Sana-sini bercerita tentang crepes Durian. Saya belum lagi menjamah crepes durian yang menjadi kegilaan ramai orang di Malaysia pada masa sekarang ini. Alangkah baiknya jika pemenang contest SEO 3 blog pilihan terbaik membelanja rakan-rakan makan crepes Durian. Pasti seronok dan akan teringat sampai bila-bila. Crepes Durian merupakan salah satu ribuan resepi crepes di dunia. Ada resipi crepes nutella, aiskrim bercampur kepingan strawberi, dan bermacam-macam lagi resepi yang sebenarnya turut menjadi kegilaan mereka disana. Ketika melihat salah satu Youtube Crepes yang berintikan nutela membuatkan saya terliur terbayangkan kesedapan crepes tersebut. Caranya ringkas sahaja dan mungkin boleh menjana pendapatan pengusaha crepes di Malaysia mempelbagaikan inti untuk menarik minat para pembeli.
[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=StVxSWPffUo” width=”600″ height=”400″]
Crepes Untuk Sarapan
Pelbagai inti boleh digunakan dari kari kentang, sardin, tuna, kari ayam, ditambah mayonis, sayur-sayuran lain-lain untuk dijual ketika sarapan pagi. Ianya lebih sihat, kurang berminyak dan lebih berkhasiat. Sarapan ini cepat disediakan bagi mereka yang terkejar-kejar untuk pergi ke pejabat disamping ia boleh dibentuk tirus untuk dipegang ketika memandu.
Crepes Untuk Makan Tengahari dan Makan Malam
Daging kisar atau ayam kisar boleh digunakan untuk resepi crepes makan tengahari. Daging kisar tersebut boleh dimasak ala-ala spageti supaya ianya serasi dengan crepes. Sayur-sayuran boleh dicampur membentuk seperti KFC Pockets atau Twister. Lebih mudah dan dipenuhi zat, khasiat dan karbohidrat untuk menampung keperluan harian bagi mereka yang aktif.

Crepes Untuk ‘Supper’
Boleh juga disediakan untuk santapan malam ketika menonton bola dan sebagainya. Crepes nutella sedap dan senang disediakan. Tidak perlu menyediakan atau memasak inti, hanya perlu sapukan nutella pada crepes dan sudah sedia untuk dimakan. Sehingga ke wisel penamat kita tidak sedar berapa keping crepes yang telah kita makan. Jika dibandingkan dengan makan ringan, crepes ini membekalkan lebih khasiat dan kurang gula,garam atau serbuk perasa yang mungkin boleh memudaratkan kita kelak.
belanja makan crepes nutella..hehe
ini mmg benar2 menggangu tulang rusuk ambe…
memg sedap durian crepe…nutella crepe..wow.new one!
saya pun belum merasa lagi crepes durian, ramai betul peminat crepes ni
menarik tengok mamat tu sediakan Crepes Nutella.
betullah , kalau pelbagaikan rasa, rambutan, manggis, pisang ke, murah sikit tak jemu kot. tapi orang tua kita pun hebat juga, dah lama diaorang buat lempeng. tinggal modified sikit je…heee
lepeng pisang dan kelapa… perghhh
hehe..betul tu…namapun tak glamer…lempeng kelapa…tp rase dia…fuh!
wah ada macam macam pula yer
mu jangan plak wat trends baru kat sini haa..haha..
aku dah bosan trends durian crepes nih..
kami sekeluarga lebih suka Crepe Coklat
memang selalu guna cream + nuttella + berries.. superb
La crepes ni sejenis apa sebenarnya hahaha. taw crepes durian je. tu pun xsedap. baik makan durian hahahaa
Belum pernah merasakan akan nikmatnya crepes nutella ini sahabat
nampak mcm best jerrr
banyak resepi daripada crepes yang boleh dicuba yek
macam apam balik je kulit dia yekk…
Dah lama tunggu agar ada la orang belanja makan benda ni.. Entah bila la..
layan bola sesuai dengan makanan ringan je, bro
duit belanja pun ringan
kalau sediakan crepes ni, boleh ringan poket 😀
keh3…sebulan sekali bolehlah..kalau tiap2 hari..dah jadi merepek…hahaha
crepes tu apa sebenarnya ha, adakah macam lempeng, serius der aku pun belum pernah rasa
crepe tu kira lempeng ler kan…memacam stail
cer bikin sedozen dua untuk gua.. hehehe
baruuu je sampai tempahan crepe durian…. dah makan sebijik, teringat2 je ni…. :p
crepe nutella pun mesti sedapp bagi semua penggemar coklat
sebenarnya kulit crepe ni mcm lempeng je tp dimodifiedkan kasi canggih sikit 😉
hello bro jebeng otai,
gambar crepe durian tu amat menyelerakan sekali.. tidak pernah mencubanya.
nampak macam sedap.nak buat pun ringkas. sekarang ni macam2 jenis crepe dah orang buat sejak durian crepe jadi fenomena hehe
msing2 ade citarasa sendiri..ade yg ckp durian crepe sedap..ade yg x..last2 buat sendiri intinya..hehe
dua2 pun tak cuba lagi woo
huhu..kene cuba tu bro..
Crepes Suzette – Desert perancis,rasanya not bad,dimakan panas2..
crepes suzette?..mcm nama org lak..
Ini entri bikin perut berlagu lah bro..haha
Dah tengah malam ni
apa lagi..bancuh tepung la..hehe
Crepe durian ker apa ker, belum berkesempatan nk rasa. Huuu
sama la leeza..hehe
lepas ni pulak yang akan jadi crepes ya. heh 😉
erm..rasa mcm nk buat crepes kit kat atau crepes milo la..hehe
Hoyoiiit…. Sedapnye crepes – ramai betul cerita pasal crepes nie..
mmg terliur time bc entri diorg..hehe
macam2 style crepes ni, durian, nutella, vege.. crepe buleh di pelbagaikan
mungkin sbb cra penyediaanya yg ringkas..sbb tu sng nk buat mcm2 🙂
dah glamor sangat crepe ni, aku durian crepe pun belum merasa lagi.
byk gak yg kongsi resepi..leh try sendiri tu bro..hehe
huh smpi ke jepun ek durian crepe nie
dorg ade bermcm2 jenis crepe.. 🙂
Macam-macam pesen crepe dah sekarang ni ye.. Sedap jugak dapat try crepe nutella ni.
Aku pun belum pernah makan mana2 crepes yg bro tuliskan kt atas…hehehe
saye kalau beli crepes kat kiosk or stall2 dia dalam shopping mall, mesti beli yang dalam nye letak chicken & cheese ke, or ape2 lauk la… tak terbeli yang letak buah2 ke sebab rase cam lapar je bile tengok crepe… hoho
Kawe layan roti kawin jer 😀
Nampaknya Durian Crepes lebih popular di Malaysia.
den durian crepe yg hangat di pasaran tuh pun tak merasa lagi…huhu
Haha..menarik..sy tak pernah cuba jugak kehebatan durian crepe ni..
tahun ni memang tahu crepe la.. pi mana-mana je ada crepe.. tapi crepe nutella tu memang rare! perghh meleleh pulak air liur tengok hehehe
Berjaya. Membuatkan perutku berkeroncong pagi ni. Hahahah
Saya pun tak pernah try lagi durian crepe.
Naah, ini namanya inovasi harus terus dicoba-coba. Termasuk kulit ‘Pancake Durian’ yang sering dipakai berwarna-warni. Enak nggak?? 😀