Kedudukan Terkini AFF Suzuki Cup 2012 – 30 Nov

Satu Malaysia berdebar menanti perlawanan antaran Harimau Malaya menentang Sang Garuda esok malam. Perlawanan penentu ke pusingan seterusnya dalam persaingan AFF Suzuki Cup 2012. Tiada ‘option’ seri untuk pasukan negara. Harimau Malaya harus menang. Tidak pasti apa formula yang akan digunakan oleh jurulatih Datuk K. Rajagopal. Pelbagai pihak dan penyokong menyatakan untuk menang, Harimau Malaya perlu bermain lebih bagus ketika menentang Laos didalam persaingan kumpulan AFF Suzuki Cup 2012 tempohari. Sepanjang minggu ini kedengaran suara sokongan di corong radio. Harapan untuk mengekalkan kejuaraan ketika ini tinggi menggunung. Walaupun di ‘ranking’ ke 163, Harimau Malaya pasti bangkit garang mengekalkan gelaran juara.

Apa pun yang terjadi, kita sepatutnya menyokong Harimau Malaya. Sokongan padu tanpa berbelah bagi memang diperlukan mereka. Bukannya menjadi lalang. Kalah menang itu adat pertandingan. Jangan pula ketika menang disanjung, bila kalah dikritik seteruk-teruknya. Perbezaan pendapat itu perkara biasa. Mereka telah mencuba sedaya upaya untuk memberi saingan sengit. Tahniah diucapkan kepada Harimau Malaya. Kita doakan yang terbaik untuk pasukan kita untuk mara lebih jauh dan menjuarai AFF Suzuki Cup 2012. Berikut merupakan kedudukan terkini kumpulan AFF Suzuki Cup 2012.

aff suzuki cup 2012

Jebeng Otaiβ„’
malaysia ada harapan πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 32 Comments

  1. Bang Iwan

    Mari semua menyokong Tim masing-masing dengan penuh sportifitas dan semangat persahabatan.

    1. Bang Iwan

      Jangan sampai event seperti ini akan memperburuk hubungan antar negara

      1. jebengotai

        semnagt kesukanan mmg penting..xperlu bergaduh2 πŸ™‚

  2. hatiputera

    Semoga martabat malaysia dalam sukan bolasepak akan kembali meningkat selepas perlawanan itu nanti.

    1. hatiputera

      malaysia mesti menang malam ini.

  3. papa mifz

    go Malaysia go Malaysia…ada sinar menang nih..insyallah…:)

  4. lonelystarz

    mari la kita sama-sama menyokong pasukan negara walaupun menang atau kalah sebab ia tetap berjuang demi Malaysia

  5. Hakim Mahmud

    semoga malaysia akan menang esok

  6. flashflying

    ingat esok ada game dengan Indonesia… semoga malaysia menang

  7. donnyien

    hai jebeng,

    semua ada peluang untuk melangkah ke separuh akhir.. semoga malaysia menang melawan indonesia esok.

  8. anto

    indonesia vs malaysia kalah terima kekalah jgn ada pula ngak senang nama nya permainan

  9. Norizwan

    InsyaAllah…Malaysia akan membawa kemenangan menewaskan indinesia…kalah menang itu adalah adat…harap jangan ulangi peristiwa pada tahun 2010…

  10. Juan

    saya sayang dan tetap sokong Malaysia

    1. jebengotai

      btul bro..menang kalah adat pertandingan

  11. SDC

    Tahniah untuk pasukan Malaysia yang menang perlawanan semalam! πŸ™‚

  12. gamep01nt

    apa pandangan kat Ultras Malaya? xde cerita?

    1. jebengotai

      kdg2 terlalu ekstrem pon ssh gak tu bro..ilek2 sudah..hehe

  13. akubiomed

    Malaysia telah pun layak di peringkat kumpulan. Ujian seterusnya pula ada bertemu dengan Thailand.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.