Ngauman Harimau Malaya bergema sepanjang malam semalam. Tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia kerana berjaya menumbangkan Laos 4-1 untuk saingan kumpulan B AFF Suzuki. Saya sangat berpuas hati dengan permainan yang dipersembahkan skuad harapan Malaysia. Walaupun ada sekali sekala kesilapan dilakukan, ia memang tidak sepatutnya harus berlaku jika ingin menjuarai sebarang pertandingan. Semua sudah menjangka apabila Harimau Malaya menjaringkan gol, keadaan mental para pemain seperti sedikit menjunam sehingga boleh mengundang bahaya. Lebih-lebih lagi di saat-saat akhir sebelum wisel penamat. Harimau Malaya masih belum boleh lagi menarik nafas lega kerana perlawanan menentang Sang Garuda pada hari Sabtu ini adalah penentu kita layak ke pusingan seterusnya. Harimau Malaya perlu fokus mengejar kemenangan, bukannya mengharap Singapura seri atau dikalahkan Laos.

Sepakan percuma Mohd Syafiq Rahim ibarat menyimbah minyak tanah kedalam api semangat penyokong Harimau Malaya. Sepakan menarik beliau seperti pemain professional liga Italy ataupun Sepanyol. Persembahan Safee Sali boleh dikatakan terbaik walaupun banyak peluang tiada penyudah. Banyak lagi yang perlu di tambah dan dipertingkatkan untuk menghadapi Sang Garuda.

Seperti kebiasaan, ada pihak-pihak yang tidak sebulu dengan penyokong-penyokong tegar Harimau Malaya. Ada yang mengatakan ianya satu pembaziran. Jika disalurkan kepada yang miskin atau yang memerlukan pasti hasilnya lebih berfaedah. Mungkin ada benarnya juga. Dari sudut negatifnya, perlawanan bola dikaitkan dengan judi, pergaduhan, mengabaikan tuntutan agama seperti segera solat apabila masuk waktu, tiada kawasan khas wanita untuk menonton bola dan lain-lain lagi.

Tetapi hasil positif dari bola sepak ini pun banyak juga. Peningkatan dan pemahaman berkaitan sains sukan, peluang menjana pendapatan untuk syarikat menjual pakaian dan peralatan sukan, manfaat sektor pengangkutan dan bermacam-macam lagi hasil yang kita dapat dari permainan bola ini. Ia juga mewujudkan industri sukan dan mampu menjana pendapatan negara. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Jika kita bersikap sederhana atau membuang yang keruh dan ambil yang jernih pasti banyak manfaat dan keburukkannya dapat dikurangkan.

Jebeng Otai™

20 Replies to “AFF Suzuki Cup 2012 : Harimau Malaya Mengaum

  1. tahniah harimau malaya…! free kick syafik memang kencang tu…terbaik dalam minit ke15 jer gol huhu

    memang ada setengah pihak fikir negatif, harap diorang hargai dan bangga, perlawanan semalam telah tebus maruah negara…

      1. Semoga nantinya masing-masing tim kedua negara akan bisa menunjukkan performa terbaiknya pada pertandingan selanjutnya sehingga akan bisa membawa nama harum bagi negaranya.
        Selamat berjuang kembali kepada Garuda dan harimau malaya nantinya
        Blog Keperawatan recently posted..Menjaga LidahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge