Hari ini seperti biasa semakin sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Almaklumlah sudah semakin hampir kita menyambut Syawal, semakin banyak pula ‘order jig atau fixture’ untuk disiapkan dan dihantar kepada pelanggan. Perkara seperti ini sudah diduga. Sebagai vendor ini hanyalah perkara biasa menjelang perayaan. Rata-rata para pelanggan melambakkan ‘order’ kerana mereka ingin menggunakan ‘jig’ tersebut selepas menyambut Hari Raya Puasa. Sebenarnya didalam kesibukkan itu masih terngiang di benak saya apabila saya membaca petikan yang saya rasakan seperti panahan tepat di kalbu. Kisah benar yang mungkin mengusik hati lalu berbisik berkata adakah saya setaraf orang Somalia tersebut? Seseorang yang terlalu khuatir dengan ‘kualiti’ puasanya kerana tiada kemampuan untuk menjamah makanan di waktu sahur. Jika dibandingkan dengan saya seperti langit dan bumi. Kadang-kadang kita terlalu mengambil enteng sesuatu hal ibadat. Pengajaran yang memberi kesan untuk saya pada hari ini.
Projek Amal EQQ atau El Qashrin Qaisara
Projek Amal EQQ atau El Qashrin Qaisara merupakan projek amal yang dianjurkan oleh Mummy Akmar untuk memungut dana bagi Pusat Anak-Anak Yatim Kampung Tersusun Bercham berdekatan dengan tempat tinggal rakan blogger tersebut. Projek amal ini sangat bagus dan sangat menepati ‘blogger memberi manfaat’. Sebagai seorang blogger yang hidup bermasyarakat, kadang kala kita perlu sensitif terhadap apa yang berlaku disekitar kita. Penglibatan blogger dalam aktiviti ini mungkin sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan tentang usaha yang dijalankan ini. Projek amal ini bertujuan menjual produk-produk kraftangan yang dihasilkan rumah anak-anak yatim ini. Saya difahamkan produk-produk seperti ‘door gift’ dihasilkan oleh anak-anak yatim ini sesuai untuk majlis keramaian, kenduri dan sebagainya. Saya rasa kita tidak terlambat untuk memperbaiki ‘kualiti’ amal ibadat kita. Mungkin projek amal ini adalah sebagai permulaan kearah itu. Ingatlah jika kita menghadapi kesusahan, ada lagi di mereka yang berkali-kali lebih susah daripada kita. Syukurlah, semoga lebih bayak rakan-rakan blogger terlibat sama dalam menjalankan apa jua projek amal.
memang kita ni banyak membazir..kerana kita tak rasa susah
samaΒ² muhasabah diri
btul bkn org kaya yg tanya soklan tu..org yg ssh tanya soklan kualiti puasa mereka..sgt menusuk kalbu..
mereka lebih perihatin tentang amalan mereka berbanding mereka yang kaya…
thank you jebeng otai!
Sgt menekan hati dan jiwa ;(
Kita penuh dgn lambakan makanan, sampai tak habis makan.
Kerdilnya kami Ya Allah
usaha amal yg terpuji begini harus disokong dan sama beri bantuan mengikut kemampuan
yer bro..x rugi sokong projek amal mcm ni..
Ye betul tu, Alhamdulillah masih ada lagi antara kita yang sangat prihatin.
Kalau diperhatikan, kita melakukan melakukan pembaziran disegala aspek kehidupan.. Semoga dibulan yang mulia ini kita insafi diri..
btul..kisah org somalia tu mmg leh jdikkan teladan..
banyak maksud tersirat dalam petak kuning tu bro, sebab itu masyarakat kita patut bersyukur dengan nikmat yang ada dalam negara kita ini…
ingatan utk sy juga.. π
dengan berpuasa insyallah kita akan lebih menghargai mereka yang kurang bermampuan…
mengajar erti mengenal kepayahan orang lain..bkn kepayahan diri sendiri..
patutlah kita pikir nasib suadara muslim kita di satu dunia khususnya di Afrika, maka kita bisa berhemat dan tidak banyak Membazirkan makanan, semoga proyeknya success
semoga sukses juga.. π
Semoga kita semua dijauhkan dari kekufuran dan sentiasa dilimpah kan rezeki hidayah dan petunjuk dari Nya…insya-Allah.
amin..kita doakan kepada semua umat islam juga..
