Beberapa hari yang lepas saya berjaya untuk memasang modul pagespeed di server saya. Malangnya terdapat beberapa bug yang sedikit menjengkelkan dan memberi kesan kepada ujian Pingdom. Hasil ujian tersebut mengatakan salah satu fail yang telah dijana modul pagespeed tidak mempunyai “specify a vary: accept encoding header” walaupun fungsi gzip telah dihidupkan. Sedia maklum ‘header’ ini amat berguna untuk memberitahu pengguna fail yang diminta adalah ‘cacheable’.

modul pagespeed

Update Modul Pagespeed : Masalah

Sebenarnya bukan tiada langsung ‘header’ tersebut, tetapi ianya dijana 2 kali. Masalah ini juga dipanggil ‘multiple vary header’ dan penah dibincangkan pada tahun yang lalu. Kesilapan saya ialah memasang aplikasi menggunakan versi lama. Masalah ini juga menyebabkan fail-fail yang boleh disimpan atau ‘cache’ tidak dapat dapat disediakan.

Update Modul Pagespeed : Install 1.12.34.2 Beta

Seperti sebelum ini kita perlu untuk ‘re-compile’ server NGINX untuk memasang modul ini. Cara untuk memasang modul pagespeed ini juga boleh didapati di laman sesawang rasmi Modpagespeed.com. Hampir 30 minit proses ‘re-compile’ ini dan syukur tiada masalah besar yang menggangu VPS saya. Berikut adalah salinan bagaimana ingin memasang modul pagespeed pada server NGINX. Untuk mereka yang menggunakan Vesta, mungkin saya akan membuat entri khas di kemudian hari.

//Mula-mula download ngx_speed :

NPS_VERSION=[check the release notes for the latest version]
cd
wget https://github.com/pagespeed/ngx_pagespeed/archive/v${NPS_VERSION}-beta.zip
unzip v${NPS_VERSION}-beta.zip
cd ngx_pagespeed-${NPS_VERSION}-beta/
psol_url=https://dl.google.com/dl/page-speed/psol/${NPS_VERSION}.tar.gz
[ -e scripts/format_binary_url.sh ] && psol_url=$(scripts/format_binary_url.sh PSOL_BINARY_URL)
wget ${psol_url}
tar -xzvf $(basename ${psol_url}) # extracts to psol/

//Re-compile and donwload NGINX :

NGINX_VERSION=[check nginx's site for the latest version]
cd
wget http://nginx.org/download/nginx-${NGINX_VERSION}.tar.gz
tar -xvzf nginx-${NGINX_VERSION}.tar.gz
cd nginx-${NGINX_VERSION}/
./configure --add-module=$HOME/ngx_pagespeed-${NPS_VERSION}-beta ${PS_NGX_EXTRA_FLAGS}
make
sudo make install
Jebeng Otaiā„¢

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge