Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mempunyai harapan tinggi ke atas kontinjen Malaysia. Harapan untuk membawa pulang sebutir pingat emas di sukan Olimpik 2012 yang belum lagi tercatat didalam lipatan sejarah sukan negara. Tumpuan membawa pulang pingat emas disandarkan kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Saya kagum sebenarnya dengan semangat semua ahli sukan negara kita. Mereka seperti tenang dan tidak gentar untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan. Ketika di sekolah dulu pernah juga aktif bersukan. Rasa gemuruh dan takut ketika itu membuatkan badan seperti lemah sahaja. Bayangkan jika kita menyertai acara balapan 100m, pengadil yang melepaskan tembakan duduk berdekatan pula. Ketika itu hanya dengar bunyi degupan jantung sendiri sebelum acara dimulakan. Selepas dilepaskan barulah rasa takut itu hilang dan mula bersaing antara peserta yang lain. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana gemuruhnya berada di stadium yang disaksikan puluhan ribu penonton. Pasti rasanya macam hendak pitam sahaja. Alah bisa tegal biasa. Itu hanyalah sebahagian dari pengalaman. Jika sudah terbiasa pastinya tiada rasa gemuruh dan boleh menumpukan perhatian pada sesuatu acara. Pada saya walaupun mereka tidak berjaya membawa pingat sekalipun, semangat mereka sebenarnya sangat kental. Mereka seharusnya dipuji. Dipuji kerana mampu mengangkat kepala sama seperti atlit di seluruh dunia yang lain. Kadang-kala tersenyum apabila segelintir yang mengecam mereka. Memperlekehkan semangat juang yang mereka ada. Belum tentu mereka yang negatif itu boleh beraksi hebat. Itupun kalau mereka tidak lari dan memberi alasan.
Berikut merupakan keputusan jumlah pingat olimpik 2012 terkini :-
Negara China masih berada dikedudukan teratas pungutan pingat olimpik. Faktor populasi penduduk membuatkan negara tersebut sepeti kaya dengan bakat baru yang berpotensi untuk menghasilkan emas. Tetapi negara kecil seperti kita pun mampu memberikan saingan kepada mereka didalam suka-sukan tertentu. Rakyat Malaysia pastinya menantikan kepulangan pingat emas, pingat olimpik yang diidam-idamkan atlit sedunia.
insyallah ahad ni malaysia akan tersenarai….:)
yela..x sabar2 pula. π
Siti Nurhaliza sekali pun ada perasan gemuruh bila membuat persembahan,ini pula kita yg jarang2 sekali berdiri dikhalayak ramai – kecut telur rasa hehehe..
komprem bro.silap2 leh terkucil..
Semoga harapan Rakyat Malaysia Tercapai, harapan negeri kami sudah tak ada lagi kiranya sudah habis di Badminton
mungkin di lain olimpik indonesia leh merangkul pingat..
harapan kita semoga sejarah akan tercatat di sukan badminton nanti.
mmg hari bersejarah buat kita..
Lumayan kalau menang. RM2 Juta makan tak habis.
kalo x boros sgt la..hehe
malaysia boleh π
hoyeaah π
smalam tgk chongwei ms separuh akhir bersemangat je..hope chong wei dapat sumbangkan pingat..sekurang2nya perak dah dlm genggaman…
tgl nk tuko kaler jer π
Smlm acara berbasikal perempuan Fatehah pun kecundang.
Skrg mengharapkan Latok Chong Wei..
aah la..tgl latok jer yg boleh π
insya-Allah. aku rasa chong wei boleh menang.
harap die leh cool dan maintain π
oh rupanya singapura dah ada, err acara apa ya
pingpong rasanya..
mengharap datuk lee chong wei bagi kita emas..
btul..harapan emas..
Sekarang pingat kita dah ada (lee chong wei) cuma belum tentu pingat apa shj lg..hehe..
yg tu dh komprem.. π
Kalau dapat emas, memang terbaik laa LCW..
Boleh makan aiskrim free jugak hehe.
aah..baskin nk belanja..hehe
moga Dato LCW capai sasaran emas, insyaAllah malaysia boleh
tulah yg terbaik.. π
Harapan Malaysia pada LCW sangat tinggi untuk membawa pingat pertama Olimpik London ini. Harap Malaysia Boleh!…
Malaysia boleh.. π
berdebar je tunggu esok
mcm2 boleh berlaku..huhu
Nasib baik ada Datuk Lee.. Kalau tak kempunan kita he he…
yela..kempunan x der pingat..kalo ade squash dh tntu dpt 2..huhu
nak berada di pentas olympic…berada di pentas sukan sekolah pun saya dah gemuruh habis….hahahahah
yela..semngt diorg mmg kental..
Thai,Indo ngan Sing dh masuk nama dah…kita ni bilaaa la nak masuk dlm senarai tuuu
dh msuk sbnarnya..cuma samada emas atau perak jer..huhu
Emm malaysia duduk tangga keberapa bro??
xder pingat lagik..tp mungkin atas singapore kot..hehe
Moga sukses untuk LCW. apatah lagi satu2 pencapaian peribadi bagi beliau yang belum tercapai apatah lagi untuk negara.
yela..mudah2an berjaya π
Masuk acara balapan, mungkin USA akan pintas China.
yeke..mcm jamaica yg lebih hbt berbanding usa.. π
Akhirnya penantian pingat Malaysia berakhir. Hanya perak mampu disumbang oleh Datuk LCW. Apa pun tahniah kerana beliau telah memberikan yang terbaik..
terima kasih kepada beliau..
Tahniah LCW. Akhirnya Malaysia tersenarai juga di atas pingat dari LCW walaupun perak.
tahniah kepada LCW dpt beri saingat sengit pada lin dan..
China dan USA masih mengungguli kejohanan sukan peringkat dunia.. Malaysia pun dah dapat juga pingat perak badminton
btul..kalo x telur ayam shja..
aik tak nmpk pun bendera malaysia..
lom update bro.hehe
Petang ini singapura main ping pong mungkin emas untuk asia tengara
dsyt2 π
Walaupun akhirnya emas gagal di raih malaysia semoga dalam turnamen berikutnya bisa mendapatkan prestasi yang lebih baik lagi
Indonesia juga target mendapatkan medali dalam bulutangkis gagal semuanya di raih oleh atlit-atlit Indonesia pada olimpiade London ini
pinggat perak Malaysia dapat x masuk lg list yg ni kan..
lom ag ni..hehe
yah. akhirnya chong wei penyumbang pingat pertama. malaysia dah boleh masuk carta kedudukan pingat π
tahniah pada datuk chong wei..at least dapat perak untuk malaysia. π