Mood raya sudah berkurangan. Kini saya dihujani dengan lambakan kerja yang harus disiapkan secepat mungkin. Pada masa yang sama komitmen untuk berblogging juga harus diutamakan. Sebelum ini saya pernah mencadangkan kepada bro Zool (Ligakampung.com) untuk membeli kamera DSLR Nikon D60 terpakai di laman sesawang Mudah.my. Mengikut apa yang ditulis oleh entri beliau ialah tujuan kamera yang hendak dibelinya adalah untuk digunakan mengambil gambar produk kraftangan. Saya setuju dengan strateginya untuk mengambil gambar yang cantik supaya boleh menarik minat pengunjung yang berpotensi untuk membeli produk-produknya. Kamera yang telah dicadangkan kepadanya oleh salah seorang yang agak mahir dalam bidang fotografi ialah Canon G1X yang merupakan siri terbaru keluaran Canon. Berbeza dengan kamera kompak yang lain, ianya dilengkapi dengan kawalan manual sama seperti Sony DSC-RX100 dan Fujifilm X-Pro1. Cuma yang memberi kelebihan kepada Canon G1X ini ialah saiz sensornya yang lebih besar dari kamera kompak, super kompak malah kamera micro 4/3 seperti Olympus tidak dapat menandinginya.
Apa yang dicadangkan oleh rakan bro Zool itu mungkin boleh menyelesaikan masalahnya. Mungkin kerana harganya yang agak sedikit mahal lebih daripada budget yang diperuntukkan. Ramai fotografi mencadangkan untuk memilih kamera yang hendak dibeli adalah mengikut keperluan,dimana digunakan, kos dan kekerapan dan lain-lain perlu dipertimbangkan. Sebelum ini saya fikir jika digunakan untuk mengambil gambar produk ianya perlu mempunyai ‘hotshoe’ untuk menggunakan external flash mengambil gambar yang lebih menarik. Cahaya flash secara terus kearah objek boleh menghasilkan bayang-bayang yang tidak diingini. Penggunaan external flash ini boleh dipancarkan ke arah dinding untuk dibalikkan ke objek. Dengan cara ini, objek akan kelihatan terang,jelas dan lebih menarik.
Ada cara yang lebih menjimatkan daripada membeli external flash ini. Salah satu cara yang saya rasa agak menarik dan mungkin sangat menjimatkan boleh digunakan untuk mengaplikasi teknik ini. Hanya menggunakan kotak sahaja sudah boleh menyelesaikan masalah tanpa perlu mengeluarkan duit membeli aksesori tambahan.
[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=hGdyGyXQFMA” width=”600″ height=”400″]
br smlm bincangkan sal flash ni.. ade kwn lady ckp flash gune yg nissin untuk permulaan pun ok..
aah..yg penting cara nk guna jer.. π
kalau pakai iPhone boleh tak terbalikkan flash.
bounce mungkin ssh..kurangkan skit mungkin boleh.. π
aku tak pernah ambil tahu tentang flash ini
Haah,,,biasa pakai camera hp jer.kalau pakai dslr mungkin kena ambil berat.
ade beza skit guna flash dgn tidak..mmg penting dlm indoor.. π
sama la dgn mak pun on..mmg tatau pasal flash2 nih!!
Baru je letak Nikon D60 kitorang untuk jual kat forum mane tah hasben letak. Skali dengan flash nissin, dgn 1-2 lens..
kalau ade kawan jebeng nak beli ke, bg tau la..hehehe
mahal tak harga nikon D60 tu.hehe
bwh 1k rasanya..hehe
aku pakai kamera biasa ajelah. pastu photoshop sikit-sikit aje..
bro ag hebat..hehe..tp mcmane nk edit byg2 belakang tu ?.. π
π Tips yang menarik buat Photographer amatur macam saya!
hehe.. π
salam..
perghh..terbaiklah
tak reti juga saya nak main DSLR nih
guna HP punya kamera je..5mpx,gambar
masih okey lagi..he he
ade teknik khas utk hp..nnt sy buat entri.. π
belum ada rezeki guna kamera dslr ni..harapkan guna camera phone la ni..hehe
kamera hp pon boleh..cuma bkn cara mcm ni..ade spesel skit..hehe
bagaimana caranya yer kalau guna camera iPhone 4s
senang jer..pki tisu..heehe
hoh? pakai tisu?
Tadi aku dah cuba buat sendiri. Bagus tips nih..
tak susah..
sy lom berkesempatan lagik..hehe
cara ni memang ekonomi tapi efektif. nak beli speedlight/external flash makan kos banyak jugak. selagi belum betul2 perlu, guna cara ni dah kira ok untuk gambar indoor/produk π
btul bro..utk kes2 tertentu jer..kalo dh jdik photographer mmg kene beli la..sbb dh keje..hehe
Jika kita takda speedlight maka cra ini adalah mustahil sb kita just guna light build in dari camera.mana leh dongakkan atau ubah arah.Speedlight ni aksesori tambahan wajib beli jika nak jd photographer.
boleh kalo ade statik flash..leh guna kotak utk halakan ke dinding..hehe
hehe aku pn ada guna konsep ni di dalam rumah.. sangat effektif… π
penyelesaian mudah..hehe
Saya pun ada beli speed lite untuk kamera. Ada digunakan untuk mengambil gambar indoor ada perbezaan.
mmg penting utk indoor..kalo nk harapkan iso tinggi mmg x cntik gmbr.. π
Aku memang faillah bab2 fotografi nih. π
hehe..sama la..tau skit2 jer π
wah, terbaik ni
memang mudah je nak dapatkan bahan
aah pki kotak..cepat dan murah..hehe
Bab-bab kamera ni aku memang tak pandai langsung… Ni baru tahu bab flash ni…
sama la bro..hehe
Betul tu bro…guna kotak pun menarik jugak gambar..macam kawan aku pernah ambil gamabr, memang cantik..kena kreatif jer..hehe
skil gak tu.. π
kawe pon tak suka guna flash secra direct. Mmg tak natural gambo jadi… Mau kena lambung sikit itu flash dulu π
haha..flash lambung ka?
serius memang phailed, guna dslr member yang manual nak adjust brightness tak reti, apatah lagi bounce flash benda ni, kena ada sebijik, baru senang belajar π
aah..nk expert fotografi mmg kene bli sendiri utk bljar..xyah mahal2 sgt pon x per..
Cara ini memang yang terbaik untuk kos murah. Cuma tak semua produk boleh guna cara ni.
btul bro..ni utk situasi tertentu shja.. π
perkonssian yg menarik terutama penggemar DSLR
yg x gemar pon leh praktikkan gak..mana tau situasi emergency ker..hehe
Teknik ni dah kira asas dlm photography kerana 99% photographer akan buat teknik ni.Sebab kalau halakan secara terus cahaya kepada object gambar akan jadi tak canrik kerana cahaya yang dihasilkan tidak lembut.ia menjadi cahaya yang keras dan menyakitkan mata kalau pandang.xde seni la pendek kata.teknik ni hanya berkesan indoor dan kalau outdoor cahaya dari sumber lain diperlukan seperti cahaya semulajadi ataupun cahaya dari speed light yg menggunakan softboard.tujuan softboard sama la dgn teknik ni iaitu inginkan cahaya yang lembut (softlight).
btul bro..perkongsian yg menarik ni.. π
selalu amek gambar guna henfon je…huhu
aha..try letak tisu kat flash.. π
ahahahha…
Buat masa skg ni aku guna kamera hp jerr…malas nk beli lagi yg baguih2 tu…hehehe – bajet ciputtttt
kamera hp pon boleh ..ade caranya.. π
Sama kes macam @Titan. Ambik gambar basic pastu Photoshop, Corelpaint kan dier. Selalunya sebab kekangan masa.
p/s: rindu kat dslr yang dikebas orang…
alamak..kene kebas ker bro?..
aku pun penah buat camtu..tp masalahnya takleh nk gerakkan flash..kalau gerak..gmba plak lari ke lain…
hehe..mungkin kene praktis agknya..hehe
wah menarik….boleh test nanti….
aah..test bro π
Makasih banyak atas tipsnya…
sama2.. π
buta betul dgn benda alah ni π
aha..sbanrnya x ssh pon..cuma kene praktis bru mahir..
Kalau mengenai kamera pengetahuan saya terbatas sekali
xper..sy pon sedikit shja yg tahu..
eh.. tetiba ada citer pasal saya lah.. dah tu lambat komen plak tu..
belum beli lagi kamera tu… insyallah dlm minggu ni akan dibeli.
hehe..nnt review camera tu bro π
tips paling asas photography… =p
tak ramai sudi kongsi tips asas camni..
yela..dh dpt tips kene praktis selalu π
yang aku phm, easy. haha kamera aku tak de flash lagi ni..
hehe..xper,elakkan dri ambil gmbr tmpt yg gelap.. π