Viral Media Sosial : Hari Ibu

Ramai antara netizen mempertikaikan sambutan Hari Ibu atas sebab-sebab yang agak mengelirukan. Ramai juga yang menyambutnya atas dasar menghargai jasa-jasa para ibu pada hari tersebut. Entri ini bukanlah untuk menambah kekeliruan atau menambah lagi kekusutan simbolik sambutan Hari Ibu ini. Pada saya tiada gunanya kita berkeras menegakkan pendapat kita kerana kita perlu berbalik kepada asal iaitu menghargai jasa-jasa kedua ibu bapa kita.

hari ibu
Sambutan Hari Ibu mengikut negara

Viral Media Sosial : Hari-hari Hari Ibu

Saya memang setuju dengan pendapat setiap hari adalah hari ibu bapa kita. Apalah gunanya jika kita mempersoalkan hari ibu bapa tetapi telefon, mengambil tahu kedua ibu bapa kita amat jarang sekali. Harapnya tidaklah begitu. Kadang kala menghargai jasa mereka tidak semestinya membawa mereka keluar makan, belikan hadiah dan lain-lain lagi. Walaupun ketika itu pelbagai promosi sempena Hari Ibu, tidak menjadi masalah untuk memberikan mereka hadiah. Apa yang mereka perlukan ialah perhatian kerana diwaktu kita sekarang yang sibuk dengan hal kerja dan keluarga, mungkin kita terlepas pandang kesihatan atau kesunyian yang mereka alami. Manalah tahu kita boleh merancang untuk bercuti pada hari tersebut menziarah mereka.

Viral Media Sosial : Selamat Hari Ibu

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan kepada semua ibu-ibu diluar sana samada blogger atau pun tidak, Selamat Hari Ibu. Pengorbanan mereka tidak terhingga. Tidak lupa kita perlulah sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kepada kedua ibu bapa kita kerana setiap hari ialah hari ibu bapa kita. Pada saya, perkara ini tidak perlulah di panjangkan kerana ianya atas diri kita bagaimana kita menyambutnya asalkan atas kemampuan dan tiada pembaziran.

Jebeng Otaiā„¢
ada perkara yang perlu didebatkan ada perkara yang tidak…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.