Hidup kena saling membantu. Bantulah selagi kita mampu membantu. Tak boleh bantu banyak, sedikit pun jadilah.
btul bro..sedikit tu pon lama2 jadik bukit juga.. π
Bersama kita membantu orang yang memerlukan..
sokong bro..
Satu usaha murni dari blogger…rindu juga untuk melakukan kerja amal yang dah lama tak dibuat…
rasa rindu tu la yg memanggil kita melakukan kebaikkan.. π
bersama kita membantu mereka yang serba kekurangan..:)
tahniah bro,,kerna join juga hehehe
harap2 dpt membantu juga.. π
Emm terkenan akan tulisan dalam ruangan petak kuning tu…penuh bermakna sekali…emmm
utk ingtan ada diri sy juga.. π
Semoga amalan kita semua diterima olehNya…
mudah2an diterimaNya..
orang kaya mesti fikir, sah ke aku makan ni, ataupun nak kena makan ni. Sebab banyak sangat pilihan.
tu a..pilihan kebendaan..hehe
testing 1 2 3
1 2 3 testing!
Horey! Dpat jugak komen..apsal dulu takleh komen? Pelik ah..
Apa-apa pon..terima kasih kerana sudi join. Nanti Mummy nak update kraftangan tu. Nak pergi jumpa Pengasas anak yatim tu.. Nak dapatkan gambar dan kraftangan yg lain untuk dimuatkan dalam blog! Tunggu!!!!! Adeyh..overexcitd akhirnya dapat juga komen di blog jebengotai!
hihi
hehe..sori sbb ade mslh teknikal skit..hehe
Insyallah akan dtg akan join
hoyeaah..hehe
Sedih pulak pertanyaan orang Somalia itu.. Haishh π
sedihkan..smpi skng sy teringat2 ag.. π
Bagus jugak projek ni bro..Insyallah kalau ada masa akan join π
terbaik bro.. π
Blogger perlu juga membuat sedikit amal jariah untuk membantu anak2 yatim..satu usaha yang baik.
mmg usaha yg murni..pasti berpuas hati jika dpt menggembirakan anak2 yatim ni.. π
di sini plak…kita semua asyik membazir je kan
sedih kan..sbb tu terngiang2 di fikiran sy dari awal pagi..huhu
Usaha yang sangat murni…tambah pulak dibulan ramadhan…
Tahniah saya ucapkan pada blogger yang terlibat.
tahniah kepada mummy blogger..menyedarkan saya ttg tanggungjawab ni..
Boleh dikatakan, orang kita ni dapat berbuka dengan ikan masin pun kadang-kadang tak bersyukur lagi.
Beza dengan rakyat-rakyat somalia mcm kat atas tu. Saya simpati pada mereka atas kekurangan yang ada. Bukan kuantiti makanan berbuka yang difikirkan tetapi kualiti puasa yang diamalkan.
yela..mereka dh tidak hiraukan kebendaan..mereka takut amal mereka tidak diterima disebabkan kemiskinan mereka..
kesian kat depa (mereka), ada yg kita ni beli mkanan byk2 kt bazar mcm nak makan utk 10 org padahal 4orang ja pun makan. mkanan lebih tu p buang pula..
yela..sblum membeli kene ingt pada mereka yg ssh..
semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki pada mereka. amiin.
amiin..doakan yg terbaik utk mereka..
Banyak cara kalau kita benar2 nak buat amal jariah….terpulang kpd diri sendiri saja…apapun ni salah satu caranya….:D
aah..smbil berblogging..kita leh juga membuat amal.. π