Peraturan Standard Kuih Di Pasaran

Seringkali ketika saya pergi ke Bazaar Ramadhan, kuih muih yang selalu kita beli itu berbeza saiz, harga dan kualitinya mengikut setiap peniaga yang menjual juadah berbuka itu. Ada yang menjual kuih karipap dengan nilai RM1.00 sebanyak 3 biji dan paling murah setakat ini 4 biji kuih karipap dengan nilai ringgit yang sama. Jarang sekali dengan nilai duit yang sama kita dapat 5 biji karipap, jika ada pun peniaga itu pasti tidak dapat bertahan lama dengan keadaan kenaikkan harga sekarang. Kadang kala hairan juga kenapa harga dan kuantiti yang sama, saiz pula yang berlainan. Sudahlah kecil, inti pula kurang. Rakan-rakan pastinya mempunyai pengalaman sebegini. Rasa seperti ditipu. Yalah, bagaimana kita hendak tahu berapa banyakkah intinya sebab ianya diletakkan didalam. Itu pun belum lagi mutu rasanya. Ada yang tawar dan kadang-kadang terlebih masin pula. Alangkah bagusnya jika kita mempunyai ‘standard’ kuih muih dipasaran. Sebagai contoh sebiji karipap mestilah mempunyai berat 30g dan saiznya haruslah mengikut acuan karipap standard yang dikeluarkan badan-badan piawaian tertentu. Peraturan ‘standard’ sedemikian pastinya memberi lebih nilai kepada wang kita. Apa guna sedap tetapi saiznya kecil. Kadang kala kita tiada pilihan untuk mencari peniaga menjual karipap 4 biji satu ringgit sudah semakin sukar. Mungkin peniaga seperti ini sudah pupus agaknya.

karipap
Gambar Contoh

Entri ini hanyalah selingan dan idea standard kuih ini adalah buah fikiran spontan sahaja. Tidak bermaksud mengecilkan hati pihak-pihak peniaga, tetapi sebenarnya peraturan sebegini pada saya sangat bagus. Mengapa pihak industri makanan meletakkan berat dan standard tertentu didalam setiap produk makanannya? Salah satu adalah untuk pengiraan kos, jika 30g karipap kita mungkin boleh mengira berapa biji yang boleh dihasilkan dan dapat mengekalkan kualiti dan mutu yang sama setiap hari. Tidak dapat dinafikan jika tiada standard ini , karipap yang dihasilkan oleh peniaga yang sama boleh jadi kecil dan boleh jadik besar. Perbezaan saiz ini sebenarnya mempengaruhi kadar kos bagi setiap kuih muih yang dijual.

Jebeng Otaiâ„¢
idea yg bukan2..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 55 Comments

    1. keretahitam

      banyakkan sabor bro inilah dugaan di bazar ramadhan,kalau nak membeli tengok dulu sambutannya, kalu takat beli karipap kembong inti ciput, rentikanlah dari membelinya…

      1. jebengotai

        mmg berhati2..tgk saiz dh ok…x sangka intinya ciput.. 🙂

        1. hatiputera

          Memang sekarang luaran jer besar,,,intinya kosong atau kurang.

  1. azman

    Bulan ramadhan ni banyak peniaga tangkap muat jer,mutu dan rasa serta bera,main ikut suka jer.Walaupun berniaga karipap dorang kena juga buat costing.

    1. jebengotai

      tangkp muat ni la yg byk x ‘ikhlas’ meniaga..huhu

  2. akubiomed

    Masalahnya peniaga kita ini tidak ISO jadi kuih pun tidak ikut standard tetapi ikut rasa. Tepung kalau naik 10sen harga sebijik kuih terus naik 10sen. 🙂

    1. jebengotai

      kebiasaannya mcm tu..kalo die buat 50 biji..untung 5 ringit la..huhu

  3. Ibu Mifzal Arsyad

    sy pernah beli sandwich roll yang di potong 2 n di jual 3 potong RM1. roti sandwich tu bola dipotong 2 makin kecik la saiznya..

    1. jebengotai

      tu la..mcm x ptt lak kan..kalo x der standard mcm ni..diorg leh buat sesuka hati pula..

  4. Blog Asyraf

    Itu la, dekat bazar tempat saya dah takda 4biji rm1..haha..

    1. jebengotai

      kat tempt sy ade seorg peniaga yg jual semua kuih 4 singgit..skang ni die slalu off la..huhu

      1. Blog Asyraf

        Untung lah kalau macam tu..payah nak cari..hehe..

        1. Blog Asyraf

          Kebanyakkan sekarang 3biji rm1..

          1. jebengotai

            btul..kebanykknya dh mcm tu..

  5. Blog Asyraf

    Idea yang bagus bro..

