasti samada syarikat ini sudah hilang akal ataupun terdesak hendak mendapatkan jualan. Mungkin pendekatan berani Nokia Pureview 808 digunakan Sony untuk menghasilkan produk terbarunya selepas DSC-RX100. Sebelum ini saya begitu kagum dengan kebolehan kamera Sony DSC RX-100 dengan fungsi kawalan manual yang terdapat pada DSLR diletakkan pada kamera kompak. Walaupun tidak dapat menukar pelbagai lensa, itu sudah memadai untuk ‘beginner’ membuat latih tubi mengambil gambar tanpa perlu berbelanja lebih. Kebiasaanya, kamera kompak dilengkapi dengan sensor yang agak kecil berbanding DSLR. Manakala sensor ‘full frame’ yang selalunya digunakan pada DSLR berharga puluhan ribu seperti Canon EOS 6D, Nikon D600 atau Sony SLT A99. Sony mengambil pendekatan berani meletakkan sensor ‘full frame’ ini pada kamera kompaknya DSC RX-1.

Sony DSC RX-1 : Kekurangan
Secara logiknya, sensor yang besar adalah begitu mahal harganya. Disebabkan faktor kos, kebanyakkan kamera kompak memilih sensor yang kecil sebesar kuku kelingking untuk di letakkan didalam kamera masing-masing. Itulah salah satu kekurangan yang paling ketara. Selain itu, kekurangan menggunakan sensor besar ini adalah ‘crop factor’. Ianya tidaklah memberi kesan jika kita mengambil gambar potrait atau lanskap biasa, tetapi ianya memberi masalah apabila kita ingin menggunakan lensa telephoto kerana ia memerlukan lensa yang lebih panjang, jarak bukaan,direka khas dan lebih mahal berbanding dengan lensa yang menggunakan sensor APS-C yang sekarang ini banyak terdapat di pasaran.
Sony RX-1 : Kelebihan
Banyak juga kelebihan kamera menggunakan sensor ‘full frame’ ini. Antaranya, musuh tradisi para photographer iaitu bunyi atau ‘noise’ yang terdapat pada gambar boleh di buang dengan efisien. Ini kerana cahaya boleh dipancarkan kepada sensor tanpa perlu ‘overlapping’ dengan partikel cahaya imej yang lain. Ianya memberi kelebihan memberi tona warna natural didalam situasi yang kurang cahaya. Tiada bantuan flash, kita masih boleh merakam gambar dengan sempurna. Kamera ini dilengkapi dengan rakaman gambar HD 60 frame per saat. Rakaman HD yang lancar dan tiada masalah.
Sony RX-1 : Legasi Leica Musnah
Ramai juga yang kagum dengan kerja gila Sony ini. Ada yang menjangkakan legasi kamera lagenda Leica akan musnah disebabkan kemunculan RX-1. Bertahun-tahun Leica dikatakan kamera yang boleh memberi ‘kehidupan’ kepada gambar. Bagi orang kebanyakkan, kamera Leica ini seperti kamera lama tetapi kualiti gambar yang dihasilkan sangat cantik dan menarik. Sony DSC RX-1 ini telah mengatasi prestasi Leica dari segi ISO dan lain-lain. Dikhabarkan kamera RX-1 ini akan dijual lebih kurang RM8,000 keatas.
Sangat cocok sebagai hadiah Kontes nantinya Bro..
Eh jebengotai nak buat contest ka?
kontest hadiah ni?..erk..mcm mustahil jer..
aku masih tergila-gilakan DSLR Nikon. bila la nak dapat.huhu
yela bro..masih berkira2 budget nya..hehe
sama la ngn aku..kalau murah dah lama beli..haha
samalah ngan puteri..tapi budget lom cukup..hukk
Rasanya lebih mengambil kamera DSLR dengan lensa baik.
btul bro..tp utk photoshot studio @ potrait..kamera ni mmg terbaik setanding full frame dslr..
sony mmg sudah gle kot.. haha
haha..tu la psl..bkn ramai yg minat hi end camera ni..huhu
Taktik mereka untuk melariskan jualan.. macam-macam strategi pun ada
mmg berani mati..
Tular penangan teknologi… Segala diningatkan mustahil boleh juga diaplikasikan… Namun begitu, kita juga terpaksa menaggung beban harga, dan sesuai untuk “pencinta” hardcore seni fotografi. Sekurangnya memberi pilihan mengikut fungsi dikehendaki masing2…
yela..utk pengguna biasa ianya tidak berbaloi..utk pro photographer ianya bagai peralatan yg dinanti2kan..yalah Leica guna tech lama..Sony guna tech baru..huhu
rm8k?
waaaa tak daya aku nak beli ni
mmg x terdaya nk beli.. 🙂
Baca artikel ni, banyak betul yang aku tak faham, terutama apabila berkaitan dengan lensa, jarak bukaan dan lain-lain. Teringin juga ingin mempelajari teknik-teknik dan teknologi fotografi ni, semoga akan mempunyai kesempatan nanti.
dimana ade kemahuan disitu ade jalan…kalo basic2 leh melalui pembacaan..tp utk dptkan teknik mmg kene praktis byk2..huhu
Kamera kompak yang tidak boleh ditukar lens dengan harga sebegitu rupa. Memang SONY sudah gila.
tp gmbr die..sgt marbeles ..
kalau RM8k tu memang takde peluang nak beli, hanya utk mereka yg betul2 minat saja
btul bro..sy pon leh tgk jer..hehe
8K pergh boleh tahan harga nya.
padan dgn prestasinya..hehe
RM8K?? pergh.. mahal gilo untuk beginner
tp rasanya ok berbanding dslr full frame len..mau cecah puluh2 ribu gak..huhu
waduhh..memang best dapat milikinya..bro berniaga camera dslr ke?
erkk..x lah, ade gaya salesmen ker?..hehe
macam terdesak dgn nokia je ni 🙂
hehe..inspirasi nokia..
8k? better chii amik dslr je
Kalau masalah kamera saya kurang mengetahui, hanya tahu sekedar menggunakannya sahabat…
Terima kasih telah berbagi infonya sahabat
mahalnya 8K..hurmm tengok jelah jawabnya
Harap ianya menjadi kenyataan. Yang pastinya bila ia dikeluarkan, para pesaingnya akan buka mata!