Baucer Diskaun 35% Tiket Ke Legoland

Coupon Zalora

ZALORA 15% Voucher : ZBAP0Q8

Advertisement

Otai Blogosphere

1 comment
ridza adhil
1 comment
1 comment

Sedap mengunyah Mamee Monster sambil menulis blog, terbaca di bungkusan Mamee ingin memberi diskaun 35% tiket ke Legoland. Dengan pantas mengambil kalkulator untuk mengira berapa yang dapat dijimatkan jika saya pergi kesana sekeluarga. Hampir RM250 untuk saya lima sekeluarga boleh dijimatkan disetiap pembelian tiket harian Legoland. Mungkin ada pembaca yang beranggapan ini mungkin ‘contest’ yang dianjurkan Mamee dan pemberi diskaun 35% tiket ke Legoland kepada pemenang. Sebenarnya tidak. Semua orang boleh mendapat baucer ini dengan setiap pembelian produk terpilih Mamee seperti Mamee Monster, Corntoz Ringz dan Double Decker. Saya bukanlah penggila kupon atau yang sewaktu dengannya sama seperti didalam rancangan yang disiarkan Astro. Mereka boleh berjimat belanja dengan mengumpulkan kupon. Mungkin baucer ini merupakan peluang saya untuk pergi ke sana. Walaupun duduk di Johor saya masih lagi belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Atas faktor kos, cuaca dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

tiket ke legoland

tiba-tiba terpandang pada bungkusan diskaun 35% tiket ke Legoland

Maklumat Baucer Diskaun 35% Tiket Ke Legoland

  • Kemukakan baucer ketika membeli tiket di kaunter.
  • Terhad untuk satu baucer untuk satu tiket harian sahaja.
  • Baucer tidak sah untuk lain-lain diskaun, pakej dan promosi termasuk promosi Mykad.
  • Dengan menggunakan baucer ini, anda telah menerima dan bersetuju dengan semua syarat dam terma yang ditetapkan Legoland.com/mamee.
  • Promosi tamat pada 30hb April 2013
  • Kod promosi: 120103001

Ia merupakan peluang baik untuk bersiar-siar disana. Untuk dibandingkan dengan menunggang naga besi, taman tema ini mungkin sederhana dan sesuai untuk bersantai. Kadang-kadang untuk memenangi hadiah percuma tiket ke Legoland agak mustahil dan ada kalanya kita perlu membuat aktiviti tertentu untuk layak menyertai. Melancong didalam negara sendiri pun menyeronokkan juga. Tidak sabar untuk pergi ke Legoland.

Jebeng Otai™

35 thoughts on “Baucer Diskaun 35% Tiket Ke Legoland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge