Adalah menjadi dilema sesiapa pun untuk membeli perkakasan komputer terutamanya laptop. Ruang yang kecil dan ruang untuk ‘upgrade’ yang terhad membuatkan kita sukar untuk membuat keputusan samada prestasi atau perlu mengutamakan kos membelinya. Jika kita beli, lambat laun teknologi laptop tersebut akan ketinggalan zaman. Kos untuk memblei laptop bukanlah kecil. Dan disebabkan inilah ramai yang memilih untuk membeli komputer desktop untuk digunakan walaupun kadang-kala tidak dapat dibawa kemana-mana.

Upgrade GPU Laptop : Inovasi Awal

Sejak kebelakangan ini banyak syarikat atau inovasi baru untuk menyelesaikan masalah ini. Salah satunya ialah masalah GPU atau grafik yang tidak dapat dinaiktaraf. Antara inovasi seperti menggunakan kad grafik desktop digunakan bersama laptop menggunakan port seperti TB3 untuk meningkatkan prestasi. Namun begitu inovasi awal ini terhad dan tidak berjaya kerana data yang dipindahkan adalah besar dan terdapat beberapa masalah menggunakannya.

Upgrade GPU Laptop : Eurocom

Terdapat beberapa laptop yang dibuat oleh syarikat Clevo. Eurocom telah memperkenalkan pakej naiktaraf GPU laptop untuk beberapa model seperti MSI, Alienware, Dell dan Eurocom.Apa yang menariknya ialah pelbagai pilihan kad grafik boleh dipilih. Dan yang penting ialah kos naik taraf ini lebih rendah berbanding membeli laptop yang baru. Kita hanya perlu membeli kit yang disediakan, dan naiktaraf sendiri laptop kita.

eurocom

Upgrade GPU Laptop : Docking Station

Beberapa jenama seperti MSI dan Alienware telah mengeluarkan ‘docking station’. Alat ini direka untuk meningkatkan prestasi laptop serta beberapa fungsi tambahan yang lain antaranya pembesar suara, tambahan kad grafik, storan tambahan, slot USB dan port ‘ethernet’. Sistem ini seperti kita menggunakan komputer biasa yang dilengkapi dengan kuasa tambahan. Walaupun begitu jenama ini agak mahal harganya tetapi dengan pilihan kad grafik yang luas mungkin ianya pelaburan yang berbaloi. Dengan fungsi sebegini, kita mungkin dapat menggunakan laptop untuk tugasan luar dan kembali ke rumah untuk bermain permainan video.

upgrade gpu laptop

Jebeng Otaiā„¢

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge