Viral Media Sosial : Lawak Keterlaluan

Tragik dan menyedihkan apabila saya membaca salah satu kes rogol yang agak kejam di negara jiran. Lebih menyedihkan lagi apabila ada diantara ‘group’ Facebook yang agak dikenali dan minati remaja-remaja kita di Malaysia membuat ‘posting‘ yang pada mereka hanyalah sekadar lawak jenaka. Pada saya kurangnya sensitiviti sebegini adalah salah satu tanda-tanda penyakit masyarakat khsusnya golongan muda.

Viral Media Sosial : Bukan Cari Gaduh

Saya sedar mereka mempunyai ‘likes’ yang begitu banyak. Hampir-hampir mencecah 1 juta, namun entri ini bukanlah mencari gaduh kerana saya hanyalah ikan bilis sahaja. Banyak teguran diutarakan dan beberapa intipati menyebut jika ianya dijadikan sebagai lawak, jenayah rogol ini akan dipandang seperti ‘biasa’ dan tidak perlu dibesar-besarkan. Impaknya untuk menentang atau mengurangkan kes seperti ini amatlah sukar terutamanya generasi muda masakini.

Viral Media Sosial : Penyakit

Saya berpendapat aktiviti seperti ‘trolling’, membuat jenaka keatas kes jenayah seperti rogol adalah punca-punca menjadikan masyarakat kita kurang empati keatas apa yang berlaku lebih-lebih lagi kepada keluarga mangsa. Mungkin satu hari nanti ianya berlaku kepada kenalan, saudara mara atau pun keluarga kita sendiri. Apa yang saya tahu beberapa orang dikalangan netizen termuntah, takut dan gusar apabila membaca berita tersebut. Berapa dasyat kesan dan impresi negatif kes tersebut.


Viral Media Sosial : Batasan

Bukanlah kita tidak boleh membuat status yang menghiburkan atau lawak yang spontan, cuma pada saya kita perlu terapkan batas-batas tertentu sehingga tidak melampaui norma manusia biasa. Mungkin mereka yang membuat posting tersebut terkhilaf ataupun tidak disengajakan. Saya tidak pasti. Apa pun, kita perlulah bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Penulisan kita kadangkala boleh memberi kesan positif dan juga kesan negatif kepada sesetengah golongan masyarakat. Kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita tulis pada status kita.

Jebeng Otaiā„¢
macam-macam…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. Ato

    Saya setuju denga pendapat admin…

  2. santai2 saja

    mcm-mcm dah dunia sekarang ni…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.