Xiaomi Mi Band 2 : Activity Tracker Budget

Hari ini adalah hari yang kedua saya menggunakan Xiaomi Mi Band 2, yang saya beli di Lazada pada minggu lepas. Berbanding Heart Rate Monitor Budget,Xiaomi Mi Band 2 mempunyai fungsi yang sama dan juga berharga di bawah RM 120 untuk 1 unit. Berbanding dengan versi Mi Band yang pertama, ianya kini dilengkapi dengan paparan untuk melihat waktu, jumlah langkah dan beberapa lagi notifikasi yang boleh dikawal dan ubah pada aplikasi androidnya. Ya, Xiaomi mempunyai aplikasi untuk Mi Band.

Xiaomi Mi Band 2 : Fizikal

Keadaan fizikal Xiaomi Mi Band 2 ini sebenarnya agak kecil dan bagi mereka yang mempunyai tangan yang besar agak sukar untuk memakainya. Tali yang dibekalkan diperbuat dari material silicone dan mempunyai satu saiz sahaja. Setakat ini saya tidak pasti samada ada versi lain untuk pengganti tali yang sedia ada. Kelebihannya, disebabkan ianya kecil, ia tidak menggangu kita untuk melakukan aktiviti senanam berbanding dengan beberapa ‘fitness tracker’ di pasaran yang lain.

Xiaomi Mi Band 2 : Fungsi

Terdapat beberapa fungsi asas yang turut dilengkapi oleh Xiaomi Mi Band 2. Antaranya, alat ini dapat mengukur degupan jantung pengguna menggunakan sensor yang terbina di bawah Xiaomi Mi Band 2 ini. Bacaan ini direkod dan di muat naik ke telefon pintar kita melalui ‘bluetooth’. Selain itu, ia juga dapat mengukur berapa langkah yang telah kita buat dalam masa 1 hari. Kita boleh membuat tetapan ‘target’ langkah yang perlu dibuat dalam 1 hari. Tetapan notifikasi memberitahu kita untuk bangun dan melakukan aktiviti jika kita tidak aktif dalam tempoh masa yang lama. Waktu tidur dan analisa asas berapa lama kita rehat juga direkodkan kedalam aplikasi melalui Xiaomi MI Band 2 ini. Fungsi-fungsi yang lain adalah seperti video dibawah.

Xiaomi Mi Band 2 : Pendapat

Pada saya, dengan harga yang budget dan memiliki fungsi asas ‘activity tracker’ sudah memadai. Di lengkapi dengan pelbagai fungsi dan aplikasi adalah sesuai untuk mereka yang ingin memantau perkembangan aktiviti yang mereka lakukan. Cuma, ada beberapa fungsi seperti angkat berat, berenang dan beberapa sukan yang lain tidak dapat direkodkan contoh seperti Fitbit Charge 2 yang memang terbaik dari segala segi.

[product_page id=”12286″]

Jebeng Otaiā„¢
Fitbit mahal sangat..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.