Viral Media Sosial : Bil TNB Meningkat?

Facebook memang tidak sepi dari viral samada perkara remeh temeh sehingga perkara yang kadang-kala tiada asasnya untuk di viralkan. Pada saya, viral media sosial ini kebanyakkannya adalah berunsurkan atau bermotif negatif. Semata-mata tidak puas hati dengan sesuatu perkara dan akhirnya menjadikannya fitnah yang boleh membawa kerosakkan. Apakan daya, perkara ini tidak dapat dikawal malah persepsi-persepsi serong yang telah terbina mana mungkin akan dipulihkan. Dan baru-baru ini pula viral media sosial berkenaan dengan bil tnb yang dikatakan naik mendadak walaupun penggunaan yang sama seperti bulan-bulan sebelumnya.

Viral Media Sosial : Fenomena El Nino

Kesan suhu panas melampau sebenarnya banyak mempengaruhi penggunaan elektrik kita, terutamanya mereka yang menggunakan pendingin hawa atau peti ais. Ramai yang mendapat maklumbalas dari pihak TNB sendiri bil-bil mereka naik disebabkan dengan fenomena El Nino ini. Namun tidak ramai yang dapat menerima alasan tersebut, malah menyalahkan pihak-pihak lain yang pada saya kadang kala tidak masuk akal. Jika sebelum ini, suhu adalah sekitar 34°C hingga 36°C dan sekarang suhu hampir mencecah 38°C. Peningkatan suhu sekitar menyebabkan jika perbezaan suhu sebelum ini :-

= Suhu sekitar – suhu tetapan penghawa dingin
= 36 – 22 = 14°C

Selepas fenomena El Nino

= suhu sekitar – Suhu tetapan penghawa dingin
= 40 – 22 = 18°C

Cadangan tetapan suhu

= suhu sekitar – suhu tetapan penghawa dingin
= 40 – 27 = 13°C

Selain itu faktor sistem penebat haba yang tidak baik di rumah, ‘kebocoran’ udara sejuk keluar, penghawa dingin tidak di servis, sistem penyejukan lama dan beberapa perkara lagi yang mungkin menjadi punca kenaikkan bil tenaga elektrik kita. Pada suhu yang tinggi juga semakin panas suhu sekitar, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan suhu sejuk didalam rumah. Apabila penggunaan tenaga tinggi, kadar yang di kenakan juga akan berubah mengikut blok tarif dan ini juga menyumbang peningkatan bil elektrik.

Viral Media Sosial : Sistem inverter

Gambarajah dibawah adalah contoh mengapa penghawa dingin menggunakan sistem inverter lebih cekap tenaga berbanding sistem lama. Antaranya ialah ‘set point’ yang lebih cepat berbanding sistem konvensional biasa. ‘Set point’ atau mudahnya suhu dikehendaki lebih cepat dicapai dan mengelakkan penyejukan lampau atau ‘over cooling’ yang boleh membawa kepada pembaziran tenaga elektrik. Selain itu kadar turun naik ( ‘fluctuation’ ) juga rendah berbanding sistem konvensional dan membuatkan sistem inverter ini lebih cekap tenaga.

viral media sosial

Viral Media Sosial : Nasihat

Pada saya tidak perlulah kita memviralkan isu ini kerana ianya juga adalah dari kesilapan kita. Contoh seperti penetapan suhu penghawa dingin. Kita tidak perlulah menetapkan sehingga ke paras 16°C, suhu 27°C sudah memadai. Julat suhu yang rendah boleh menjimatkan tenaga dan mengurangkan beban tenaga pada penghawa dingin. Selain itu penggunaan langsir, ‘blind’ juga membantu mengurangkan sinaran panas matahari kedalam bilik.

Ada juga beberapa pendapat, meletakkan mod ‘dry’ pada penghawa dingin boleh menjimatkan tenaga. Ini kerana kelembapan udara mempengaruhi suhu kerana haba terperangkap didalam ‘wap udara’. Saya tidak berapa pasti dengan pendapat itu, mungkin kita boleh cuba.

The humidity of the air inside the home determines how much heat the air in the home can hold. The higher the humidity at a given temperature, the more heat the air can hold. Therefore, humidity is a very important comfort factor since it determines how fast sweat will evaporate from the skin.
Too maintain comfort inside the home, the humidity inside the home must be controlled along with the temperature of the air. Consider a warm summers day, if the humidity inside the home increases, the air will hold more heat and the air conditioner will need to run longer to offset both the humidity and the warm air.homeenergypros.lbl.gov

Jebeng Otai™
set suhu 27 jer..dan selamat hari bumi hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. titan

    bila bil letrik naik, itu bermakna, lapisan ozon kita semakin nipis.

    sekian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.