    1. jebengotai

      mmg bgus kalo dilaksanakan..kita pon puas hati..huhu

  6. Blog Asyraf

    Pernah terkena, beli karipap tapi isi dalam macam kosong ja, inti sikit huhu.

      1. Blog Asyraf

        Kecewa jugak, demi keuntungan tanpa memikir halal&haram..hurm.

  7. puanbee

    Area rumah saya RM0.50 sebijik .. so memang kurang membeli .. anak tunjuk nak apa , sy jawab tkpe balik kang ibu buat heee

    1. jebengotai

      mak aih..yg tu mmg mahal..gerun gak nk beli tu..huhu

      1. hatiputera

        Boleh tahan mahalnya puan bee…bagus jugak bila harga mahal emak terpaksa buat sendiri untuk anak-anak nak makan.

  8. miss yaty

    ramai peniaga baru mula meniaga masa bulan ramadhan ni..sume nak cari keuntungan lebih..

    tapi yang geramnya bila ada sesetengah peniaga ignore pasal kebersihan dan qualiti makanan. sampaikan ada yang jual nasi kukus ayam berempah yang busuk!

    emosi rasenya bila terkena pada diri sendiri. dah seminggu kuar masuk tandas. huk3~

      1. onlajer

        Alhamdulilah tak pernah kena
        dah 14 hari puasa baru sekali beli makanan di bazar, selalunya beli air sahaja

        1. jebengotai

          steady bro..kalo x pi sebulan kompem leh saving punya..hehe

  9. onlajer

    nak murah kau pergi 5 minit lagi nak buka pastu buat macam jalan2 jer time tu la ada jualan murah hehe

    1. jebengotai

      kdg2 nasib gak bro..ade yg jual mahal gak time dh nk buka..walaupun x abis..huhu

  10. wandisini

    ramai juga peniaga yang 1st time berniaga. kat KL ni ada karipap sebiji RM1.50..aku dah beli..ingatkan sedap..macam biasa je

  11. puteri kasih

    kebanyakkan peniaga cuma nak cari keuntungan..rasa kurang..saiz pun ‘s’ je…huhu

  12. shraqs

    Aku pun terkejut jugak masa 1st ke bazaar Ramadan di Bdr Baru Bangi tempohari, rata2 harga kuih lagi mahal banding ngan harga di Ampang. 1st time jugakla aku jumpa popiah goreng RM 0.80 sebijik dengan saiz yg kecik. Harga kuih di KL Sentral lagi murah,.. dahsyat betul tu…

    1. jebengotai

      haah..tu cth yg baik..pdhal buat dari bahan yang sama..

  13. Din

    adooi… kuih pun ada peraturan… securitu kuat ni..
    tapi macam bestlah kuih tu.. dah la murah 5 – rm2…

    1. jebengotai

      bkn stict..tp ade yg buat suka2 hati..kdg2 x sedap lak tu..huhu

  14. akhiyy

    jarang sekali saye makan karipap daging..kene rasa jugak nih..hehe

  15. titan

    aku tak kisah karipap 2 singgit atau 1 singgit. Janji sedap. empuk. ada kentang. bukan ubi. kari kentang dia sedap. pedas dan ada ayam sikit-sikit. Susah sangat ker? kalau benda sedap, mahal pun orang sanggup bayar walaupun cuma karipap sahaja.

    1. Yup, kalau ada kualiti tapi mahal sikit.. selalunya lambat sikit org datang tapi bila dah ramai suka,konsisten org dtg. Cuma, kalau di bazar ramadhan, maybe better buat budjet punya jer sobab business pon sebulan jer. No time nak bina reputasi 😀

  16. daddydee

    Rasa nya patu ada satu Suruhanjaya Pemantau Standard Makanan Malaysia….Baru kelas…

    1. jebengotai

      ade standard tersendiri..kiranya penjual karipap tegar mempunyai reputasi tinggi..

  17. Hafizul

    Hehehe…mahal nyer karipap tu…mesti sedap kan..

  18. irsah

    Tular dier.. penangan Ramadhan. Kesempatan atau diambil kesempatan?

    p/s: tahun ni sekali pun tak pergi bazar ramadhan. sebab kebarangkalian bw balik hidangan hampa saja.. syok juga belajar buat kuih kt umah… (nasib baik setahun sekali heee)

  19. anjangman

    Blm lagi beli kuih yang dah basi…ni yg menybbkan aku serik beli kat bazaar ramadhan..

  20. Harfiz Perniagaan Internet

    Hahahahaha, macam-macam sekarang ni 😀

  21. dennis

    hihi.. ideanya lucu tapi nampak rasional. boleh diketengahkan nie haha

  22. alia

    Assalam..sy menjual karipap rm1 4 bji.. hihi., cnfrm hari2 laris… alhamdulillah…

    1. jebengotai

      jarang nk crik org jual karipap 4 biji rm1.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.